Chereads / Pertarungan Menerusi Syurga / Chapter 245 - Puak Mo

Chapter 245 - Puak Mo

Xiao Yan menarik kerusi secara rambang dan duduk dengan megah sambil diperhatikan oleh semua orang di dalam dewan. Dia memandang sepintas lalu pada muka pucat si Lou Bu, bermain dengan kuku dan berkata dengan tidak acuh, "Beritahu saya. Apa terjadi dengan awak baru-baru ini? Berdasarkan perwatakan awak, awak tidak kelihatan seperti mempunyai keberanian untuk membersihkan semua kuasa-kuasa di Bandar Batu Gurun."

Lou Bu hanya tersenyum kekok selepas mendengar kata-kata Xiao Yan yang menghinanya. Dia berdiam untuk seketika sebelum ketawa kelat, "Betul. Saya tidak pernah terfikir untuk menakluk kawasan Bandar Batu Gurun. Tambahan lagi, 'Syarikat Askar Upahan Pasir' tidak memiliki kekuatan untuk menghapuskan kumpulan-kumpulan lain di dalam Bandar Batu Gurun."

"Semua ini bermula kerana seorang gadis kecil yang dipanggil Qing Lin dari 'Syarikat Askar Upahan Keluli Gurun'." Ekspresi muka Lou Bu nampak kesal.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS