Chereads / Pertarungan Menerusi Syurga / Chapter 107 - Kuasa Tersembunyi Letupan Oktana

Chapter 107 - Kuasa Tersembunyi Letupan Oktana

Bulan sabit yang sepi, tergantung di langit malam yang gelap, sambil memancarkan cahaya yang malap dan dingin ke seluruh tanah yang besar itu.

Di dalam rimba yang gelap itu, unggun api lemah sedang meliuk-liuk, membawa cahaya hangat pada malam yang sunyi dan gelap itu.

Di sebelah unggun api, seorang pemuda sedang bersandar pada batang pokok dan menujah api itu dengan batang kayu di tangannya, secara tidak sedar.

Termasuk hari ini, sudah 5 hari sejak Xiao Yan meninggalkan Bandar Wu Tan. Kesegaran yang dirasakan sewaktu memulakan pengembaraan ini telah mula lenyap dalam perjalanan yang dilaluinya secara berseorangan. Satu perasaan merindui rumah mula muncul secara perlahan-lahan dalam hati pemuda tersebut.

Selepas meletakkan satu lagi kayu api secara rawak ke dalam bara tersebut, menyebabkan api tersebut kembali menyala dengan terang, Xiao Yan menopang dagunya dan berkata dengan malas, "Cikgu, ke mana kita nak pergi ni?"

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS