Xiao Yan tersenyum dan berbicara sambil dia memerhatikan wajah dingin menggoda yang sedang terkejut itu, "Awak cedera?"
"Tak." Han Yue menggeleng kepalanya. Renungannya kelihatan pelik ketika dia memandang Xiao Yan di hadapannya. Wajahnya yang kemerahan perlahan-lahan menjadi semakin pudar sambil dia mengucapkan terima kasih dengan lembut. Serta merta, dia mengeluh, "Hanya dua hingga tiga bulan saya tak jumpa awak tapi awak sudah menjadi lebih kuat dari sebelum ini. Nampaknya tak ada orang dalam Akademi Dalaman yang boleh melepasi kelajuan awak."
Kelajuan 'Beruk Langit Iblis Salji' selepas mutasi adalah kehebatan di mana sesiapa dengan kekuatan Lin Xiuya pun tidak akan dapat mengelakkannya. Namun, Xiao Yan di hadapannya ini boleh menyelamatkannya dalam sekelip mata. Kelajuan ini tidak mungkin dapat dipertandingkan dengan sesiapa yang hadir di sini. Ia adalah perubahan luar biasa berbanding beberapa bulan yang lalu. Patutlah Han Yue mengeluh.