Di benua Yulan, hanya seorang Maharaja di sebuah Empayar yang mempunyai kuasa untuk memberi saudara kandungnya gelaran 'Putera'.
Status 'Putera' sebuah Empayar hampir sama dengan 'Raja' kerajaan. Seorang Raja hanya memiliki kuasa untuk menganugerahkan gelaran 'Duke' kepada adik-beradiknya. Itulah hadnya.
'Grand Duke' yang memerintah Duci-duci tidak jauh bezanya dengan Duke.
Empayar. Kerajaan. Duci. Aturan pangkatnya semakin mengecil.
Duke Patterson?
Adik bongsu kepada Raja Fenlai?
Linley tahu puak Boleyn, puak diraja kerajaan Fenlai ialah puak yang sangat berkuasa. Kedua beradik Boleyn ialah pahlawan yang kuat. Raja Clayde dianggap sebagai kebanggaan Fenlai kerana baginda juga seorang pahlawan tahap sembilan.
Manakala Patterson pula, walaupun dia tidak setanding abangnya, dia juga seorang pahlawan tahap tujuh. Dia boleh dianggap sebagai orang yang berkuasa.
'Duke Patterson?' Hati Linley dipenuhi dengan naluri membunuh.