Satu bayang-bayang hitam tiba-tiba terpancar melepasi sebuah hutan gunung yang tebal. Kadang-kala, jubah hitam akan melanggar dahan pokok lalu menyebabkan jubah hitam untuk ternaik sedikit, mendedahkan wajah kacak yang muda. Wajah itu kepunyaan Xiao Yan yang melarikan diri selepas membunuh kumpulan Fan Ling dan mendapat harta karun.
Oleh kerana risau seseorang akan menemui kesan tapak kaki dan tanda-tanda lain jika berlari di permukaan tanah, Xiao Yan telah memilih untuk melompat dari dahan pokok ke dahan pokok sejak meninggalkan kawasan kosong tersebut. Walaupun jika dia kadang-kala mendarat di atas tanah, dia akan menutup kesan tapak kaki dan benda lain dengan berhati-hati.