Chereads / Pertarungan Menerusi Syurga / Chapter 425 - Ketenangan Selepas Pertandingan Besar

Chapter 425 - Ketenangan Selepas Pertandingan Besar

Xiao Yan dengan perlahan berjalan di jalan sempit yang terdapat pokok di tepinya di dalam akademi. Dia mengecilkan mata dan tidak ambil peduli dengan renungan tajam yang datang dari orang di sekelilingnya. Dia telah mendapat renungan tajam seperti ini sejak menjadi pemenang Pertandingan Kelayakan dua hari yang lepas. Pada asalnya dia rasa agak sakit hati. Tetapi lama kelamaan dia telah lali dan terus mengabaikan mereka. Dia tiada pilihan lain untuk perkara ini disebabkan mata mereka itu bukan di bawah kawalan dia.

Hari ini merupakan hari kedua selepas Pertandingan Kelayakan tamat. Dalam masa dua hari ini bukan sahaja Xiao Yan sudah pulih dari kecederaan yang dia dapat dalam pertandingan dengan sepenuhnya tetapi juga kekuatan dia telah menjadi stabil pada level Da Dou Shi enam bintang. Ketika ini keadaan dia sudah berada pada tahap optimum. Dou Qi yang mengalir di dalam dirinya umpama air yang deras menyebabkan perasaan selesa terasa di seluruh badan dia.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS