Chereads / Pertarungan Menerusi Syurga / Chapter 60 - Bahan-Bahan Diperolehi

Chapter 60 - Bahan-Bahan Diperolehi

Melihat lelongan itu hampir berakhir, Xiao Yan mencari alasan untuk menyelinap keluar.

Selepas meninggalkan dewan lelongan dengan berhati-hati, Xiao Yan berjalan sepanjang jalan berhampiran untuk seketika. Dia bergerak ke arah sudut terbiar dan memakai jubah hitam besar yang dibeli olehnya sebelum ini. Membalut diri di dalam jubah tebal itu telah menghalang pergerakannya, jadi dia hanya boleh kembali ke tempat lelong dengan perlahan.

Sejak Ya Fei mengenali identitinya sebagai Alkimia Peringkat Ke-4, dia telah meletakkan beberapa pemberi maklumat di dewan lelongan untuk menunggu kedatangan lelaki bermisteri itu. Akibatnya, tidak lama selepas Xiao Yan sampai, sudah ada beberapa gadis muda dan menawan sedang menunggu untuk mengiringi dia ke belakang dan menunggu bersamamya dengan berhati-hati.

Duduk di atas kerusi dengan diam, Xiao Yan mengangkat cawan teh di atas meja dan menghirup teh wangi itu. Dia mengambil satu renungan pantas pada gadis pemalu di sebelah dan mengangguk dengan lemah. Suara seorang si tua boleh kedengaran sungguhpun bibir Xiao Yan tidak bergerak. "Berapa lama lagi lelongan itu akan berakhir?"

"Ah!" Soalan tiba-tiba itu mengejutkan gadis tersebut. Xiao Yan yang disorok di belakang jubah hitam telah diberikan satu pandangan tersembunyi oleh gadis tersebut. Dia kemudian, dengan muka pucat, menggenggam tangannya dengan ketat dan membalas dengan gelisah, "Encik, lelongan itu sudah berakhir. Ya Fei sedang menyelesaikan prosedur pertukaran."

Xiao Yan merasa pelik bila melihat gadis yang terkejut itu. 'Aku ni tidaklah begitu menakutkan, kan?' Tidak dapat menerima kemungkinan tersebut, dia menggeleng kepalanya dan terus senyap.

Berdiri di sebelah dengan kepalanya ditunduk, gadis itu melihat sekali lagi Xiao Yan yang senyap itu dan menghembus nafas lega dengan rahsia. Dia telah diberi amaran daripada Tuan Gu Ni, apabila dia menerima tugas ini, untuk memuaskan sebarang kehendak orang bermisteri itu walaupun kehendak orang itu untuk membuat benda "lebih" daripada yang ditugaskan.

Sudah bekerja di sini selama setahun, gadis muda itu tentu faham apa maksud "lebih" yang dikatakan oleh Tuan Gu Ni. Hal ini menyebabkan gadis itu menggigil dari kepala sehingga hujung kaki setiap kali Xiao Yan bersuara. Dia takut lelaki bermisteri ini akan meminta benda-benda yang "lebih" ini.

Gadis itu berdiri ketakutan untuk lebih kurang 10 minit, selepas itu dia mendengar bunyi tapak kaki di luar. Dia akhirnya menjadi lebih senang hati.

"Oh, tuan, awak sampai awal. Adakah Xue Li melayan awak dengan baik?" Pinggang Ya Fei berbuai-buai seperti ular apabila dia berjalan masuk ke bilik tersebut. Bentuk badannya yang ayu itu mampu membuat semua lelaki yang lemah hati hilang kawalan.

'Perempuan Jalang…' Hati Xiao Yan mula menjerit. Xiao Yan melangkah ke belakang dan mengangguk dengan ringan.

Melihat anggukan Xiao Yan, gadis berdiri di sebelahnya sekali lagi menghembus nafas lega. Dia menunduk dengan rasa hormat dan meninggalkan tempat itu.

Melihat perwatakan Xiao Yan dan tiada ciri-ciri tidak puas hati, Ya Fei berasa lega. Dia memberi satu senyuman yang mengandungi kecantikan syurga.

Senyumannya memberi Xiao Yan satu kejutan elektrik. Apabila berinteraksi dengan 'pemikat' ini, Xiao Yan tidak berani melepaskan kawalannya. Di bawah jubah, dia menggosok cincin hitam itu, dan dengan segera memberi tanggungjawab bercakap kepada Yao Lao.

"Lelongan sudah berakhir?"

"Ya." Ya Fei dengan air muka menawan mengangguk dagunya yang putih seperti salji. Ya Fei melambai tangannya dan satu kad jed biru muda muncul pada tangannya. Dia ketawa. "Tuan, 7 Penawar Asas ini dilelongkan pada 285,000 syiling emas. Selepas menolak cukai, semua duit ada di dalam kad ini."

Xiao Yan menghulurkan tangan ke depan dan mengambil kad tersebut. Kad berasa dengan selesa di tangannya dan ia jelas satu perbuatan yang mahal. Dia meraba kad jed itu dengan lembut dan mengangguk.

Melihat tapak tangan yang putih dan muda itu, Ya Fei sekali lagi mempunyai perasan ganjil.

"Harga ini lebih daripada jangkaan saya. Saya sangat berpuas hati…"

Suara Yao Lao membuatkan Ya Fei terasa senang hati. Dia membuangkan semua fikiran pelik di dalam mindanya. Merenung dengan mata menawan, dia mengerut bibir merahnya dan ketawa. "Jika awak masih nak melelongkan ubat-ubatan awak kemudian, datanglah ke Rumah Lelongan Premier. Kita pasti akan cuba sedaya-updaya untuk mendapatkan harga terbaik untuk awak."

Mengangguk kepalanya, Xiao Yan menyimpan kad jed tersebut. Selepas terasa ragu-ragu, suara Yao Lao kedengaran. "Bahan yang saya minta, dapat cari?"

Bulu keningnya yang sempit dan panjang melengkung menjadi lengkungan cantik, Ya Fei ketawa ringan. Nada riang itu membuatkan Xiao Yan terasa senang hati.

"Ya, rumah lelongan kita secara semulajadi dapat memenuhi semua permintaan awak."

Ya Fei menepuk kedua-dua tangannya, dan Gu Ni melangkah ke depan dengan memegang satu pinggan jed. Kemudian, dia berhenti di sebelah Xiao Yan dan menunduk kepalanya sebagai tanda hormat. Dia meletakkan pinggan jed itu di atas meja dan ketawa. "Tuan, bahan yang awak minta ada di sini."

Kegembiraan dengan jelas terpancar di mata Xiao Yan melihat pinggan penuh dengan bahan-bahan yang dicari-cari. Kuasa rumah lelongan ini bukan main-main. Jika dia ingin mencuba dan membeli bahan itu sendiri, dia akan membazirkan banyak masa dan tenaga. Tetapi di sini, rumah lelong mampu mengumpul semua bahan ini dengan masa satu hari sahaja. Hal ini menjadikan Xiao Yan riang sangat melihat tuahnya yang tidak dapat dijangkakan.

"Hmm, maaf kerana menyusahkan…" Melihat semua bahan Serbuk Pengumpul Qi dikumpulkan, suara Yao Lao juga menjadi lembut sedikit.

Setelah berinteraksi dengan begitu ramai orang di rumah lelongan bertahun-tahun, lamanya, Ya Fei dengan secara semulajadi dapat membezakan suara Yao Lao yang sudah menjadi lembut itu. Dia terasa riang. Transaksi ini satu keputusan yang betul!

Melihat Xiao Yan yang ingin mengambi keluar kad dia, Ya Fei ketawa dengan segera. "Tuan, kita mendapatkan bahan-bahan awak daripada hubungan dalaman. Harga itu lebih murah daripada bahan yang dicari di luar sana. Kedua-dua lelongan awak telah mendapatkan reputasi tinggi untuk rumah lelongan kami. Kita takkan mengambil duit untuk barang sebegini."

"Baiklah, kita buat cara awak. Jika saya perlukan lebih bahan pada masa depan, saya akan menukar pil-pil dengan awak." Mengangguk kepalanya, Yao Lao yang pintar itu memahami Ya Fei ingin mencipta hubungan baik di antara mereka. Tidak ingin bergaduh dengannya, Xiao Yan mengambil pinggan jed itu dan menyimpan kandungannya.

"Okey, saya ada hal lain dan saya tidak akan membazirkan masa awak lagi."

Melihat bahan-bahan sudah disimpan, Xiao Yan berdiri. Dia berjabat tangan dan berjalan keluar.

"Tuan, biar Ya Fei menemani awak."" Ya Fei mengelip mata pada Gu Ni. Mereka berdua melangkah ke depan dan mengiringi Xiao Yan keluar dari situ.

Xiao Yan mengikut dua pengurus lelongan yang sedang mengiringinya dan berjalan keluar dari bilik tersebut. Dia mengangkat kepalanya dan memperlahankan langkahnya.

Semasa meninggalkan bilik belakang, satu kumpulan terdiri daripada 3 orang juga muncul di dewan lelongan di seberang. Memberi satu renungan pantas ke arah tiga orang itu, Xiao Yan tidak dapat menahan diri daripada terasa bimbang dan gelisah di bawah jubahnya. Dia menyedari orang di tengah-tengah ialah ayahnya, Xiao Zhan.

"Jangan bagi dia nampak saya…" Doa Xiao Yan.