Semasa Xiao Yan berjalan keluar dari dewan ujian, Ao Tuo mengejarnya dari belakang dan berjalan di sisi Xiao Yan. Kadang-kala, Ao Tuo akan menyengetkan kepala dan memandang sepintas lalu muka pemuda yang tenang yang sedang tersenyum itu. Renungannya agak ganjil.
"Kenapa awak asyik merenung saya?" Xiao Yan tidak lagi dapat menahan renungan Ao Tuo selepas berjalan untuk beberapa jarak. Akhirnya, dia menggeleng kepala dan bertanya.
"Ke ke, saya sedang cuba meneka berapa banyak lagi awak simpan. Awak mampu membuatkan semua orang terkejut…" Ao Tuo berkata sambil tersenyum.
Xiao Yan hanya boleh menggerakkan bahunya selepas mendengar kata-kata ini.