Chereads / Pertarungan Menerusi Syurga / Chapter 81 - Pengesanan

Chapter 81 - Pengesanan

Kemunculan Serbuk Darah Beku yang seperti kilat itu telah memakan lebih daripada separuh saham pasaran ubat penyembuhan dan ini memberi ruang kepada Puak Xiao bukan sahaja mendapat balik populariti mereka, tetapi untuk melebihi jangkaan mereka dalam dua hari sahaja.

Dua hari sahaja selepas pengeluaran Serbuk Darah Beku, Puak Jia Lie mula mengurangkan harga Serbuk Pengembalian Musim Bunga kepada harga asasnya. Walau bagaimanapun, amalan Puak Jia Lie mengaut keuntungan sebelum ini telah membuat ramai askar upahan marah. Hal ini telah membuat tempat pasar Puak Jia Lie untuk menjadi tempat yang sibuk seperti dahulu.

Sejak Bandar Wu Tan sangat dekat dengan pinggir Banjaran Gunung Raksasa Bermagik, bandar tersebut memerlukan ramai askar upahan. Tambahan pula, Banjaran Gunung Raksasa Bermagik ini merbahaya, dan hal ini membuat ramai orang mencari-cari ubat penyembuhan. Oleh itu, walaupun Puak Xiao sudah merampas lebih daripada separuh saham pasaran ubat penyembuhan, Puak Jia Lie masih untung. Namun, kalau dibandingkan dengan dahulu, keuntungan mereka sudah jatuh dengan banyak…

…..

Jualan gempak ubat penyembuhan ini telah melebihi jangkaan Puak Xiao yang dahulunya memasuki pekerjaaan ini untuk kali pertama dahulu. Setiap hari, Serbuk Darah Beku akan dibeli awal-awal pagi oleh askar upahan yang sedang menunggu. Apabila tengah hari sampai, semua ubat penyembuhan sudah dijual habis. Pada masa ini, askar-askar upahan yang gagal membeli Serbuk Darah Beku itu tidak mempunyai pilihan tetapi untuk pergi ke pasar Puak Jia Lie untuk membeli Serbuk Pengembalian Musim Bunga yang tidak sehebat Serbuk Darah Beku.

Disebabkan permintaan ubat penyembuhan yang tinggi, Puak Jia Lie masih mampu menjaga keuntungan mereka selepas serangan balas Puak Xiao. Walau bagaimanapun, masa depan mereka bergantung kepada sesiapa yang mempunyai bekalan simpanan ubat penyembuhan yang banyak.

…..

Di dalam Bilik Mesyuarat, Xiao Yan melihat Xiao Zhan yang sedang duduk itu dengan tidak bermaya. Xiao Zhan tidak berhenti-henti untuk tersengih-sengih. Mengalihkan renungannya, Xiao Yan ternampak 3 tokoh tertinggi itu juga penuh dengan senyuman. Tertawa mengisi dalam dewan tersebut. Hal ini disebabkan penghantaran stok Serbuk Darah Beku daripada Xiao Yan yang menyamar sebagai lelaki berjubah hitam itu.

"Ha Ha! Jualan Serbuk Darah Beku sangat dahsyat. Kalau bukan sebab tokoh itu menghantar satu kumpulan ubat lagi, saya takut gudang kami sudah kosong sekarang." Xiao Zhan tersenyum sambil memegang botol jed hijau itu dengan kedua-dua tangannya seperti sedang memegang harta karun.

"Betul. Hanya beberapa hari saja, populariti pasar-pasar kita sudah naik 2 kali ganda daripada sewaktu kita di tahap tertinggi kita. Kerugian kita juga sudah mula sembuh dengan perlahan. Hehe, tambah lagi dengan jualan ubat penyembuhan… Keuntungan beberapa hari yang lepas sudah mencapai hampir 2 bulan pendapatan puak kami." Tokoh Pertama yang biasanya tidak bercakap itu tidak dapat mengawal diri sendiri dan menjadi peramah selepas mendapat tahu keuntungan yang sebegitu banyak. Kerutan pada mukanya yang berusia itu berkembang seperti bunga kekwa.

Xiao Zhan senyum dan mengangguk. Memusing kepalanya untuk melihat Xiao Yan sedang duduk dengan bosan itu, dia berkata, "Budak ini, awak hari-hari menghilang diri apabila tokoh itu berada di sini. Kenapa awak tidak boleh duduk diam-diam di rumah?"

Selepas dimarahi dengan tidak adil, Xiao Yan membuat muka yang menjengkelkan sambil dengan malas menjawab, "Jika saya tidak bergerak ke sana sini, dimana awak nak dapat ubat penyembuhan awak?"

"Ai, tokoh itu terlalu murah hati. Nasib baik, saya bertanya tentang bahan-bahan yang diperlukan. Mulai sekarang, kita akan bertanggungjawab untuk bahan-bahan tersebut. Puak Xiao sudah mendapat banyak faedah daripadanya. Jika kita terlalu tamak, saya takut ia akan merosakkan kita daripada menguntungkan kita." Xiao Zhan bersungut sambil mengambil keluar satu kertas daripada koceknya.

"Ya." Ketiga-tiga tokoh itu mengangguk pada kata-kata Xiao Zhan. Jika bukan sebab Xiao Zhan seorang yang teliti, mereka juga sudah lupa tentang perkara itu.

"Heh. Nasib baik ayah awak tahu bagaimana untuk meletak garisan selepas mendapat keuntungan...bukanlah buruk sangat. Patutlah ayah awak seorang ketua puak." Pujian Yao Lao kedengaran dalam hati Xiao Yan.

Mengangguk kepalanya dan tersenyum, Xiao Yan menjadi tenang. Walaupun dia hanya boleh menolong Puak Xiao secara sementara dalam hal kebendaan, kejayaan sesebuah puak terletak dalam kecekapan ketuanya. Jika ketuanya seorang yang mempunyai perangai yang teruk, tidak kira sebagus mana kecekapan Xiao Yan, dia tidak dapat membantunya. Namun, melihat daripada hal ini, nampaknya Xiao Zhan seorang ketua yang hebat.

"Ketua Puak, Tokoh-tokoh, Cik Ya Fei dari Rumah Lelongan Premier sedang menunggu di luar." Satu ahli puak meluru ke dalam dewan dan bercakap dengan Xiao Zhan semasa Xiao Yan sedang memuji ayahnya.

"Ya Fei?" Mendengar kata-kata ahli puak, Xiao Zhan senyap seketika sebelum berkata dengan segera, "Cepat, jemput dia masuk."

Tidak lama selepas ahli puak menghantar arahannya, satu perempuan muka yang berseri dan menawan muncul dengan perlahan di pandangan mereka. Ketawanya yang rendah itu mula kedengaran di dalam dewan. "Ha Ha. Ketua Puak Xiao kelihatan agak bangga terhadap kejayaan Puak awak baru-baru ini."

Bersandar kepalanya pada kerusi yang sejuk itu, Xiao Yan menoleh renungannya ke arah pintu utama dan terkejut selepas matanya dipenuhi dengan pemandangan yang mengagumkan.

Di sebelah pintu utama itu berdiri seorang perempuan yang matang, tersenyum dan dibalut dengan jubah merah. Pakaiannya yang ketat dan merah itu memeluk tubuhnya yang elok itu. Pinggangnya yang menawan itu berbuai-buai dengan anggun dan berseri telah membuat orang lain mengidamnya. Daripada bawah pakaiannya mempunyai satu potongan lurus sehingga ke atas pehanya lalu menunjukkan satu kaki yang mempesonakan di bawah baju tersebut.

'Jalang…' Melihat aura perempuan matang itu, lelaki muda, pertengahan dan ketiga-tiga orang tua di dalam dewan itu mengeluarkan perasaan was-was di dalam hati.

"Ahem." Berbatuk kering, Xiao Zhan berdiri tersenyum dan mula dengan kata-kata beramah mesra. "Cik Ya Fei, keuntungan setahun Puak Xiao tidak boleh dibandingkan dengan cabang Rumah Lelongan Premier. Apa hak yang kami ada untuk dikata sebegini."

"He He. Ketua Puak Xiao sangat petah lidah. Kebelakangan ini, populariti pasar-pasar Xiao sudah melebihi populariti rumah lelongan. Kebenaran ini disaksikan oleh mata kami sendiri." Ya Fei memandang ketiga-tiga tokoh tertinggi dan menyapa mereka dengan hormat. Mengelip matanya yang cerah itu, pandangannya mula mengalih ke Xiao Yan, hanya untuk berasa terperanjat. Dalam suaranya yang terpegun itu, dia berkata, "Nampaknya Tuan Muda Xiao sudah lebih kuat daripada kali terakhir saya bertemu dengannya."

"Cik Ya Fei, tolong jatuhkan gelaran dan panggil saya dengan nama saya. Tuan muda ini sangat takut mendengarnya." Xiao Yan memberi satu senyuman suci sambil berkata. Gelaran sebegini membuatnya tidak senang hati.

Mendengar ini, Ya Fei tersenyum.

"Ada hal ke sehingga Cik Ya Fei sendiri kena datang ke Puak Xiao?" Tanya Xiao Zhan dengan senyuman.

Ya Fei mengangguk sambil tersenyum. Dia berduduk di kerusi kosong di sebelah Xiao Yan, menjilat bibirnya dan terus berkata, "Ketua Puak Xiao, Rumah Lelongan Premier sudah memutuskan bekalan bahan-bahan ubat kepada Puak Jia Lie."

Selepas kata-kata itu ditutur, teh ditumpah daripada cawan Xiao Zhan ke atas meja. Anak matanya menunjukkan satu kiasan kegembiraan sambil dia mengelap teh itu. Mengalihkan renungannya kepada ketiga-tiga tokoh tertinggi, kecerahan mata mereka juga sangat jelas.

Dewan besar itu menjadi sunyi-sepi. Xiao Zhan mengosongkan teh di dalam cawannya dengan satu teguk sebelum bertanya dengan ragu-ragu. "Untuk sebab apa? Bukankah Rumah Lelongan Premier selalu berada di posisi berkecuali dalam hal sebegini?"

Ya Fei tersenyum tanpa menjawab.

Mengetap giginya, Xiao Zhan bertanya dengan lembut. "Apa harga yang awak harap kita akan bayar untuk ini?"

"Tidak perlu." Ya Fei teruskan untuk senyum sambil berkata.

"Eh?" Terkejut sekali lagi, Xiao Zhan memandang Ya Fei yang tersenyum itu dengan kesangsian. Dia tidak percaya Rumah Lelongan Premier akan membantu mereka melukai Puak Jia Lie tanpa satu harga. Menyentuh dagunya, Xiao Zhan bergerak dengan tiba-tiba. Dalam satu bisikan, dia berkata, "Adakah….ia berkaitan dengan tokoh bermisteri itu?"

Menjilat bibirnya yang merah, Ya Fei mengangguk serba sedikit dan menjawab dengan sengihan. "Tokoh bersanjung itu sudah membayar ganjaran kami, jadi Ketua Puak Xiao tidak perlu risau. Kami tidak akan meminta sesuatu daripada Puak Xiao. Bermula dari hari ini, kita akan berlawan bersama-sama di samping antara satu sama lain.

Mendengar ini, muka Xiao Zhan memaparkan satu kegembiraan yang tidak terhingga dan dia melihat ke atas dan ketawa besar. Tawanya menghantar satu getaran ke seluruh puak.

Menahan tawanya dengan perlahan, Xiao Zhan tiba-tiba menyedari perbuatannya telah diselubungi oleh awan kejayaan. Dia menundukkan kepalanya dan menyedari ketiga-tiga tokoh itu sedang menunjukkan muka yang tidak bermaya terhadapnya.

Senyum dengan malu, Xiao Zhan melihat Xiao Yan yang sedang menutup mulutnya dan ketawa secara rahsia. Dia tidak dapat menahan diri daripada mengangkat tangannya dan marah. "Budak bangsat, apa yang awak ketawakan? Macam mana awak menjaga tetamu? Pergi hidangkan satu cawan teh untuk Cik Ya Fei."

Menunjukkan mata yang tidak bermaya, Xiao Yan menghulurkan tangan ke meja di sebelahnya dan mengambil satu cawan yang diisi dengan teh yang panas dan menghidangkan kepada Ya Fei dengan dua tangan.

Memberi Xiao Yan satu senyuman lembut, Ya Fei menerima satu cawan teh daripada Xiao Yan. Mukanya bertukar dengan tiba-tiba. Matanya yang menawan itu tertumpu pada tangan Xiao Yan yang cerah itu… atau lebih tepat, cincin hitam dipakai pada tangan kanannya.

Mengikut garisan pandangan Ya Fei, renungan Xiao Yan juga terhenti. Dengan pantas dia menyimpan tangannya. Dengan tubuh belakang dia menghala ayahnya dan yang lain, dia mengecilkan matanya dan memandang perempuan yang cantik di depannya.

Direnung dengan sebegitu, jantung Ya Fei mula menegang. Dia menundukkan kepalanya dan meneguk tehnya. Air muka Ya Fei juga disimpan dengan baik.

Melihat perangai si cantik yang patuh itu, Xiao Yan relaks dan meraba hidungnya. Dia berjalan balik ke tempat duduknya dengan malas sambil mengerut seperti dia berada di dalam mindanya yang amat dalam.