Tawa lembut dan dingin Xiao Yan seperti mencurah sebesen air sejuk ke dalam minyak. Serta merta, Satu gelombang Dou Qi majestik berwarna merah darah memecut keluar ke semua arah dari dalam badan Fan Lao yang kelihatan bengis!
Tangan kerepot seakan tiga kuku binatang berwarna putih pucat tiba-tiba menerkam ke depan dan membentuk beberapa meterai ganjil secepat kilat. Seseorang boleh melihat Dou Qi yang memecut keluar itu sedang berubah-ubah sedikit sebelum satu lembing darah berwarna merah setebal dua lengan membentuk segera di depan semua orang.
Fan Lao memanjangkan tangan kuku binatangnya semasa lembing darah itu sedang terbentuk lalu memegangnya dengan erat. Dia mendongak kepala dan menggerakkan mulutnya sedikit semasa berdepan Xiao Yan lalu mendedahkan giginya yang putih padat dan agak tajam.