Tiga manusia majestik sedang berterbangan pergi ke arah langit biru. Satu keriuhan telah menggoyangkan Bandar Yan disebabkan kehadiran tiga manusia yang dahsyat ini. Beberapa orang bertahap Dou Shi atau lebih akan menaikkan kepala dengan muka bodoh dan memandang manusia yang sedang berterbangan pergi ke arah langit seperti gugusan bintang. Kaki mereka tidak dapat menahan diri daripada menggigil. Daya dahsyat daripada Dou Huang-Dou Huang ini jarang dilihat dalam Empayar Jia Ma. Hanya segelintir orang yang mencapai sesetengah tahap baru layak untuk terasa tekanan daripada daya sebegini. Berita yang menggemparkan ini mula merebak ke seluruh bandar.
Terdapat sebilangan orang handalan yang tidak senang hati ini tertembak ke atas bumbung dengan keterujaan selepas mereka terpegun untuk seketika. Selepas itu, mereka teruja seperti kutu, melompat di atas bumbung bandar sambil mengikut tiga kehadiran yang hebat dan majestik dari belakang.