Hutan Daun Merah dipenuhi dengan pokok maple yang cantik. Raksasa Tahap 5 berkeliaran di dalam hutan. Bagi seorang pemain bawah Tahap 3, tempat ini merupakan larangan. Shi Feng, juga, tiada tandingan kepada raksasa Tahap 5 ini, walaupun dia sudah mencapai Tahap 1.
Tetapi, Shi Feng berlari ke dalam Hutan Daun Merah tanpa ragu-ragu. Dengan berhati-hati, dia mara ke tengah-tengah hutan .
Serigala Hutan Tahap 5 kelihatan mengelilingi sekitar hutan dari semasa ke semasa. Shi Feng masih pada Tahap 1. Jika dia tidak menjaga jarak daripada mereka, deria bau Serigala Hutan pasti dapat menghidunya.
Seekor Serigala Hutan mempunyai 400 HP. Mereka juga mempunyai Kuasa Serangan yang tinggi. Hanya dua gigitan sahaja yang diperlukan untuk menghabiskan kesemua 120 HP Shi Feng.
Pilihan Shi Feng hanya melarikan diri secara senyap daripada Serigala Hutan , mengambil lencongan besar di sekeliling mereka.
Selain Serigala Hutan, Shi Feng juga berjumpa Anak Beruang yang comel. Anak-anak itu meraba-raba dataran berumput, memperlihatkan kecomelan dan kelihatan tidak bersalah. Walau bagaimanapun, mereka tetap raksasa Tahap 5, dan mereka dibenci pemain melee. Disebabkan HP dan Pertahanan mereka yang besar, melawan dengan Anak Beruang sangat memenatkan.
Sewaktu Shi Feng menggunakan pokok sebagai laluan untuk melepasi Anak Beruang itu, dia terdengar lolongan serigala dari arah belakangnya.
"Celaka! sarang serigala!" Seorang yang tenang seperti Shi Feng, dia terpaksa menyumpah.
Dalam kehidupan yang lepas, ramai pemain datang berkumpulan ke dalam Hutan Daun Merah. Ramai antara mereka ialah Tahap 4 atau 5. Selain memburu bilangan musuh yang banyak, sebab utama pemain datang ke sini disebabkan rampasan yang melimpah. Buku kemahiran, barangan kulit, peralatan antara contohnya. Terdapat juga bilangan herba dan bijih yang banyak boleh diambil dalam hutan ini. Tetapi, satu kesilapan boleh menyebabkan satu kumpulan akan terhapus dalam Hutan Daun Merah. Salah satu bahaya yang menyebabkan perkara itu berlaku ialah sarang serigala.
Sarang serigala tersembunyi dan susah untuk dilihat. Kalau pemain tidak memberi perhatian, segerombolan Serigala Hutan akan menghampiri sebaik sahaja pemain itu memasuki kawasan persembunyian mereka. Paling kurang, akan ada 3 hingga 5 ekor serigala; paling banyak, 6 hingga 8. Tempat ini merupakan tempat penghapus kumpulan.
Nasib Shi Feng buruk. Semua sekali, 7 Serigala Hutan berlari keluar daripada sarang mereka; daging pada badan Shi Feng tidak mencukupi untuk mereka kongsi.
Kelajuan Serigala Hutan sangat pantas, tetapi Shi Feng tidak begitu perlahan juga. Dengan atributnya ditumpukan pada Ketangkasan, Kelajuan Pergerakannya ialah pada Mata 6. Dia masih seorang Pemain Pedang Tahap 1. Walaupun, dia seorang yang betul-betul tangkas, kelajuannya masih sedikit perlahan berbanding Serigala Hutan.
Melihat Serigala itu menghampiri, Shi Feng berhenti seketika lalu dia aktifkan teknik keselamatan nyawa, 'Pembebasan Graviti'.
Shi Feng terus merasakan dirinya menjadi ringan seperti bulu pelepah. Kelajuannya meningkat dengan mendadak, dengan mudah meninggalkan Serigala Hutan tersebut di belakang.
Akhirnya, raksasa biasa tetap raksasa biasa. Mereka berhenti mengejar selepas sampai pada suatu jarak kawasan, membolehkan Shi Feng menyimpan nyawanya.
Selepas berlari selama lebih sepuluh minit, Shi Feng tiba di kawasan gunung ganang dan bukit bukau. Beberapa gunung menjangkau ratusan meter, berada di tengah-tengah kawasan Hutan Daun Merah. Di puncak gunung diselubungi awan dan kabus, memperlihatkan tanah yang tidak berkesudahan.
"Sampai akhirnya."
Shi Feng memandang ke arah gunung yang memuncak dan kawasan sekeliling. Menjumpai air terjun, dia berjalan ke arah tempat itu.
Dalam kehidupannya yang lepas, para pemain biasanya Tahap lebih 20, jadi atribut mereka sememangnya tinggi. Mereka mampu melakukan lebih lagi kalau mereka bertahap lebih rendah. Ramai suka meneroka banyak tempat dalam Kawasan Tuhan. Kawasan tengah Hutan Daun Merah merupakan tempat yang terkenal, sebab itu Kesatuan Shadow telah menghantar satu kumpulan kecil Penyerang Hendap untuk menyiasat.
Mereka tidak percaya mampu menjumpai harta karun yang tinggi menggunung. Pada salah satu gunung, mereka terjumpa banyak barangan: bijih unik, herba, dan juga Peti Harta Karun. Di puncak gunung, terdapat sebuah Peti Harta Karun Perak Rahsia.
Terdapat banyak tempat rahsia dalam hutan belantara dalam Kawasan Tuhan. Antara tempat itu ialah rumah Peti Harta Karun, menunggu pemain untuk menjumpainya. Barang di dalam Peti Harta Karun berbagai-bagai, daripada Duit Tembaga hingga Peralatan Emas – Gelap.
Kualiti Peti Harta Karun dikategorikan kepada Biasa, Gangsa, Besi-Misteri, Perak-Rahsia, Emas- Halus dan Emas-Gelap. Namun, sedangkan barang rampasan daripada Peti Harta Karun Biasa dapat bersaing dengan barang jatuhan raksasa Elit. Tidak disangkal betapa bagus barang rampasan daripada Peti Harta Karun Perak-Rahsia boleh jadi.
Peti Harta Karun Perak-Rahsia dengan cepat tersebar menyebabkan Shadow satu Kesatuan yang terkenal di Bandaraya Sungai Putih tahu. Perkara ini membolehkan Shadow mengumpul kekayaan semasa peringkat awal permainan.
Bukan setakat peralatan, Peti Harta Karun Perak-Rahsia mempunyai resipi rahsia untuk barang farmaseutik dan Rekaan Penempaan.
Dalam permainan Kawasan Tuhan, kadar jatuhan resipi farmaseutikal ialah satu dalam seribu; barang ini lebih jarang daripada Rekaan Penempaan. Kamu boleh mencipta alatan berkedudukan Gangsa menggunakan Rekaan Penempaan, sesuatu yang sangat diperlukan pemain. Dengannya, mendapatkan duit menjadi tugasan yang mudah.
Rancangan Shi Feng mengumpul sebanyak 16,000 Kredit dalam masa sepuluh hari bergantung kepada rekaan itu. Jadi sememangnya, dia tidak boleh melepaskannya kepada Kesatuan Shadow. Namun, pemain tahap rendah tanpa Ketangkasan sebanyak 40 tidak mampu mengaktifkan Keupayaan Asas Tersembunyi [Langkah Terbang]. Tanpanya, mereka tidak mempunyai cara untuk memanjat gunung berbatu. Tidak ada jalan lain juga yang boleh menuju ke atas gunung, menyebabkan mendaki satu-satunya pilihan.
Walaupun Shi Feng tidak mempunyai empat puluh Mata dalam Ketangkasan, dia mempunyai Cincin Graviti. Dia masih boleh memanjat gunung selepas mengaktifkannya.
Shi Feng dengan mudah mendaki gunung selepas mengaktifkan Pembebasan Graviti. Dia sudah berada pada ketinggian 5 meter selepas beberapa ketika.
Selepas Pembebasan Graviti tinggal lagi 5 saat, Shi Feng terjumpa satu kawasan tanah untuk mendarat untuk berehat sementara menunggu masa bertenang Pembebasan Graviti.
Tidak lama selepas Shi Feng duduk, dinding batu mula bergegar. Seekor [Gergasi Batu] muncul dengan ngauman yang kuat.
[Gergasi Batu] (Raksasa Biasa)
Tahap 5
HP 550
"Cepatnya."
Shi Feng sudah lama bersedia ketika melihat Gergasi Batu berjalan ke arahnya. Dia mengeluarkan Beri Letupan dari dalam begnya dan mencampak kepada kaki Gergasi Batu; sebuah jus berwarna oren yang melekit meletus ke semua tempat.
Sebagai seekor raksasa Tahap 5, Gergasi Batu mempunyai Kuasa Serangan, HP dan Pertahanan yang sangat tinggi. Walau bagaimanapun, dia mempunyai Kelajuan Serangan dan reaksi yang lambat. Kadar pusingan badan lagi perlahan. Pemain hanya memerlukan 20 Mata dalam Ketangkasan untuk permainkan Gergasi Batu dengan mudah. Terdapat beberapa Penyerang Hendap yang suka berlawan dengan raksasa yang dungu seperti ini. Mereka mudah dibunuh tanpa mengurangkan walau satu HP.
Walaupun Shi Feng tidak mempunyai 20 Ketangkasan, dia mempunyai Beri Letupan. Setiap satu mempunyai kawasan efek 3- x3 -ela, mengurangkan Kelajuan Pergerakan sebanyak 30%, dan kadar pusingan sebanyak 70% untuk satu minit. Barang yang sangat berkuasa untuk menentang raksasa dungu. Dua bulan selepas pelancaran Kawasan Tuhan, ramai pemain menggunakan cara tersebut untuk membunuh raksasa tahap tinggi yang bergerak perlahan. Namun, raksasa bergerak perlahan tersebut wujud dalam bilangan yang terhad dalam Kawasan Tuhan, jadi memburu mereka untuk menaikkan tahap ialah mustahil.
Kelajuan Gergasi Batu berkurang dengan banyak selepas terkena Beri Letupan.
Shi Feng mengeluarkan Pedang Pelatihnya dan bergerak ke arah belakang Gergasi Batu, menebasnya.
Atas kepala Gergasi Batu, tiga Mata kemusnahan muncul. Ia kemusnahan yang jarang berlaku jika dibandingkan dengan 550 HPnya. Gergasi Batu juga menyembuh 1% daripada HPnya setiap 5 saat; itu 5.5 HP setiap 5 saat. Sangat mencabar untuk membunuhnya dalam satu minit.
Gergasi Batu itu cuba berpusing semasa Shi Feng menyerangnya. Walau bagaimanapun, kadar putaran badannya perlahan, pada awalnya. Sekarang terdapat lebihan 70% kelajuan ditolak, dia menjadi tersangat perlahan. Shi Feng menyerang dua kali lagi, diikuti dengan [Tetakan] lagi, menyebabkan siri -3, -3, -6 muncul.
Efek Tetakan tidak begitu tinggi kerana kekangan tahap. Namun, disebabkan Gergasi Batu berada 4 tahap di atas, terdapat bonus tambahan terhadap Kecekapan Kemahiran. Ditambah pula salah satu Bakat semulajadi Pemain Pedang, penggunaan satu kali mampu meningkatkan SP Tetakan sebanyak 3 Mata.
Tempat ini sangat sesuai untuk menambah Kecekapan Kemahiran.
Selepas bertungkus lumus, Gergasi Batu berpusing untuk berhadapan dengan Shi Feng. Walau bagaimanapun, Shi Feng tidak memberi peluang, dengan pantas mengelilingi belakangnya dan kembali menyerang.
Panahan Kilat!
Tiba-tiba, satu pedang cahaya mengeluarkan 4 kemusnahan, diikuti dengan 5 kemusnahan, dan diakhiri dengan 7 kemusnahan.
Selepas ketiga-tiga pukulan kilat mengenai sasaran, SP Panahan Kilat meningkat sebanyak 3 Mata.
Beberapa tetakan menyusul.
Siri -4, -4, -4 kemusnahan diberikan. Walaupun setiap serangan hanya meningkat sebanyak 1 kemusnahan, jumlah semua kemusnahan akan lebih besar. Walaupun efek Panahan Kilat kekal selama lima belas saat sahaja, dia telah mempercepat kelajuan membunuh Gergasi Batu. Perlawanan boleh ditamatkan dalam satu minit lagi, menjimatkan Beri Letupan.
Sedangkan Gergasi Batu mempunyai HP dan serangan yang besar, tidak ada bezanya dengan berlatih bersama patung latihan jika dia tidak mampu menyerang Shi Feng langsung. Dia cuma memberi Shi Feng EXP dan SP.
Kecekapan Kemahiran tidak boleh ditingkatkan dengan hanya menggunakan kemahiran sahaja. Ketika menggunakannya kepada raksasa yang sama tahap, terdapat 20% peluang untuk meningkatkannya sebanyak satu Mata. Untuk raksasa yang lebih tinggi tahap, terdapat 40% peluang jika satu tahap lebih tinggi, 70% untuk dua tahap lebih tinggi, 100% untuk tiga tahap lebih tinggi, 150% untuk empat tahap lebih tinggi dan 200% untuk 5 tahap lebih tinggi. Had maksimum ialah 200%.
Sekarang Shi Feng membunuh Gergasi Batu Tahap 5, SPnya meningkat beberapa kali ganda berbanding pemain lain.
Masa kurang dari seminit telah berlalu dan akhirnya Gergasi Batu tewas.
Sistem: Gergasi Batu Tahap 5 dibunuh. Tahap berbeza sebanyak 4 Tahap. EXP diterima meningkat sebanyak 400%. Mendapat 120 EXP.
EXP Shi Feng meningkat sedikit. Dia sekarang memerlukan 880 EXP lagi untuk mencapai Tahap 2. Ini bermakna dia perlu membunuh 8 Gergasi Batu untuk capai Tahap 2.
Gunung ini berada di tengah-tengah kawasan yang sesuai untuk menaikkan tahap dan mencari harta karun. Malangnya, dua bulan telah melepasi sebelum pemain lain menjumpai tempat ini.
Shi Feng menggeledah tubuh Gergasi Batu selepas membunuhnya, mendapat sebiji [Bijih Gangsa]. Barang ini merupakan bahan untuk membuat peralatan Gangsa. Dia juga mendapat seketul [Batu Keras]. Selepas itu, Shi Feng mencari di seluruh tanah kosong. Selepas beberapa ketika dia terjumpa herba yang jarang dikenali sebagai [Bunga Seratus Jiwa]. Ia merupakan salah satu bahan utama untuk membuat [Posyen Penyembuhan Asas].
Hampir sahaja dia kepadanya, seekor lagi Gergasi Batu muncul. Shi Feng mencampakkan sebuah lagi Beri Letupan.
Panahan Kilat!
Tetakan!
Dalam masa yang singkat Shi Feng mendapat lagi Batu Keras, 120 EXP dan SP yang banyak.
Shi Feng terus memanjat naik sementara masa bertenang Cincin Graviti sudah tamat.
Dalam perjalanannya, dia mencari herba jarang sementara membunuh Gergasi Batu,
Selepas kejatuhan Gergasi Batu yang kelapan, Shi Feng menjadi Tahap 2. Dia menambah semua Mata kepada Ketangkasan, menjadi 16 Mata. Dia Cuma 4 Mata sahaja lagi sebelum dapat kemahiran [Laju dan Cergas]. SP untuk Tetakan juga mencapai 300 Mata, menaikkan kemahiran kepada tahap 2; tahap seterusnya memerlukan 600 SP. Kemahiran sekarang meningkatkan kemusnahan sebanyak 12 Mata, dan masa bertenang berkurang selama 1 saat.
Pemain lain pasti menggila jika mendapat tahu kelajuan kenaikan tahap Shi Feng. Daripada Tahap 0 kepada Tahap 1 memerlukan lebih dari satu jam. Untuk mencapai dari Tahap 1 kepada Tahap 2, sekurang-kurannya, memerlukan 7 hingga 8 jam. Shi Feng menghabiskan masa kurang 20 minit untuk mencapai Tahap 2. Kelajuan kenaikan tahapnya seperti pelancaran roket.
Shi Feng berjalan menuju Gergasi Batu yang mati dan menggeledahnya.
"Seperti nasib aku boleh tahan bagus. Malah, dia menjatuhkan barangan". Shi Feng menemui satu Pakaian Perisai, walaupun dia agak kecewa.
[Baju yang Cantik] (Peralatan Biasa)
Tahap 4
Pertahanan +3
Mana +10
Kekukuhan 20/20
Kawasan Tuhan baru sahaja dilancarkan. Kadar jatuhan barangan sangat rendah. Peralatan Biasa merupakan barang yang jarang, terutama Peralatan Biasa Tahap 4. Sememangnya orang akan membeli dengan harga yang tinggi.
Shi Feng meletakkan peralatan itu ke dalam begnya. Semasa dia ingin meneruskan pendakian, dia perasan ada satu gua tidak jauh di hadapan.
Apabila dia berjalan menghampiri untuk periksa, jantung Shi Feng berdegup kencang.
Shi Feng terjumpa seekor Gergasi Batu yang besar tidur di dalam gua tersebut. Badannya diperbuat daripada batuan Perak, berbeza dengan yang berwarna kelabu yang lainnya.
[Perengus] (Elit Istimewa)
Tahap 6
HP 900
Elit Istimewa lebih kuat berbanding Elit yang biasa. Raksasa Elit biasa mampu memusnahkan kumpulan yang terdiri daripada 6 orang yang sama tahap. Namun, Elit Istimewa memerlukan dua belas pemain yang sama tahap untuk berhadapan dengannya, mungkin lima belas pemain Tahap 6 bekerjasama membunuhnya.
Walau bagaimanapun, Shi Feng meluru ke hadapan tanpa ragu-ragu. Dia menggunakan teknik Panahan Kilat dengan segera, menyebabkan sinaran kilat berterusan kepada badan Perengus yang besar itu.
Kemusnahan -1, -2, -3 muncul atas kepala Perengus.