Chereads / Pertarungan Menerusi Syurga / Chapter 70 - Siasatan

Chapter 70 - Siasatan

Xiao Yan mencari satu alasan untuk meninggalkan Xun Er sebelum dia menyelinap keluar dari puaknya. Berhenti seketika untuk berfikir, dia memutuskan untuk pergi ke pasar kecil berhampiran yang dimiliki oleh Puak Jie Lie.

Walaupun dia tidak berminat untuk menolong Tokoh-Tokoh itu menyenangkan masalah mereka, dia berharap di dalam kemampuannya, dia dapat menolong ayahnya. Untuk menolong, dia perlu mengetahui di mana untuk bermula, oleh itu, Xiao Yan perlu memulakan penyiasatan dia di pasar Puak Jia Lie terdahulu.

Pasar kecil yang dimiliki oleh Puak Jia Lie diletakkan di satu kawasan terbiar dan oleh itu biasanya dilawati oleh beberapa orang sahaja. Walau bagaimanapun, apabila Xiao Yan memasuki ke dalam pasar tersebut, dia terkejut dengan jalan yang penuh itu dan suara orang ramai yang memekakkan.

Di jalan lebar, orang meluru ke sana dan ke sini. Beberapa orang yang berbadan tegap sedang menjerit sambil menolak dengan bersungguh-sungguh melalui orang ramai. Daripada bau darah yang sedang dikeluarkan oleh badan mereka, mereka mungkin askar upahan. Disebabkan oleh hubungan kerap dengan kematian, mereka mempunyai kesayangan terhadap krim penyembuhan, lagipun, di dalam tanah yang penuh dengan bahaya, satu krim penyembuhan boleh membeli balik nyawa seorang anggota.

Berdiri di pintu masuk depan pasar, Xiao Yan terlihat beberapa askar upahan sedang membawa satu kotak kayu kecil sambil menolak jalan melalui orang ramai sebelum menjerit dengan riang di pasar tersebut.

"Kotak-kotak itu patut mengandungi 'Serbuk Pengembalian Musim Bunga', kan?" Berbisik dengan senyap, Xiao Yan memasuki ke dalam jalan tersebut dan menggunakan seluruh tenaga untuk bersembunyi di dalam orang ramai di situ. Xiao Yan pergi ke sebuah kedai yang menjual serbuk tersebut dan dia menggunakan 100 syiling emas untuk membeli kotak tersebut.

Memegang kotak itu, dia berasak-asak keluar dari tempat tersebut. Akhirnya, Xiao Yan menghembus nafas lega. Memikirkan balik muka tidak sabar dan bangga penjual ubat tersebut, dia tidak dapat menahan diri daripada mengejek di dalam hatinya. 'Anjing itu menggunakan posisi untuk membuli orang lain'.

Sambil berjalan keluar dari pasar tersebut dengan kotak itu, Xiao Yan membuka penutup kotak itu. Di dalamnya mempunyai 10 botol kecil yang diperbuat daripada bahan kasar, kemungkinan daripada gred rendah batu jed. Mustahil untuk memelihara keberkesanan penawar tersebut dengan bahan jenis sebegini.

Membuka botol itu, satu cecair hijau sederhana mengeluarkan satu bau ubat yang lemah.

"Cikgu, adakah ini boleh dipanggil sebagai ubat?" Terasa sedikit kagum dengan ubat yang kurang pekat itu, Xiao Yan bertanya dalam hatinya.

"Ya, ini boleh dikira sebagai gred rendah ubat penyembuhan dengan mempunyai sedikit kesan penyembuhan. Jenis ubat penyembuhan ini tidak susah dibuat dan disebabkan ia barang biasa sahaja, ia boleh dijual dengan harga yang murah. Inilah sebab kenapa beberapa ahli alkimia peringkat pertama sahaja akan mengambil masa untuk membuatnya."

"Ia betul-betul sangat murah, 100 syiling emas untuk 10 botol ialah 10 syiling emas untuk satu botol. Untuk seorang Ahli Alkimia, perbuatan ini amat memalukan." Mengangguk kepala, Xiao Yan berasa ragu-ragu sebelum bertanya, "Cikgu, adakah awak mempunyai penawar yang lebih baik daripada ini?"

"Banyak, tetapi ubat penawar itu terlalu rendah grednya jadi saya jarang membuatnya." Yao Lao berhenti seketika sebelum berkata sekali lagi, "Adakah awak ingin membuatnya untuk Puak Xiao? Bagus juga. Awak sudah menjadi seorang Dou Zhe, masa sudah tiba untuk awak cuba untuk menapis beberapa ubat penawar."

"Oh? Saya dapat menapisnya?" Xiao Yan hairan dengan kata-kata Yao Lao.

"Adakah awak masih berharap saya akan membuat benda sebegini dengan sendiri?" Yao Lao membalas dengan muka yang tidak gembira dan terus dengan arahannya. "Pertama sekali, awak pergi ke Rumah Lelongan untuk mencari beberapa periuk ubat yang lebih berkualiti. Selepas itu, awak mesti membeli satu golongan bahan-bahan ubat yang banyak. Pada peringkat awal, seorang ahli alkimia memerlukan pil yang banyak untuk mendapat pengalaman."

Xiao Yan menjilat bibirnya dengan wajah penuh keinginan. Membuang kotak itu ke tepi jalan, dia berlari ke lokasi Rumah Lelongan Premier.

Sebelum sampai ke Rumah Lelongan, Xiao Yan sekali lagi memakai jubah hitam itu di sudut terbiar sebelum mengambil masanya untuk berjalan ke arah Rumah Lelongan.

Semua pekerja di sana sudah mengenali bentuk tubuh Xiao Yan, oleh itu apabila mereka ternampak seseorang yang memakai jubah hitam yang berjalan ke arah mereka dari perjauhan, seseorang di antara mereka memasuki ke dalam Rumah Lelongan untuk memberitahu Ya Fei dan Gu Ni.

"Saya membuat lawatan ini untuk meminta pertolongan awak untuk mendapatkan satu periuk logam yang berkualiti." Suara orang tua kedengaran dalam jubah hitam itu. Selepas itu, dengan kedua-dua tangannya, dia membawa cawan teh dia ke arah mulut untuk menghirupnya.

Sedar dengan status kedua-dua pihak tersebut, Ya Fei tidak terkejut dengan permintaan Xiao Yan. Tersenyum dan mengangguk kepalanya, dia memanggil seorang gadis. Ya Fei memberi arahan kepada gadis itu dengan lembut sebelum melambai tangan dan mengarah gadis itu untuk keluar.

"Haha, tuan, awak datang pada waktu yang amat baik. Pagi ini, rumah lelongan telah menerima satu periuk ubat yang dicipta daripada bara api. Periuk ini dibuat daripada seorang tukang besi yang terkenal di Empayar Jia Ma, Tok Guru He Er. Bukan sahaja ia boleh menguatkan Api Dou Qi, ia juga diperbuat daripada logam yang jarang dijumpa yang boleh menolong peningkatan peluang untuk menapis ubat dengan berjaya. Hari ini, periuk ubat jenis sebegini dicari-cari oleh Ahli Alkimia di Empayar Jia Ma." Ya Fei menjelaskan dengan satu senyuman, matanya bergerak seperti telah disihir.

"Mmm." Suara tua itu mengeluarkan nada yang agak berpuas hati. Teragak-agak sebelum bertanya sekali lagi, "Sediakan juga satu tahap rendah 'Cincin Simpanan' dengan 500 ikat Rumput Darah Beku, 600 Bunga Penumbuhan Tulang, 500 Bunga Candu, 500 Buah Cergas….."

Mendengar permintaan ini, mata Gu Ni terlompat-lompat. "Cincin Simpanan" yang bergred rendah pun dah berharga agak-agak 70,000 hingga 80,000 dan walaupun bahan-bahan ubat yang dikatakan itu bukan jarang, kuantiti yang banyak itu bermakna ia memerlukan 100,000 syiling emas untuk sediakan. Akhirnya, dengan perigi ubat yang dikatakan oleh Ya Fei tadi yang akan dilelongkan, ia akan sampai ke harga sebanyak 150,000. Semua benda ini ditambah sekali, tanpa 300,000 syiling emas amat susah untuk diuruskan.

Ya Fei juga terkejut dengan permintaan tersebut. Rumah Lelongan itu bukan dimiliki oleh Ya Fei seorang dan oleh itu dia perlu melaporkan semua keuntungan dan transaksi kepada ibu pejabat. Menggunakan dana sebanyak 300,000 secara sulit bukan mustahil tetapi ia pasti akan ditemui oleh orang atasan.

Sambil mengigit bibir merah dan menimbang kira baik buruk dan manfaat seorang ahli alkimia peringkat keempat yang akan mereka peroleh nanti, Ya Fei memberi satu senyuman senang dan berkata, "Tuan, semua akan disediakan dalam masa satu jam."

"Haha, bagus…." Untuk kali pertama di depan Ya Fei, nada Yao Lao yang biasanya tidak bermaya itu digantikan dengan tawa riang.

Satu tangan cerah muncul dari celah jubah hitam yang memegang satu kad jed biru diletakkan di atas meja. Yao Lao tersenyum dan berkata, "Saya tidak pasti duit ini mencukupi untuk belian tersebut…. tetapi awak boleh tambahkan satu set bahan-bahan untuk membuat Serbuk Pengumpul Qi."

Mendengar kata-kata itu, muka Gu Ni bertukar pucat. Satu set bahan Serbuk Pengumpul Qi? Itu pun sudah 50,000 syiling emas?

Ya Fei juga berasa marah sedikit. Walaupun pihak itu seorang Ahli Alkimia berperingkat keempat, permintaan ini agak keterlaluan.

Walaupun dia agak marah, Ya Fei menyimpan perasaan itu di dalam hati, tanpa ditunjukkan pada mukanya yang ayu itu. Berfikir sebentar, dia ketawa kelat dalam hatinya. Mengingatkan diri sendiri pengorbanan sesuatu yang mesti untuk kebaikan semua. Ya Fei tidak mempunyai pilihan tetapi untuk mengeluh dan mengangguk sebagai tanda persetujuan.

"Haha, nampaknya awak berdua sudah salah faham. Bahan ini bukan untuk saya. Saya ingat kalau saya boleh membuat satu 'Serbuk Pengumpul Qi' untuk awak sebagai balasan saya. Bagi awak berdua membayar kos bahan tersebut bukan sesuatu yang besar, kan?" Suara tua itu ketawa dengan bersahaja.

Satu muka yang bingung tetapi cantik itu tiba-tiba penuh dengan keriangan. Kebijaksanaan Ya Fei tiba-tiba berselerak selepas mendengar khabar yang baik itu. Selepas seketika, Ya Fei akhirnya dapat menahan mukanya yang merah itu dan bertenang. Memberi Gu Ni satu "mata" yang juga kenampakan gembira itu, Ya Fei menjawab dengan satu suara rendah dan gelisah. "Kalau macam itu, saya berterima kasih kepada tuan."