Ngauman kemarahan Datuk Bandar bergema ke seluruh Dewan Bandar.
Dengan pantas, Cross tiba di hadapan Shi Feng, penumbuknya meledak ke arah Shi Feng.
Pemain yang lain sedang meratapi nasib malang Shi Feng, mengambil peluang untuk menguji kekuatan Datuk Bandar Cross.
Cross seorang Elite Level 15, dan dengan satu tamparan sudah cukup untuk menghancurkan pemain sehingga mati. Namun, Shi Feng terlalu bodoh kerana telah membuat Datuk Bandar marah. Tidak ada sesiapa dalam Bandar Red Leaf mampu selamatkan dia sekarang. Dia mungkin dipenjarakan sampai ke katil maut atau dihalau keluar dari bandar Red Leaf.
Namun, ketenangan Shi Feng mengelirukan pemain lain. Adakah dia sudah bersedia untuk mati?
Apabila Cross hampir memukul Shi Feng, Shi Feng yang berdiam itu akhirnya bergerak. Seperti pemburu yang menunggu mangsa, Shi Feng dengan cepat menghunus Pedang Pelatihnya. Dengan gerakan yang pantas, dia gunakan pedang itu untuk pertahankan badannya.
Peng!
Tumbukan Cross mengenai Pedang Pelatih, menyebabkan satu badan Shi Feng terbang. Sebelum sempat Shi Feng jatuh, dia menterbalikkan badan, mendarat dengan selamba atas tanah seperti seekor kucing yang fleksibel. Namun, HPnya berkurang sebanyak 84, dan Pedang Pelatih dalam genggaman berketar tanpa henti. Kekukuhan pedang itu kurang sebanyak 1 Mata; senjata akan menjadi rosak apabila Kekukuhan jatuh menjadi 0.
Si...
Semua pemain menghela nafas lega.
Melihat kenakalan Shi Feng, mereka anggap dia sebagai pemain yang biasa. Namun, melihat prestasi Shi Feng tadi, mereka yang punyai penglihatan yang baik tahu dia seorang yang berkemahiran tinggi. Walaupun Cross mempunyai kemusnahan fizikal yang rendah sebagai seorang ahli sihir, namun sebagai seorang Elite Tahap 15, dia mampu membunuh mana-mana pemain dengan satu pukulan sahaja. Tetapi, Shi Feng masih hidup. Dia telah menggunakan senjatanya untuk menangkis serangan, mengurangkan kemusnahan pada tahap yang minimum.
"Dia memang seorang ahli sihir, akan tetapi kekuatan dan kelajuannya sungguh memeranjatkan." Shi Feng kagum dalam diam apabila terpandang Pedang Pelatih yang menyedihkan di tangannya. Nasib baik, dia telah menambah kesemua Mata pada Ketangkasan, meningkatkan Kelajuan Serangan kepada 4. Jika tidak, dia tentu sudah mati sekarang, terpaksa mula semula Misi ini dari awal.
"Mati, serangga!"
Selepas serangannya gagal, Cross bertambah marah. Tiba-tiba, pakaiannya dikoyak, memperlihat tubuhnya yang penuh dengan bulu hitam; Cross telah berubah menjadi Serigala Jadian bertaring yang tajam.
Semua pemain terperanjat ketika ini. Tidak pernah membayangkan Datuk Bandar itu seorang Serigala Jadian yang jahat.
Cross tiba di belakang Shi Feng dalam sekelip Mata, meninggikan kukunya yang seputih salji lalu mencakar hati Shi Feng.
Namun, Shi Feng tetap bertahan, walaupun tinggal 16 HP sahaja lagi.
Kuku Cross tiba-tiba berhenti; hanya beberapa sentimeter sahaja daripada Shi Feng. Malangnya, Cross dihentak oleh Pengawal Tahap 25 [Merempuh], memasuki keadaan Pengsan selama 1 saat.
Shi Feng mengambil peluang ini untuk berganjak.
Baru sahaja Cross ingin menuju ke arah Shi Feng selepas bangun daripada pengsan, dia diganggu oleh seorang lagi Pengawal.
Kedua-dua Pengawal merupakan Pahlawan Tahap 25. Walaupun tidak berstatus Elite, tetapi kemusnahan yang mereka keluarkan sangat tinggi. Satu Rempuhan, diselangi serangan biasa, telah mengurangkan 300 HP Cross. Dua Pengawal mampu mengurangkan sebanyak 600 HP, membuatkan HP Cross jatuh kepada 1700 dalam sekelip Mata.
"Seperti yang dijangkakan oleh Pengawal, serangan mereka memang kuat." Shi Feng tersengih ketika melihat keadaan Cross yang menyedihkan.
Pengawal ialah penjaga bandar. Mereka mahir dalam mempertahankan penduduk dan menahan serangan orang jahat. Ketika ini, Datuk Bandar telah berubah menjadi Serigala Jadian; membuktikan dia bukan seorang manusia, tetapi perisik kepada kuasa jahat. Pengawal-pengawal itu sudah tentu tidak akan membiarkan perkara ini, membunuh dia sama seperti membunuh raksasa-raksasa yang lain dalam hutan.
Pada dasarnya, keperluan permintaan Sherlock nampak kasar. Dalam realiti, pemain hanya perlu bertahan dari serangan Datuk Bandar yang pertama. Selebihnya, kerja menjadi mudah. Pengawal itu akan uruskan yang lain selepas Datuk Bandar menunjukkan dirinya yang sebenar.
Dalam kehidupan Shi Feng yang lepas, sebab Misi Unik ini mengejutkan semua orang dalam Bandaraya White River, kerana Datuk Bandar merupakan perisik kepada kuasa jahat. Misi ini memberi pemain perspektif yang baru terhadap permainan Kawasan Tuhan; NPC tidak semua boleh diharap, mereka mungkin salah seorang daripada kuasa jahat yang menyamar.
Dengan serentak, pemain yang melengkapkan Misi mengejutkan semua orang dengan caranya mengumpan Datuk Bandar. Pemain itu telah bersusah payah berfikir untuk melengkapkan Misi dan, semestinya, dia ingin membangga dengan berkongsi strateginya. Sekarang, walau bagaimanapun, telah diambil kesempatan oleh Shi Feng.
Sekarang, Cross sedang diserang oleh dua Pengawal. Walaupun kemusnahan yang dikeluarkan pengawal tersebut tinggi, sasaran Cross tetap tidak berganjak daripada Shi Feng. Dia terus menerus menyasar Shi Feng tetapi, malang sekali, dua Pengawal melekat kepadanya seperti gam. Salah satu daripada Pengawal itu menggunakan teknik [Penghancur Tulang], manakala seorang lagi menggunakan [Serangan Bertubi-tubi], menyebabkan Kelajuan Pergerakan Cross semakin perlahan. Nasib baik, Shi Feng sempat mengelak daripada maut dengan hanya 5 Mata Kelajuan Pergerakan.
Hanya dengan itu, HP Cross yang melebihi 2000 itu berkurangan.
Semasa pemain lain melihat Cross yang semakin nazak, ramai antara mereka menjadi tidak sabar; mereka mahu melepaskan serangan terakhir kepada Datuk Bandar. Mereka tidak faham kenapa Pengawal itu yang menyerang Cross dan bukannya Shi Feng tetapi Datuk Bandar merupakan Elite Tahap 15... sekiranya dia mati, dia pasti menjatuhkan barang yang bernilai.
Bersembunyi di tempat yang jauh, Shi Feng tersenyum kehinaan apabila memikirkan mereka.
Adakah Datuk Bandar seorang yang mereka percaya? Walaupun Datuk Bandar menjadi salah seorang kuasa jahat, semua yang berlaku merupakan sebahagian daripada plot Misi. Pada Mata pemain lain, Datuk Bandar masih dalam keadaan Tidak Bahaya; tidak mustahil untuk menyerang Datuk Bandar.
Apabila HP Cross tinggal 100 sahaja lagi, kesemua pemain mula bergerak. Mereka semua bergerak menuju Datuk Bandar Cross dengan serentak. Mereka mahu melepaskan serangan terakhir, bagi merampas semua barang yang jatuh.
Melihat Cross hanya satu pukulan daripada pintu kematian, Shi Feng, juga, meluru keluar.
Malang sekali, Cross mati dengan pedang Pengawal akhirnya. Tiada seorang pemain pun yang berjaya menyerang Cross. Walaupun Shi Feng tidak mampu menyerang, dia tidak mahu mengambil risiko. Selepas kematian Datuk Bandar, dia dengan pantas mengambil [Mayor Insignia] dan menghilangkan diri dalam kerumunan.
NPC dalam bandaraya tidak memberi EXP atau barangan sekiranya dibunuh. Shi Feng tidak mampu mengambil Tanda Kebesaran Datuk Bandar kalau tidak kerana Misi.
"Mengarut! Sistem terganggu! Kenapa aku tidak dapat menyerang Datuk Bandar?"
"Aku mahu buat aduan! Kenapa Datuk Bandar tidak menjatuhkan apa-apa apabila sudah mati?"
Sesetengah pemain rookie mengadu kekecewaan. Seorang Elite Tahap 15 mati di hadapan Mata, tetapi mereka langsung tidak dapat apa-apa; mereka langsung tidak boleh menerimanya.
"Bodoh. Adakah kau tidak tahu hubungan kau dengan NPC adalah Tidak Bermusuhan? Pemain tidak boleh menyerang NPC dengan hubungan Tidak Bermusuhan. Kalau pengetahuan umum seperti itu kau tidak tahu, kenapa perlu bermain Kawasan Tuhan?"
Selepas mengejek rookie tersebut, pemain handalan menjejak kelibat Shi Feng. Seorang pemain yang boleh membunuh Datuk Bandar dengan cara itu tentunya seorang pakar, seorang yang perlu mereka berhubung. Namun, mereka tidak mampu mengesan Shi Feng, walaupun untuk sekian lama. Mereka juga tidak tahu nama dia. Mereka secara diam-diam berasa sedih.
Sementara itu, berita tentang kematian Datuk Bandar Cross tersebar ke seluruh Kampung Daun Merah, menjadi sensasi antara semua pemain.
Dalam fasa permainan ini, semua pemain sedang sibuk memburu raksasa untuk Tahap, ketua sesebuah bandar dipermainkan sehingga mati dengan mudah. Perkara ini sungguh menakjubkan.
Tidak sampai tiga puluh minit pelancaran Kawasan Tuhan, satu berita muncul di forum laman rasmi.
Pemain Pedang misteri membunuh Elite Tahap 15, Datuk Bandar Daun Merah. Ketua Bandar sebenarnya seekor Serigala Jadian yang menyamar. Sebenarnya jenis permainan apa Kawasan Tuhan ini?
Satu berita dengan cepat membuat sensasi antara pemain. Ia mengambil masa sekejap sahaja untuk bilangan nombor klik pada halaman melebihi sepuluh juta. Semua orang menjadi teruja dengan Pemain Pedang misteri ini. Malangnya, mereka tidak mampu menghubungi orang ini kerana tiada siapa tahu namanya.
Ketika itu, Shi Feng telah tiba di lorong gelap.
"Encik Sherlock, ini Tanda Kebesaran Datuk Bandar yang kamu inginkan." Shi Feng memberi Tanda Kebesaran Datuk Bandar yang berwarna perak itu kepada pengemis, Sherlock.
Dengan melengkapkan Misi, berita buruk tersebar kepada pemain yang telah menerima Misi dan juga kepada mereka yang sedang mendapatkan satu Misi daripada Datuk Bandar. Perkara ini disebabkan Cross tidak akan dihidupkan semula. Mereka tiada tempat untuk menghantar Misi walaupun sudah melengkapkannya. Bandar Daun Merah juga akan ketiadaan Datuk Bandar, walaupun Shi Feng tidak menghiraukannya.
"Terima kasih. Terima kasih, banyak-banyak. Saya akhirnya dapat membalas dendam untuk rakan saya. Barang ini pasti membantu kamu."
Sherlock memberi Shi Feng sebuah kotak kecil. Selepas itu, Sherlock mengambil Tanda Kebesaran Datuk Bandar dan pergi meninggalkan lorong hitam.
Sistem: Misi Unik " Permintaan Sherlock" telah lengkap. Ganjaran 2000 EXP, 20 Mata Penguasaan Percuma, 1 [Kotak Perhiasan Mewah].
Dengan bunyi "Hua", Shi Feng meraih Tahap 1, dan dia hanya 1000 EXP lagi untuk mencapai Tahap 2. Tahap Shi Feng menjadi pemain tertinggi di Bandar Daun Merah, dalam tiga puluh minit selepas permulaan Kawasan Tuhan. Dalam keadaan biasa, secara purata pemain memerlukan 1000 EXP untuk naik ke Tahap 1. Bilangan itu memerlukan enam hingga tujuh jam memburu raksasa, menyembuh, dan sebagainya. Dengan faktor jumlah pemain yang besar pada permulaan permainan yang merebut raksasa, mengambil lebih sepuluh jam untuk sampai ke Tahap 1 merupakan perkara yang biasa.
"Kenapa ganjaran Misi Unik sangat pemurah? Adakah sebab aku melengkapkan pada Tahap 0?" Shi Feng menjadi tertanya-tanya tetapi dia masih bersyukur dengan ganjaran itu.
Dalam kehidupannya yang lepas, ganjaran yang ditunjukkan tidak begitu mewah. Walaupun jumlah EXP tetap sama, bilangan Mata Penguasaan percuma tidak sama. Pemain yang lain itu cuma menerima 10 Mata, dan juga Kotak Perhiasan Halus, sementara Shi Feng mendapat 20 Mata dan Kotak Perhiasan Mewah.
Mata Penguasaan Percuma tersangat penting di Kawasan Tuhan. Jarang satu misi itu memberi 3 hingga 5 Mata. Misi Unik ini memberi 20 Mata.
"Harap-harap, ia tidak mengecewakan aku. Walau bukan Kotak Perhiasan Halus, ia masih Kotak Perhiasan Mewah yang lebih baik. Ia patut keluar." Shi Feng memegang kotak perhiasan dengan berhati-hati, menelan air liur di tekaknya dengan gementar. Perlahan, dia buka kotak itu.
Walaupun EXP dan Mata Penguasaan Percuma banyak, apa yang Shi Feng inginkan ialah barang yang ada dalam kotak perhiasan itu. Barang itu penting untuk melengkapkan kenaikan tahapnya dan rancangan menjana duit. Barang itu juga barang tahap tinggi yang ramai pakar inginkan. Shi Feng pasti menangis sehingga mati jika sesuatu yang tidak diingini berlaku.