Serangan tiba-tiba oleh Xiao Yan di dalam arena itu memang tidak dijangka oleh sesiapa. Tambah lagi serangan itu berlaku dalam sekelip mata. Oleh itu ramai penonton di dalam galeri tontonan hanya melihat kelibat hitam melintas laju di dalam arena. Selepas itu kedengaran tiga bunyi orang menjerit sakit. Akhirnya Bai Shan, Hu Jia dan Wu Hao memuntahkan darah dan tercampak ke belakang sebelum menghentam batu dengan kuat.
Para penonton di dalam stadium melihat dengan senyap Bai Shan dan dua yang lain sedang bersandar di dinding batu dan bersusah-payah cuba untuk berdiri. Renungan semua orang yang tergamam itu mula tertumpu kepada pemuda di dalam arena itu. Ketika ini ramai orang yang rasa seram sejuk di dalam hati mereka. Budak yang biasanya tersenyum itu sebenarnya orang yang paling menakutkan…