Puncak gunung menjulang tinggi Kaum Awan Berkabus terselindung dalam kegelapan malam. Cahaya tebal, kecil yang seakan kunang-kunang menyelubungi seluruh pergunungan. Walaupun sudah lewat malam, pertahanan puncak gunung itu lebih ketat dari waktu siang. Banyak rondaan terdedah dan tersembunyi sedang berkeliaran di dalam kegelapan lalu menyerap semua aktiviti gunung ke dalam mata mereka.
Kaum besar yang tinggal di puncak Gunung Awan Berkabus, seakan seekor bintang ganas di bawah perlindungan malam berkabus yang merayap keluar dari situ. Satu tekanan luar biasa dilepaskan menyebabkan bulu roma meremang.
Cahaya lembut sedang berbuai-buai di bawa angin ke dalam dewan terasing yang terletak di bahagian dalam kaum. Cahaya pudar itu menyelubungi seluruh dewan lalu menyingkir kedinginan yang berlegar di dalam dewan.
Dewan besar itu kosong. Hanya seorang memakai jubah putih berada di tengah memberikan dewan besar itu kehadiran manusia.