Chereads / NAGA PUSAR / Chapter 97 - Empat Satah Tertinggi

Chapter 97 - Empat Satah Tertinggi

Linley tergamam mendengar kata-kata Doehring Cowart.

'Atuk Doehring adalah Ahli sihir Agung tahap Dewa semasa era pemerintahan Empayar Pouant. Itu pun Atuk tak pernah lihat formasi serumit dan sekuat ini. Atuk juga sangat yakin kuasanya lebih kuat daripada mana-mana mantera ajaib. Kalau begitu…' Linley mula dicengkam kebimbangan.

Apa formasi ajaib misteri ini buat di sini?

"Linley, cuba kamu tengok dengan lebih dekat. Cuba menduga formasi itu dan pedang panjang violet di tengahnya," ujar Doehring Cowart kepada Linley.

Linley mengangguk. Dia mengumpulkan intipati unsur angin ke dalam tubuhnya lalu menggunakannya untuk menduga aura formasi ajaib dan pedang panjang violet tersebut. Dengan mata terpejam, Linley dapat merasakan kekuatan dan kemampatan aura yang dipancarkan formasi ajaib pada platform hitam itu. Auranya terlalu berat dan menekan hingga menyesakkan dadanya.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS