Melihat Xiao Yan meninggalkan bilik dengan Kaedah Qi itu, Xun Er menggeleng kepalanya. Dengan suara tidak bermaya, dia berkata, "Saya percaya awak. Untuk sekarang."
Xiao Yan melihat ahli puaknya yang lain, semua terkejut, sambil berjalan keluar daripada bilik itu. Dengan satu gerakan bahu, dia menunggu Xun Er sebelum mereka berdua berjalan ke hadapan tanpa arah, sambil berbual.
Oleh kerana mereka berdua mempunyai dua jam bersama, Xun Er dan Xiao Yan tidak tergesa-gesa untuk keluar daripada situ. Disebabkan biasanya orang ramai tidak dibenarkan masuk ke Astaka Kaedah Qi, ia satu peluang yang jarang-jarang dapat dinikmati, mereka telah memutuskan untuk memuaskan perasaan ingin tahu mereka.
Sebelum meninggalkan lorong api, Xun Er masuk ke dalam sebuah bilik kecil dan mengambil satu skrol Kaedah Qi Tahap Rendah. Mereka berdua mula berjalan terus ke laluan yang lain.
Hari ini merupakan hari yang paling riuh di dalam Astaka Kaedah Qi. Setiap koridor dipenuhi, mengisi setiap ruang di antara dinding dan setiap orang sedang cuba memecahkan rintangan di hadapan mereka, Setiap kali langsir itu hancur, satu sorakan akan kedengaran.
Di dalam atmosfera yang menyeronokkan ini, Xiao Yan yang kebiasaannya tenang terukir senyuman di wajahnya yang kecil itu.
Berjalan keluar daripada koridor yang lain, Xiao Yan melihat masa. Meregang, dia ketawa sambil memandang Xun Er. "Kita harus pergi. Masa dah nak habis."
Mengangguk, Xun Er mengikut Xiao Yan ke satu sudut sebelum berjalan ke arah pintu keluar Astaka Kaedah Qi.
Selepas berjalan melalui satu laluan, kening Xiao Yan terangkat dek kerana terkejut. Tidak jauh dari situ, dia ternampak Xiao Mei berpakaian merah. Muka Xiao Mei yang menawan itu tersipu-sipu apabila dia berjalan tanpa arah di depan rintangan. Berdasarkan wajahnya, nampaknya dia sedang mencuba sedaya upaya untuk mendapatkan Kaedah Qi itu tetapi dia tidak mampu memecahkan rintangan di hadapannya…
Hari ini, Xiao Mei berpakaian merah yang cantik dengan skirt yang ketat dan satu reben di pinggangnya terikat rapat di sekeliling pinggang.
Kini, mukanya yang ayu dan suci itu nampak cemas. Ahli puak yang lain sedang berusaha bercakap dengannya.
…..
Perasaan Xiao Mei menjadi semakin gundah gulana mengikut setiap saat yang berlalu. Dia berada di tahap terdesak. Sebelum hari ini, ayahnya memberitahu Xiao Mei satu bilik nombor secara rahsia dan menyuruh Xiao Mei mendapatkan Kaedah Qi. Selepas memikirkan setiap kaedah yang wujud dan menghabiskan beberapa jam, akhirnya ayah Xiao Mei mendapat satu maklumat daripada orang yang bertanggungjawab menyusun Astaka Kaedah Qi. Dia tahu Xiao Mei akan cuba untuk mendapatkan Kaedah Qi Tahap Huang Tinggi Aribut Angin, dan hal ini akan meletakkan Xiao Mei di hadapan ramai orang dari segi kuasa.
Walaupun ayah Xiao Mei mendapatkan bilik nombor yang betul, dia tidak mengambil kira ketebalan dan kekukuhan rintangan bilik tersebut. Xiao Mei berada di luar bilik itu selama satu jam tetapi masih tidak dapat memecahkan pertahanan itu dan sungguhpun ahli puak yang lain ingin membantunya, mereka tidak dapat menggoyangkan rintangan itu. Langsir pertahanan itu hanya boleh diserang oleh seorang pada satu masa dan jika rintangan itu mengesan 2 atau lebih orang yang cuba untuk memecahkannya, ia akan menaikkan tahap pertahanannya. Akhirnya, perbuatan ini ibarat mengambil air dengan tong yang berlubang.
Dua jam sudah berlalu. Kalau Xiao Mei tidak dapat memecahkan rintangan bilik itu secepat mungkin, Xiao Mei akan meninggalkan astaka itu dengan tangan kosong. Memikirkan akibat tidak mendapatkan satu Kaedah Qi, mata Xiao Mei yang ayu itu mula berair.
Dengan renungan kabur, dia menggeleng kepalanya dengan senyuman kelat. Melihat di sekeliling, keningnya yang cantik itu ternaik sedikit apabila dia ternampak seorang yang dikenali.
Tidak jauh daripada situ, seorang lelaki berpakaian hitam sedang meletakkan kedua-dua tangannya di belakang kepalanya dengan satu wajah yang tenang.
Mengelap mukanya dengan cepat, Xiao Mei sudah berputus asa tetapi kemunculan Xiao Yan telah memberikan Xiao Mei satu harapan. Memadam kesan air mata, giginya mengigit bibir merahnya dan dia berjalan ke arah Xiao Yan dengan harapan Xiao Yan akan menolongnya.
Ahli puak yang lain melihat wajah Xiao Mei yang telah bertukar dan mengikut renungannya. Mereka ternampak Xiao Yan. Riuh rendah mereka terus terhenti dan renungan mempunyai tanda penuh hormat.
Untuk seketika, koridor yang riuh-rendah itu tiba-tiba menjadi sunyi.
Walaupun direnung oleh orang ramai, Xiao Yan masih berjalan ke hadapan dengan air muka yang tidak peduli. Tanpa memandang Xiao Mei yang sedang cuba untuk bercakap dengannya, Xiao Yan berjalan melaluinya…
Dengan bibir merahnya yang terbuka, Xiao Mei melihat Xiao Yan yang baru sahaja berlalu dan terpegun dengan layanan yang diterima. Selepas seketika, muka dia yang ayu diisi dengan penafian, dia menggeleng kepalanya. Kemarahan yang meningkat itu dilepaskan dengan segera apabila dia teringat perangai dia terhadap Xiao Yan selama tiga tahun.
"Ha ha, ini mesti balasan. Saya betul-betul seorang yang menjijikkan. Buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat…." Xiao Mei mencangkung dengan lembut ke bawah tanah. Bahunya merenggut sedikit dan satu tangisan bergema ke seluruh koridor yang sunyi itu.
Melihat Xiao Mei yang nampak seperti seekor kucing yang ditinggalkan, ahli puak yang lain hanya boleh mengeluh sambil menggeleng kepala mereka.
Xiao Mei sedang menangis teresak-esak sambil mencangkung. Tetapi tiba-tiba dia terasa sesuatu yang aneh dengan atmosfera dan Xiao Mei mengangkat mukanya yang sedang menangis itu dan terkejut.
Remaja yang sedang berjalan keluar itu sudah berpusing ke belakang dan sedang berjalan dengan perlahan ke arah Xiao Mei dengan tangannya yang masih di belakang kepala.
"Jangan halang jalan aku." Xiao Yan berkata dengan tidak acuh sambil merenung Xiao Mei.
"Ah? Oh...." Xiao Mei yang terkejut itu memulihkan diri dengan kegembiraan. Seperti seorang kanak-kanak yang patuh arahan, dia memberi jalan kepada Xiao Yan.
Di bawah renungan ingin tahu namun bersyukur daripada orang yang berada di situ, Xiao Yan berdiri depan langsir yang sedang mempertahankan pintu tersebut. Dengan tapak tangannya yang dihulurkan, pemuda itu menarik nafas dengan ringan.
Semua orang menjadi senyap. Tiba-tiba seperti petir, dia bergerak. Memusingkan badannya, Xiao Yan mengangkat kakinya dan dengan satu tendangan, kakinya meluru ke depan. Membuatkan satu bunyi "Kaka", ia mengoyakkan udara di sekeliling.
"Bang!" Tendangan kejam itu mendarat di atas rintangan tersebut dan menyebabkan satu gelombang yang berdenyut melaluinya. Akhirnya, ia pecah di hadapan orang ramai yang terpegun.
Tapak kakinya masih berada di udara untuk seketika sebelum Xiao Yan menurunkan kakinya ke tanah dengan perlahan. Memintal lehernya, dia berpusing balik dan berjalan ke arah Xun Er yang berada jauh di laluan.
"Abang... Terima kasih... Maafkan saya." Xiao Mei berterima kasih kepada Xiao Yan yang sedang berjalan melaluinya.
"Ya."
Xiao Yan merenung gadis yang sudah hilang rasa sombongnya dan mengangguk ringan sebelum menghilangkan diri sambil diperhatikan dengan perasaan bangga oleh ahli lain.