Melompat ke seberang lembah, Xiao Yan berjalan ke arah air terjun dengan bersahaja. Matanya meneliti kawasan sekelilingnya dengan berhati-hati dan hanya selepas tidak terlihat Raksasa Magik berdekatan, barulah dia mengeluh lega.
Sampai ke dinding gunung yang curam itu, Xiao Yan mengambil masa yang lama untuk memilih gua berjarak empat hingga lima meter darinya. Mendaki batu-batu licin itu dengan berhati-hati, Xiao Yan seperti seekor monyet dan telah menerokai gua yang telah dipilihnya tadi.
Keadaan sedikit dingin di dalam gua itu dan saiznya tidak beberapa kecil. Cukup untuk Xiao Yan tinggal di sini sendirian.
Melihat ke sekeliling lantai di dalam gua itu, Xiao Yan tidak terjumpa tanda-tanda ada Raksasa Magik yang pernah berada di dalam gua ini. Jadi dia akhirnya berasa lega. Dia membersihkan gua itu dengan cepat sebelum mengeluarkan bekalan berkhemah daripada cincin simpanannya dan membina satu katil yang lembut dan kering.