Xiao Yan berjalan ke arah khemah besar itu dengan perlahan. Xiao Yu yang berada di belakangnya, merenungnya dengan marah dan mengetap giginya. Dia tidak sangka Xiao Yan akan menolak tawarannya dan tidak memberinya muka.
Apabila kumpulan Xiao Yan semakin rapat dengan khemah hijau besar itu, mereka terlihat lebih daripada 10 orang sedang berkumpul di bawah tempat teduh. Mereka semua dibahagikan kepada beberapa bulatan dan sedang berbual. Berdasarkan air muka mereka, seseorang itu boleh meneka mereka pelajar-pelajar dari akademi yang sama dengan Xue Ni iaitu Akademi Jia Nan.
Di luar teduh khemah tersebut, lebih daripada 20 pemuda dan perempuan sedang duduk di atas lantai di bawah matahari yang terik. Walaupun kehangatan menyebabkan mereka berpeluh dengan tidak henti-henti, air muka mereka tetap segan. Daripada pandangan pertama, ia nampak seperti mereka merupakan pelajar baru yang baru lulus ujian kemasukan.