Apabila Xiao Yan tersedar, dia terasa kesakitan di seluruh badannya, seperti telah dicucuk jarum. Dia meraba cincin simpanan di jarinya dan mengeluarkan satu botol jed kecil. Menyengetkan botol itu, dia menitiskan beberapa titisan cecair merah jambu ke dalam mulut.
Selepas menelan cecair merah jambu yang mempunyai ciri-ciri tahan sakit didalamnya, Xiao Yan terasa kesakitan seperti dicucuk itu mula hilang dari badannya. Dia bangun dan mengutip skrol hitam itu, dan menyedari perkataan-perkataan dan lukisan sayap helang itu sudah hilang.
Xiao Yan merenung skrol kosong itu dan mengelip matanya dalam kebingungan. Tiba-tiba, dia membuka pakaiannya dan mengeluarkan satu cermin kristal dari cincin simpanan dan dengan pertolongan pantulan cahaya, dia ternampak satu tatu sayap helang berwarna hitam sebesar tapak tangan telah muncul di belakangnya.