Chereads / Pertarungan Menerusi Syurga / Chapter 85 - Penerimaan

Chapter 85 - Penerimaan

Berdepan dengan belasan 4 bintang tahap pengguna Dou Zhe yang memegang batang keluli, pasukan yang mempunyai lebih daripada 10 orang tadi tiba-tiba menjadi kaku. Sebelum mereka mempunyai peluang untuk melepaskan diri, batang keluli hitam itu mula menghujani setiap bahagian tubuh mereka. Dengan segera, bunyi orang mengerang kesakitan teruk bergema ke seluruh jalan itu.

Selepas memberi renungan dingin kepada Jia Lie Ao yang bermuka pucat itu, Xiao Yan menyengetkan kepalanya dan berdepan dengan Xiao Yu yang mempunyai muka merah dan marah. Xiao Yan bertanya Xiao Yu dengan suara yang lembut. "Awak tidak apa-apa? Awak patut beritahu saya yang awak sedang ke mari. Kebelakangan ini, si gampang ini dari Puak Jia Lie sedang mencari peluang untuk membuat masalah."

Dilayan oleh Xiao Yan dengan lembut untuk kali pertama, Xiao Yu terkejut. Mukanya yang merah itu menjadi lebih gelap. Dalam kebingungan, dia mengalihkan pandangan secara rawak dan berkata, "Saya bertembung dengan Xun Er apabila saya meninggalkan rumah saya. Dia kata dia ingin datang ke sini untuk bertemu dengan awak jadi saya pun teman dia. Macam mana saya tahu saya akan bertembung dengan si gampang ini?"

Xiao Yan hanya menggeleng kepalanya. Dia mengalihkan renungannya kepada gadis berpakaian hijau itu. Mukanya penuh dengan kegembiraan. Senyuman di muka Xiao Yan menjadi lebih lembut. "Nampaknya awak sangat suka menyumpah orang tadi."

Mendengar Xiao Yan bergurau senda, Xun Er menggeleng kepalanya sebagai tanda tidak bersalah, mengerut bibirnya dan berkata dengan senyuman mesra, "Itu bukan niat saya. Tetapi saya tidak suka perangai dia. Abang Xiao Yan dulu pun tidak berani menghalang orang dari jalan."

Berdepan dengan tangkisan Xun Er, Xiao Yan menyentuh hidungnya dan terpaksa senyum. Dia mungkin sedikit angkuh masa itu, tetapi dia tidaklah sejahat lelaki yang berada di depannya.

"Oh, bukankah ini tuan muda Puak Xiao? Tidak berjumpa kau lebih dari setahun, aku dengar kau sudah membuangkan gelaran kau, si cacat itu!" Jia Lie Ao mencelah selepas melihat Xiao Yan bercakap dengan Xun Er.

"Siapa dia?" Renungan Liu Xi menjadi dingin. Melihat Xun Er berbual dan ketawa dengan lelaki lain selepas tidak menghiraukannya membuat ego Liu Xi tercalar. Dia tidak boleh menerimanya.

"Hehe, Abang Liu Xi, ini si 'genius' terkenal Puak Xiao. Namanya Xiao Yan. Dulu, biarpun dia berlatih lebih dari 10 tahun, Dou Qi-nya hanya kekal pada tahap 3 atau 4. Saya tidak tahu apa yang dia makan baru-baru ini, tetapi Dou Qi dia naik sehingga tahap 8 dalam masa beberapa bulan." Jia Lie Ao berdiri di sebelah Liu Xi dan membuat pengenalan dengan satu senyuman dingin.

"Tak kira betapa berbakat orang itu, jika dia bukan Dou Zhe, dia sampah." Kata Liu Xi dengan dingin.

Mendengar kata-kata itu, muka kecil Xun Er menjadi lebih dingin seperti ais. Satu api keemasan mula berkilau dari dalam matanya.

Mengambil tangannya untuk menepuk bahu Xun Er dengan ringan, Xiao Yan tersenyum dengan tidak acuh dan menggeleng kepalanya. Memaling kepalanya, Xiao Yan merenung Liu Xi yang berpakaian penuh keputihan. Renungannya meneliti dadanya secara rawak dan mendarat atas lencana Alkimia dan tersenyum. "Kau mesti ahli alkimia yang menapis ubat penawar 'Serbuk Pengembalian Musim Bunga', kan?"

Liu Xi senyum dingin dan menunjukkan dadanya yang mempunyai lencana itu sebelum mengumumkan dengan bangga. "Ya, betul! Aku ahli alkimia yang diupah oleh Puak Jia Lie."

Xiao Yan seperti menyedari sesuatu benda, mengangguk dan ketawa. "Patutlah. Hanya ahli alkimia macam kau boleh menapis ubat penyembuhan yang bergred rendah. Kau betul-betul layak mendapat ajaran guru kau!"

Mendengar kata-kata Xiao Yan, askar-askar upahan di sekeliling ketawa dengan kuat. Selepas mengalami cara mengaut keuntungan Puak Jia Lie, askar-askar upahan ini mempunyai dengki terhadap pencipta ubat penawar itu. Melihat Xiao Yan berani mencaci pencipta itu di depan mukanya, mereka terasa puas hati.

Ketawa di sekelilingnya membuatkan muka Liu Xi menjadi hitam. Matanya merenung tajam Xiao Yan dengan dingin. "Kau menolong Puak Xiao menyinggung perasaan seseorang yang kau tak mampu singgung."

Mendengar ini, Xiao Yan terpegun. Dia ketawa kelat dan mengurut kepalanya. Dia tidak tahu bagaimana nak membalas keangkuhan lelaki itu. Adakah dia fikir dia ini seorang pengikut Dou Di? Satu bintang emas ahli alkimia biasanya akan dihormati oleh Puak Xiao tetapi untuk mengatakan dia seorang yang puak tidak boleh menyinggung perasaannya adalah satu jenaka.

"Ai, bagaimana kau menjadi seorang ahli alkimia dengan kebijaksanaan kau itu?" Mengeluh dan menggeleng kepala, Xiao Yan yang sedikit murung itu, bertukar renungan dengan Xun Er. Selepas berbual dengan ringkas dengan Liu Xi, dia akhirnya faham kenapa Xun Er yang lemah lembut itu tidak menyukai lelaki itu.

Menggosok tapak tangannya pada muka, Xiao Yan malas untuk meneruskan perbualan dengan orang yang begitu bodoh. Melambai tangannya pada berdozen-dozen lelaki besar di belakangnya, dia tersenyum. "Serang! Pergi kepada tuan mereka juga. Sejak orang ini berani membuat masalah di kawasan kita, kita tidak perlu memberi muka. Kalau tidak, kita akan ditertawakan oleh orang."

Melihat aksi Xiao Yan, muka Jia Lie Ao bertukar. Dia tidak sangka Xiao Yan akan betul-betul menyerang. Memusingkan matanya, dia merangsang kemarahan Xiao Yan. "Aku ingat kau sudah besar. Tetapi untuk tengok kau masih seorang yang tidak berguna yang hanya mampu bergantung pada orang bawahan kau."

"Hasutan kau amat lemah." Xiao Yan mengayun batang kelulinya di tangan sambil berkata.

"Jika kau berhasrat untuk menganggapnya sebagai hasutan, jadi anggaplah. Seorang yang tidak berguna seperti kau tidak mempunyai kelayakan untuk berada di sisi Cik Xun Er." Kata Jia Lie secara mengejek. Satu air muka dingin berkilau dalam matanya lalu dia teruskan dengan kata-kata sindirannya. "Kau sudah melalui Upacara Kedewasaan, kan? Heh. Jadi maknanya aku boleh mencabar kau sekarang, kau tidak ada alasan untuk menolak, kan?"

"Kau betul-betul tidak tahu malu. Xiao Yan hanya berusia 17 tahun tetapi kau sudah 23. Kau nak memberinya satu cabaran. Jika kau ingin bermain, aku sanggup menemani kau!" Balas Xiao Yu terhadap cabaran Jia Lie Ao. Bulu keningnya menjadi lurus dan dia mengeluarkan cemetinya dan meninggalkan satu kesan putih halus di tanah.

Sudut mulutnya mengetap sedikit sambil Jia Lie Ao berkata, "Kau banyak bagus dengan perempuan. Sekali lagi seorang perempuan akan datang ke depan untuk membantu kau. Hehe, kau hanya seorang pengecut yang tahu sembunyi di belakang seorang perempuan."

"Celaka, muka putih ini sangat sombong. Tuan Muda, aku akan bermain dengannya untuk kau." Melihat Jia Lie Ao yang angkuh, beberapa askar upahan di sekeliling yang mempunyai hubungan yang baik dengan Xiao Yan mula menjerit.

Mendengar kata-katanya yang telah mengacau satu keriuhan yang besar, muka Jia Lie Ao bertukar. Kekuatan seorang 3 bintang Dou Zhe tidak begitu menakutkan apabila berdepan dengan orang ramai yang tersinggung itu.

Merenung Xiao Yan yang tidak beremosi itu, Jia Lie Ao menggosok lengan bajunya lalu berkata dingin, "Oleh kerana kau tidak berani untuk menerima cabaran aku, jadi kita lupakan sahaja. Abang Liu Xi, jom. Orang yang tidak berani menerima cabaran tidak berhak mendapat hormat."

Liu Xi mengangguk kepalanya sambil tersenyum jahat. Renungannya mendarat pada Xun Er untuk seketika sebelum merenung tajam Xiao Yan dan mengancamnya. "Budak, kau tunggu. Aku akan membuat Puak Xiao menghantarnya kepada aku secara sukarela. Semua perempuan yang aku suka, tiada seorang pun terlepas daripada genggamanku.

Xun Er merenung Liu Xi dengan tidak acuh. Di dalam matanya, satu niat membunuh akhirnya muncul.

Jia Lie Ao dan Liu Xi berpusing ke belakang tetapi beberapa orang berbadan tegap dari Puak Xiao muncul di pintu utama tempat pasar tersebut dan menghalang jalan.

"Aku tahu kau berniat untuk melumpuhkan aku. Em, baiklah. Kita memenuhi hasrat kau itu…. Aku terima cabaran kau." Apabila Jia Lie Ao hampir mengeluarkan isyarat untuk minta pertolongan, suara seorang pemuda yang tidak acuh itu kedengaran di belakangnya.

Mendengar ini, Jia Lie Ao terpegun sebentar sebelum satu senyuman jahat muncul. Sudut mulutnya dinaikkan lalu dia berbisik, "Kau yang cari maut. Jangan salahkan aku."