Chereads / Pertarungan Menerusi Syurga / Chapter 86 - Cabaran

Chapter 86 - Cabaran

Berpusing ke belakang dengan perlahan, Jia Lie Ao menyengetkan kepalanya. Senyuman di sudut mulutnya kelihatan sedikit jahat. "Abang Liu Xi, bolehkah saya bermain dengannya?"

Liu Xi mengangguk dan tersenyum. Tanpa meninggalkan jejak, dia meluruskan tapak tangan di depannya lalu berkata, "Jika kau ada peluang, jangan simpannya."

Jia Lie Ao tersenyum dan menutup matanya. Kata-kata Liu Xi telah mengingatkan dia terhadap satu perbualan rahsia di antara dia dan Jia Lie Bi. Sebelum ini, Jia Lie Bi telah menerima khabar bahawa Xiao Yan telah mendapat kembali bakatnya. Selepas berdiam diri untuk masa yang panjang sambil bermuka masa, Jia Lie Bi menggunakan bersuara dingin dan amat serius semasa dia bercakap dengan Jia Lie Ao.

"Jika budak itu menerima cabaran awak, awak tidak boleh menunjukkan kasihan. Ia adalah lebih baik jika awak membunuhnya di situ. Walaupun awak tidak mampu, melumpuhkannya akan membantu Puak Jia Lie membuangkan satu musuh yang amat menakutkan."

Mengimbas kembali suara ayahnya yang dingin dan serius semasa memberitahu mesej itu, senyuman di muka Jia Lie Ao menjadi lebih kejam. Matanya melihat Xiao Yan yang tenang tidak jauh dari situ. Dia terasa satu firasat bahawa budak genius itu akan dibunuh oleh tangannya sendiri.

Keyakinan Jia Lie Ao berasal daripada kekuatannya. Selain daripada posisi 3 bintang Dou Zhe, Kaedah Qi yang dilatih olehnya adalah Atribut Angin Tahap Xuan Tinggi, Seruan Taufan. Tambah lagi dengan beberapa Teknik Dou yang dia tahu, dia sudah boleh memenangi pertarungan dengan seorang 5 bintang Dou Zhe.

Kalau dibandingkan dengan Xiao Yan, sungguhpun bakatnya sudah kembali, dia hanya seorang 8 Duan Qi semasa Upacara Kedewasaan. Walaupun kekuatan dia meningkat semasa waktu itu, mustahil untuk Xiao Yan melepasinya. Berdepan fakta ini, Jia Lie Ao penuh dengan keyakinan.

Di seluruh jalan itu, Jia Lie Ao bukan sahaja yang berfikir sebegitu. Askar-askar upahan yang sedang memerhatikan situasi tersebut dan Xiao Yu juga berfikir sebegitu. Mereka tahu tidak kira bagaimana berbakat Xiao Yan itu, jarak di antara pangkat mereka berdua adalah sesuatu yang tidak boleh disisihkan.

"Bukankah budak ini biasanya licik? Kenapa dia boleh terperangkap dalam provokasi lelaki itu?" Melihat Xiao Yan yang mempunyai satu batang keluli di tangannya, muka Xiao Yu menjadi dingin dan suram. Melangkah ke depan, dia memarahi Xiao Yan sebagai langkah untuk melindunginya. "Sejak bila kau menjadi seorang yang tidak tahu hadnya? Tahu kau tak boleh menang, kenapa kau terima cabarannya? Kau dah tak nak hidup ke?"

Menerima teguran daripada Xiao Yu, Xiao Yan hanya tersenyum dan menggerakkan bahunya. "Kami pun belum mula berlawan. Ia masih awal untuk kata siapa yang tak nak hidup."

"Kau…." Melihat Xiao Yan yang degil itu, Xiao Yu menghentak kakinya. Kakinya yang panjang dan seksi itu meloncat ke hadapan untuk menghalangnya. Kemudian, dia mengeluarkan cemeti hijaunya ke udara dan mengeluarkan satu bunyi membelah. "Biar aku berlawan untuk kau. Aku tahu potensi kau bagus tetapi ia adalah untuk masa depan."

Melihat tubuh belakang Xiao Yu yang sedang menghadapnya, Xiao Yan terpegun. Dia tidak sangka perempuan yang sering bergaduh dengannya akan berlawan untuknya dan melindunginya. Dia menggosok kepalanya. Selepas itu, dia merenung ke seluruh tubuh belakang Xiao Yu yang mempunyai satu pinggang yang langsing, buntutnya yang cantik itu dan akhirnya dia mendarat pada satu pasang kaki yang panjang dan seksi.

Terkejut dengan tubuh sempurna perempuan liar ini, Xiao Yan menutup mulutnya dan mengalihkan renungannya sebelum pemilik itu ternampak. Dia mencondongkan kepalanya ke depan. Kalau diperhatikan dari jauh, dia kelihatan seperti sedang meletak dagunya atas bahu Xiao Yu. "Eh, masa itu, bukankah kau berhasrat ada seseorang yang akan memukul aku sehingga aku mati?"

"Bunyi pernafasan di sebelah telinganya membuat badan Xiao Yu menjadi tegang. Hujung telinganya bertukar kepada warna merah jambu. Seketika waktu kemudian, dia menarik nafas panjang dan berkata dengan suara tidak acuh yang menyembunyikan kegigilan yang dialaminya. "Kau patut faham terhadap kepentingan kau kepada puak kita. Oleh itu, kau tidak boleh menerima sebarang cabaran sesuka hati. Sebagai…..kakak sepupu kau, aku mempunyai hak untuk melindungi kau daripada bahaya."

"Eh, apa ini. Peliknya." Xiao Yan cuma boleh menggaru kepalanya dengan tidak bermaya. "Lupakannya. Aku akan menyelesaikan masalah aku sendiri. Sebagai seorang wanita, kau berdiri di tepi." Selepas menghabiskan ayatnya, dia menggenggam batang keluli itu dengan kuat dan memusingkan badannya ke tepi, dan melepasi Xiao Yu yang sedang menghalangnya. Memijak dari tanah, dia meluru ke arah Jia Lie Ao yang tidak sabar itu.

Melihat tindakan Xiao Yan, Xiao Yu menjadi cemas. Sebelum dia mampu menarik Xiao Yan balik dengan cemetinya, satu suara seorang gadis muda kedengaran menyebabkan Xiao Yu berhenti. "Kakak Xiao Yu, yakinlah dengan Abang Xiao Yan. Dia bukan seorang yang terburu-buru. Jika dia tidak yakin, dia tidak akan menerima hasutan seseorang."

"Xun Er…" Xiao Yu memaling untuk melihat Xun Er yang tersenyum, Xiao Yu terpegun. Dia hanya boleh mengangguk dan mengeluh. Walau bagaimanapun, tangannya terus mengenggam cemetinya yang panjang itu dengan ketat.

"Heh Heh, anak gampang, aku akan membuat kau kesal dengan tindakan bodoh kau hari ini." Merenung Xiao Yan yang sedang meluru ke arahnya dengan satu batang keluli, Jia Lie Ao ketawa dingin. Satu Dou Qi hijau pudar sedang mengalir ke tapak tangannya.

Jia Lie Ao berdiri di tempatnya tanpa bergerak. Tapak tangannya tiba-tiba bertukar menjadi satu kuku binatang yang tajam. Pada hujung jarinya, satu Dou Qi hijau membentuk 10 kuku jari angin yang tajam. Dengan satu ketawa kejam, dia menggerakkan tangannya. Dengan bunyi angin berpecah, dia menyerang Xiao Yan dengan kejam.

Terasa bunyi angin sedang dikoyakkan, Xiao Yan mengecilkan matanya. Dia menaikkan tangan kiri dan menumbuk tanah di depannya dengan kuat. Satu tiupan angin kuat yang tidak berbentuk mendarat atas permukaan dan daya kuasa pantulan itu tiba-tiba menghentikan kemaraan Xiao Yan.

Melihat Xiao Yan yang begitu fleksibel dalam mengawal momentumnya, askar-askar upahan di sekeliling teriak menunjukkan kekaguman.

Pada waktu badan dia berhenti, batang keluli di tangan Xiao Yan dilepaskan dan terus ke hadapan. Seperti anak panah yang dilepaskan daripada busurnya, ia menembak ke arah kepala Jia Lie Ao.

Melihat batang keluli yang sedang terbang ke arahnya, Jia Lie tersenyum. Dengan satu gerakan tangan dengan Dou Qi hijau yang terapung itu, angin di depannya bergolak dan beberapa taufan kecil berwarna hijau muncul.

Selepas melalui beberapa taufan kecil itu, kekuatan batang keluli itu menjadi lemah.

Hilang kekuatannya, batang keluli itu terjatuh atas tanah setengah meter dari Jia Lie Ao dengan dentuman yang kuat dan jelas.

"Ah…." Melihat serangan Xiao Yan ditangkis dengan senang, orang di sekeliling tidak dapat menahan diri daripada mengeluh. Jia Lie Ao yang mempunyai kemahiran yang lebih tinggi itu kelihatan sukar untuk ditewaskan.

Related Books

Popular novel hashtag