Di bawahnya ialah kabus putih berair yang mengelamkan kawasan. Biarpun dia berdiri di cenuram tebing, dia masih tidak nampak apa-apa di bahagian bawah.
Linley menjenguk ke bawah lembah berkabus dengan pahat lurus di tangannya. Linley telah menghabiskan sebanyak tiga ribu syiling emas untuk membeli pahat lurus itu. Dari segi ketajaman, ia jauh lebih tajam daripada pisau belati hitam yang digunakan oleh Linley sebelum ini. Lagipun, bagi Linley, dia lebih selesa menggunakan pahat lurus berbanding pisau belati.
Sudah lebih sebulan Linley berada di Banjaran Gunung Makhluk Ajaib. Dia merasakan dia berada di puncak kekuatannya, tubuhnya dalam keadaan terbaik.
Satu lapisan intipati unsur tanah yang padat berpusar mengelilingi Linley sebaik sahaja Linley membaca mantera ajaib dengan suara perlahan. Akhirnya, ia membentuk sebuah perisai yang nampak ringkas. Akan tetapi, jika dilihat secara dekat, perisai tersebut sebenarnya dibentuk daripada bahan yang kelihatan seperti batu jed. Bezanya, perisai batu jed ini dilitupi intipati unsur tanah.
Mantera unsur tanah tahap tujuh, Perisai Pengawal Bumi (Tahap Batu Jed).
Ahli sihir tahap tujuh jauh lebih berkuasa berbanding ahli sihir tahap enam. Kekuatan mantera pertahanannya sahaja sudah sepuluh kali ganda lebih kuat.
'Sekarang, kalau aku terserempak dengan Helang Naga lagi, aku boleh menangkis serangannya hanya menggunakan perisai batu jed ini.' Linley berasa sangat yakin. Kemudian, Linley mula menggumam mantera unsur angin. Udara melingkari tubuh Linley hingga akhirnya Linley diangkat ke udara dan terbang ke Lembah Berkabus.
Linley kini lebih yakin untuk meneroka Lembah Berkabus.
'Sekarang aku ada Perisai Jed dan Teknik Terbang. Di samping itu, tahap kecergasan fizikal aku kini sama seperti pahlawan tahap empat. Apabila dibantu dengan mantera Supersonik tahap tujuh… menyelamatkan diri bukanlah satu masalah.' Linley turun ke Lembah Berkabus dengan perlahan-lahan, langsung tidak terburu-buru.
Dia pergi ke situ untuk...
Rumput Biru Hati!
Rumput ini sangat penting buat Linley. Selain ingin mendapatkan rumput ini, Linley juga ingin tahu mengapa terlalu banyak makhluk ajaib tinggal di sini, terutamanya apabila ia terdiri daripada kategori makhluk ajaib yang berbeza.
'Bos, hati-hati. Jangan lupa, bos hampir ditangkap sebelum ini.' Bebe mengingatkannya secara mental.
'Jangan bimbang.'
Semakin jauh Linley masuk ke dalam, semakin besar jurang antara dua tebing itu. Lembah ini memang sangat luas. Linley terbang dengan berhati-hati melalui kabus sambil meneliti keadaan sekelilingnya. Bebe juga memerhatikan dengan penuh waspada. Mereka berdua sama-sama mencari Rumput Biru Hati.
Sasaran pertama Linley ialah kawasan di mana Rumput Biru Hati tumbuh seperti yang dilihatnya sebelum ini. Pada waktu itu, dia tidak berpeluang untuk mengambilnya.
Sambil memeluk tebing, Linley maju dengan hati-hati.
'Bos, saya nampak Rumput Biru Hati. Ada di sana!' Mata Bebe sangat tajam. Linley melihat kawasan yang ditunjuk, matanya terus bercahaya.
Dedaun rumput itu berwana hijau, tetapi kelihatan cahaya samar-samar berwarna biru pudar melingkarinya.
'Agaknya ada Ular Sawa Bertatu Hijau tak?' Linley tidak berani untuk terburu-buru. Walaupun dia tidak lagi takut untuk berhadapan dengan Ular Sawa Bertatu Hijau, tetapi sekali dia mula bertarung dengannya, kemungkinan besar makhluk ajaib yang lain akan turut menyerangnya. Dia masih belum yakin untuk bertarung dengan segerombolan besar makhluk ajaib.
Disebabkan Ular Sawa Bertatu Hijau berwarna hijau, ia mudah untuk menyembunyikan dirinya di sebalik persekitaran tumbuhan menjalar berwarna hijau. Jadi, Linley perlu lebih berhati-hati.
Selepas memeriksa persekitarannya dengan teliti, dan mengesahkan tiada Ular Sawa Bertatu Hijau di situ, Linley perlahan-lahan mendekati kawasan itu.
Sebaik sahaja dia menyentuh Rumput Biru Hati itu untuk mencabutnya, Linley sekali lagi merasakan tangannya sejuk seperti ais. Senyuman nipis terbit di wajah Linley. Rasa sejuk ini ialah bukti rumput ini sememangnya Rumput Biru Hati. Linley menyimpan rumput itu di dalam beg galasnya dengan berhati-hati. Selepas itu, dia terus bergerak ke hadapan untuk mencari rumpun lain.
*Aumm…*
*Shriiek…*
Segala macam bunyi makhluk ajaib bergema dari bawah. Gabungan ngauman dan pekikan yang buas itu menggetarkan jantung Linley. Semua bunyi lolongan itu datangnya dari bawah. Daripada bunyi tersebut, dia dapat meneka jumlah makhluk ajaib yang ada di bawah sangat besar!
Linley mengintai melalui kabus putih yang menipis itu dan dalam kesamaran dia dapat melihat dataran berumput yang sangat luas di bawah.
'Bos, hati-hati. Saya tak nak diserang, dikejar dan terpaksa melarikan diri ke sana sini.' Bebe mengingatkannya.
'Saya tahu.' Linley berada dalam tahap waspada maksimum. Matanya sentiasa meneliti kawasan sekeliling, terutamanya pokok menjalar hijau di dinding tebing. Linley sangat bimbang Ular Sawa Bertatu Hijau mungkin bersembunyi di celah-celah pokok menjalar itu. Seekor makhluk ajaib menyedari keberadaannya sama seperti semua makhluk yang ada di situ dapat mengesan kedudukannya.
'Helang Naga.' Linley nampak seekor makhluk ajaib besar sedang terbang tinggi di udara dengan bersahaja. Linley lekas-lekas terbang menjauhinya.
Mujurlah lembah itu dipenuhi kabus putih. Oleh itu, objek yang jauh nampak seperti bayangan kabur. Helang Naga lebih besar dan mudah dikesan jika dibandingkan dengan Linley yang jauh lebih kecil. Oleh itu, dia ada sedikit kelebihan.
*Shriek, shriek!* Tiba-tiba, bunyi pekikan yang ganjil kedengaran bersahut-sahutan. Lebih buruk lagi, bunyi itu kedengaran seperti sedang menuju ke arah Linley.
'Aduhai.' Wajah Linley berubah.
Linley pernah bersemuka dengan Helang Naga sebelum ini, jadi dia tahu itu ialah bunyi Helang Naga. Apabila Linley memandang ke arah bunyi tersebut, dia nampak bayang-bayang samar dua ke tiga dozen Helang Naga gergasi sedang terbang ke arahnya.
Saiz Helang Naga sangat besar. Dua puluh ke tiga puluh Helang Naga terbang sederet dalam formasi menghalang cahaya matahari dan melitupi langit.
Jumlah Helang Naga itu terlalu banyak, tiada tempat untuk Linley bersembunyi.
Sekarang ini, Linley hanya ada tiga pilihan. Pilihan pertama ialah bertarung dengan Helang Naga itu. Pilihan kedua pula ialah terbang dan melarikan diri. Pilihan ketiga… terbang ke bawah, jauh ke dalam perut gunung.
*Whoosshh!*
Linley tanpa teragak-agak segera menjatuhkan dirinya ke bawah merentasi kabus-kabus putih. Dalam satu nafas, Linley telah berubah menjadi anak panah, menjunam ke tengah-tengah dataran berumput. Dia langsung tidak mengelak dan terus menghempas dirinya ke tanah. Dalam keadaan meniarap, dia bersembunyi di sebalik rumput.
Dengan hati-hati, Linley mula merangkak ke pinggir dataran. Di hujung kawasan berumput, dia menjengah dan meneliti keadaan lembah.
Lembah itu sangat luas, dipenuhi sungai dan padang rumput bagaikan sebuah utopia asli. Akan tetapi, utopia asli ini dipenuhi makhluk merangkak gergasi yang tidak terkira banyaknya.
Tingginya mencecah bangunan dua tingkat dan tiga puluh meter panjang. Tubuhnya dilitupi
Maklumat penting tentang makhluk ini serta merta muncul dalam minda Linley. 'Wyrm Darat. Makhluk ajaib tahap enam. Unsur api.'
'Kalau seekor Wyrm Darat saja, tak ada masalah. Tapi…' Linley mengimbas kawasan itu. 'Ada lebih seratus ekor Wyrm Darat di sini. Kalau semua Wyrm Darat ini menyerang serentak, aku tak mampu menyekatnya.'
'Tapi ia tak berapa laju. Bagi aku, ia bukan ancaman yang besar.' Linley meneliti makhluk-makhluk ajaib lain.
Wyrm Darat hanyalah membentuk sebahagian kecil daripada populasi makhluk ajaib di lembah itu. Ada sejumlah besar… Naga Veloci. Naga Veloci bukan makhluk berkumpulan. Oleh itu, kebanyakannya berada jauh antara satu sama lain di serata lembah ini. Pada masa yang sama, langit juga turut dipenuhi Helang Naga. Jika diteliti, di sebalik dataran berumput itu ada ular-ular boa gergasi sedang menyelinap di sana sini.
Dan ini hanyalah makhluk yang dapat dikesan Linley dengan sekilas pandang.
'Sekurang-kurangnya, dengan sekali imbas aku dapat kepastian lembah ini mengunjur dari timur ke barat. Di bahagian utara, aku hanya nampak bayang-bayang dinding tebing.' Linley berpaling dan melihat ke belakang. Dia nampak dinding tebing di bahagian barat. Hanya dinding di bahagian timur yang tidak dapat dilihat dengan jelas oleh Linley.
Terutamanya sungai yang sentiasa mengalir dari timur ke barat.
'Bebe, kamu juga berhati-hati.' Linley melaksanakan mantera Supersonik gaya angin untuk membantunya. Kemudian, dia merangkak di celah-celah rumput dengan berhati-hati. Terdapat banyak kawasan berumput di lembah ini. Besar kemungkinan kerana kebanyakan makhluk ajaib di lembah ini ialah jenis karnivor dan tidak makan rumput.
Semasa meneruskan perjalanannya dengan berhati-hati, Linley tiba-tiba menyedari sesuatu.
'Tinggi sungguh kepadatan intipati unsur semula jadi sini. Kepadatan Intipati unsur semula jadi di sini sekurang-kurangnya enam ke tujuh kali ganda lebih tinggi berbanding dunia luar.' Semasa dia terjun memasuki lembah ini, Linley terlalu berdebar. Oleh itu, dia tidak menyedari hal itu sehinggalah sekarang ini.
'Agaknya kenapa tempat ini mempunyai kepadatan unsur semula jadi yang tinggi?'
Linley dengan berhati-hati merangkak ke arah timur . Wyrm Darat, Naga Veloci, Ular Sawa Bertatu Hijau, dan Helang Naga ialah makhluk-makhluk bersaiz besar. Oleh sebab itu, secara perbandingannya, Linley yang bertubuh kecil ini langsung tidak kelihatan.
'Lembah ini sangat panjang!'
Selepas merangkak sejauh 20 kilometer ke arah timur, Linley masih lagi tidak sampai ke penghujung lembah. Pada masa yang sama, Linley menemui beberapa kawanan makhluk ajaib lain.
Makhluk ajaib tahap enam, Pegasus Bersayap. Makhluk ajaib tahap tujuh, Pegasus Bersayap Guruh.
Pelbagai jenis kuda bersayap berterbangan di udara, sementara yang lain berjalan di lembah di sekitar sambil meragut rumput.
'Bos, banyak belukar di sini. Macam mana kita nak menyeberanginya?' Bebe bimbang.
Linley juga risau memikirkannya. Kawasan di hadapannya dipenuhi dengan belukar separas setengah kakinya.
'Jarak di atas tanah terlalu jauh. Kita tak boleh merangkak di sini. Saya perlu terbang untuk menyeberanginya.' Linley berundur beberapa ratus meter ke belakang menjauhi kawanan Pegasus itu dengan berhati-hati. Kemudian, dia melaksanakan Teknik Terbang.
*Whoosshh!*
Linley terus terbang ke udara. Dia bergegas bersembunyi di sebalik kabus putih yang padat. Hanya ada beberapa ekor Pegasus sahaja yang berada hampir dengannya di dalam kabus putih itu. Lagipun, Pegasus agak kecil dan tidak mengambil ruang yang banyak. Oleh sebab itu, apabila ia semakin menghampirinya, Linley dapat mengelak.
Dia terbang ke arah timur dengan berhati-hati. Linley merapat ke arah dinding selatan sambil memeriksa dengan teliti tebing jika terdapat Rumput Biru Hati. Akan tetapi, sebaik sahaja Linley bergerak ke hadapan, dia mula berkerut.
'Selain rumpun pertama Rumput Biru Hati yang aku temui tadi, aku tak nampak rumpun lain.' Linley mula hilang sabar.
Sungguhpun begitu, Linley tetap terbang ke arah timur. Selepas terbang kira-kira sepuluh kilometer, Linley menyedari sudah tiada Pegasus yang berada hampir dengannya. Oleh itu, dia mendarat semula ke lantai lembah.
"Linley, ada pelbagai jenis makhluk ajaib di sini. Kebanyakan makhluk di sini biasanya tak bergerak secara berkumpulan, seperti Naga Veloci, Beruang Hitam ataupun Kucing Naga yang lincah. Doehring Cowart keluar dari cincin dan muncul di sebelah Linley. Mereka bergerak ke hadapan bersama-sama.
Linley menyelinap ke hadapan dengan hati-hati sementara Doehring Cowart berjalan dengan santai di sebelahnya.
"Ah!"
Seperti disambar petir, Linley tiba-tiba berhenti dan berdiri terpinga-pinga. Kira-kira lima puluh meter di hadapannya, di sebalik
Linley tidak terkejut melihat rumput berwarna hijau. Apa yang mengejutkannya… rumpunan rumput itu memancarkan aura biru.
'Rumput Biru Hati. Semua itu adalah Rumput Biru Hati!'
Denyutan jantung Linley seakan-akan terhenti. Syukurlah. Serumpun Rumput Biru Hati bernilai puluhan ribu syiling emas. Ia dianggap sebagai barang yang berharga dan jarang sekali ada dijual di pasar. Tetapi lima puluh meter di hadapannya, di kawasan rumput seluas tujuh ke lapan meter, terdapat sekurang-kurangnya seratus rumpun Rumput Biru Hati.
'Banyaknya! Aku boleh ambil tujuh ke lapan rumpun sekali!' Linley menghela nafasnya.
Mata Doehring Cowart bercahaya. "Linley, untuk diminum bersama darah naga hidup, empat atau lima Rumput Biru Hati sudah mencukupi. Rumput Biru Hati tumbuh sebanyak ini di satu tempat ialah sesuatu yang tak disangka-sangka. Tetapi… kawasan di sekitar Rumput Biru Hati itu lapang. Tiada tempat untuk kamu bersembunyi. Macam mana kamu nak pergi ke sana?"
Mungkin Rumput Biru Hati ialah racun bagi rumput biasa.
Sekitar 30 meter di sekeliling Rumput Biru Hati itu, langsung tiada sehelai pun rumput biasa yang tumbuh.
'Tidak banyak makhluk ajaib di sekitar kawasan ini. Yang ada pun bukan makhluk berkumpulan. Ia berpecah di serata tempat.' Linley dengan awas memerhatikan kawasan Rumput Biru Hati itu dan kawasan di sekelilingnya. 'Cuma ada tujuh ekor makhluk ajaib yang berada hampir dengan Rumput Biru Hati. Kalau aku bergerak pantas, aku akan selamat.'
Linley memaksa dirinya untuk bertenang. Dia mempersiapkan dirinya sebaik mungkin.
'Bos dah hilang ingatan? Bos lupa saya, Bebe?' Bebe tiba-tiba berkata secara mental dengan Linley.
Linley terperanjat. Linley menoleh dan nampak Bebe sedang mengenyitkan mata ke arahnya. 'Bos, saya lebih pantas daripada kamu dan badan saya juga lebih kecil. Apa kata kalau saya saja yang pergi mengumpulkan Rumput Biru Hati itu? Bos tak perlu risau. Bos hanya perlu buka beg galas dan capai Rumput Biru Hati yang dihulur.'
*Whoossshh!*
Dalam sekelip mata, ia bertukar menjadi kabur hitam dan menyelinap masuk ke rumpunan itu. Bebe dengan tangkas dan rakus menggunakan cakarnya untuk menggali Rumput Biru Hati. Cakar Bebe kelihatan menari-nari di atas rumpunan itu. Tidak lama kemudian, rumpunan itu habis digali dan di sebelah Linley, terdapat setimbun Rumput Biru Hati yang hampir sama tinggi dengan Bebe.