Chereads / Pertarungan Menerusi Syurga / Chapter 9 - Yao Lao

Chapter 9 - Yao Lao

"Alkimia?"

Mendengar kata-kata orang tua itu, Xiao Yan berhenti seketika sebelum menyambung, "Di Tanah Besar Dou Qi, semua orang hendak menjadi Alkimia, tetapi adakah ia begitu mudah? Pelbagai syarat yang sukar perlu dilalui…" Tiba-tiba, Xiao Yan mengangkat kepalanya dan berkata, "SAYA MEMPUNYAI SYARAT UNTUK MENJADI SEORANG ALKIMIA?"

Orang tua itu membelai janggutnya perlahan-lahan sambil melihat riak wajah Xiao Yan yang terperanjat dan seronok. Selepas memerhatikan Xiao Yan untuk seketika, dia pun berkata dengan lemah, "Sungguhpun awak hampir tidak memenuhi syarat tersebut, saya kan berhutang dengan awak. Hah, apa-apa pun, ini dikira sebagai bayaran hutang saya…"

Melihat sikap acuh tidak acuh orang tua tersebut, Xiao Yan berfikir bahawa orang tua itu mesti berbohong tentang dia hampir tidak memenuhi kriteria tersebut, tetapi dia malas untuk bertanya lebih. "Meskipun saya memenuhi kriteria, seseorang ahli alkimia mesti diajar oleh ahli alkimia yang lain. Adakah awak seorang ahli alkimia?"

Melihat kesangsian di wajah Xiao Yan, orang tua itu berdiri lurus dan dengan bangganya berkata, "Ya, saya seorang ahli alkimia!"

Mengelip matanya, pandangan Xiao Yan menjadi terang. Alkimia, memang susah nak berjumpa…

"Encik, kalau tak keberatan, apakah pangkat alkimia awak sebelum ini?" Xiao Yan menjilat bibirnya dan suara mudanya disemat perasaan hormat.

Di Tanah Besar Dou Qi, walaupun jarang terdapat alkimia, masih ada perbezaan di antara mereka. Daripada rendah hingga tinggi, tahap alkimia adalah dari 1 hingga 9, dan 9 adalah yang tertinggi. Raja Pil Gu He, pencipta Serbuk Pengumpul Qi yang Nalan Yanran tawarkan berada di Tahap 6 Alkimia dan di dalam Empayar Jia Ma, dia merupakan seorang ahli alkimia yang teratas!

"Tahap apa? Hehe, saya sudah tak ingat… Hei, awak nak belajar ke tidak?" Tanya orang tua itu dengan tidak sabar sambil menggelengkan kepalanya.

"Sudah tentu saya mahu!"

Tanpa berlengah-lengah, Xiao Yan mengangguk kepalanya. Alkimia dilayan dengan hormat tidak kira di mana-mana. Perkara ini juga tidak berbeza sangat di kalangan Kaum Awan Berkabus yang kuat.

"Hehe, awak nak? Kalau begitu, awak kena tunjuk hormat kepada guru awak." Orang tua itu duduk di atas batu hijau dengan bangga.

"Saya kena beri hormat kepada guru saya?"

"Yelah! Awak tak hormat saya dan awak masih berharap saya akan mencurahkan ilmu saya kepada awak? Jangan mimpilah!" Orang tua itu menyampah dengan kelakuan Xiao Yan. Nampaknya, orang tua ini sangat mementingkan isu hubungan tok guru-anak murid ini.

Dengan muka masam, Xiao Yan menunjukkan rasa hormat kepada orang tua itu. Jika dia hendak menjadi seorang ahli alkimia, kenalah berbuat demikian.

Selepas melihat Xiao Yan habis memberi hormat kepadanya, orang tua itu mengangguk kepalanya dengan rasa puas hati. Suara dia menjadi mesra, "Nama saya Yao Lao. Dari mana asal saya, itu awak tidak perlu tahu supaya tumpuan awak tidak diganggu. Apa yang awak perlu tahu ialah Raja Pil itu… hanyalah sampah di mata saya."

Xiao Yan mengetap bibirnya mendengar satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab itu dan berfikir, Apalah orang tua ini? Raja Pil Gu He yang terkenal di Empayar Jia Ma itu sampah? Kalau perkara ini disebarkan maka seluruh Jia Ma akan ingat orang tua ini ada penyakit mental.

Menarik nafas dengan perlahan dan menenangkan diri sendiri, Xiao Yan dengan lucunya bertanya, "Umm Tok Guru, macam mana awak nak menjadikan saya tahap 7 Duan Qi dalam masa satu tahun?"

"Sungguhpun Dou Qi awak sudah merosot dalam tiga tahun ini, Dou Qi asas awak masih lebih kukuh daripada orang lain. Dalam latihan Dou Qi, asasnya adalah yang paling penting! Nanti, awak akan tahu berapa banyak manfaat yang awak telah temui dalam tiga tahun ini!" Kata Yao Lao dengan serius.

Xiao Yan tidak pernah memikirkan bahawa kekuatan seseorang yang telah hilang boleh memberi manfaat yang begitu banyak.

"Jadi bila Tok Guru nak ajar saya alkimia?" Xiao Yan memfokuskan fikirannya kepada benda yang lebih penting.

"Untuk menjadi seorang ahli alkimia, awak mesti mempunyai Dou Qi Atribut Api. Jadi, sebelum awak menjadi seorang alkimia, awak mesti menjadi seorang Dou Zhe dahulu dan belajar kaedah Dou Qi Atribut Api!"

Xiao Yan menghulurkan tangannya sambil berkata, "kaedah Dou Qi Atribut Api? Hehe, tok guru, saya kan anak murid awak, macam itu awak patut bagi saya Kaedah Qi Atribut Api Tahap Tian, kan?"

Mendengar itu, Yao Lao memarahi Xiao Yan, "Betulkah? Awak ingat Kaedah Dou Qi Tahap Tian itu macam ubi kentang di dalam tanah? Mana boleh awak berkata sebegitu?!"

"Orang tua, saya sudah menjadi anak murid awak, tidak mungkin awak nak saya pergi ke puak saya untuk mencari kaedah-kaedah Dou Qi, kan? Atribut Api puak tertinggi kami hanyalah tahap huang tinggi. Ini terlalu buruk untuk seorang alkimia!" Riak wajah Xiao Yan menunjukkan kesedihan.

"Budak, Saya ialah tok guru awak, bukan orang tua!"

Yao Lao sekali lagi menunjukkan perasaan menyampah apabila dia sedar bahawa Xiao Yan tidak menunjukkan hormat kepada orang yang lebih tua.

"Hmph! Awak anak murid saya, saya tidak akan biar awak berlatih dengan kaedah yang buruk. Kaedah Tahap Tian? Saya tidak ada! Tetapi saya ada kaedah yang lebih bagus daripada Kaedah Tahap Tian yang biasa-biasa. Awak nak belajar ke tidak?" Yao Lao bertanya.

"Lebih bagus daripada Kaedah Dou Qi Tahap Tian?"

Jantungnya berdebar dengan pantas. Xiao Yan menelan air liur dan di dalam matanya yang hitam, satu kiasan harapan boleh ditemui. "Jadi tahap apa Kaedah Dou Qi ini?"

"Tahap Huang Rendah." Ketawa lembut Yao Lao menyebabkan Xiao Yan kaku.

"Orang tua ni, awak bermain dengan saya ke?"

Suara berang boleh didengar di puncak gunung tersebut.

Melihat air muka pemuda itu, Yao Lao ketawa dengan kuat. Untuk membuat Xiao Yan yang tenang menjadi marah adalah satu pencapaian untuknya.

"Apa yang pelik tentang Kaedah Dou Qi itu?" Melihat muka gurau senda Yao Lao, Xiao Yan menjadi tenang.

"Ia boleh berevolusi!"

"Mata Xiao Yan terbeliak dan tanpa berkelip, Xiao Yan merenung muka Yao Lao, sambil mencari kiasan yang Yao Lao sedang menipu tetapi beberapa saat kemudian, dia menggeleng kepalanya. "Tak mungkin! Saya tidak pernah dengar kaedah Dou Qi yang boleh berevolusi!"

"Huh, apa yang awak tahu? Tanah besar Dou Qi sangat luas dan orang pelik dan benda-benda pelik sentiasa ada. Di dalam minda terhad awak, awak tidak pernah meninggalkan Empayar Jia Ma pun. Di luar sana, terdapat benda-benda mustahil yang sebenarnya tidak mustahil."

Xiao Yan berhenti seketika sebelum bercakap, "Awak pernah dengar tentang Kaedah Dou Qi yang boleh berevolusi?"

Senyuman Yao Lao menjadi keras. "Kaedah Dou Qi ini unik. Sebab tiada lagi kaedah sebegini!"

"Ia boleh berevolusi?" Melihat wajah Yao Lao yang serius, Xiao Yan bertanya sekali lagi.

"Ia boleh berevolusi!" Yao Lao mengangguk dengan serius.

"Awak pernah cuba?"

"Oh…Tidak."

"Orang lain pernah cuba?"

Oh… Tidak."

Satu urat kelihatan di dahi Xiao Yan. Xiao Yan cuba untuk menahan bisikan hatinya untuk meluru ke depan dan menumbuk orang tua itu. "Kalau tiada sesiapa pernah mencubanya, macam mana awak tahu ia boleh berevolusi?"

"Ia telah diterangkan di dalam Kaedah Dou Qi tersebut."

"Betul ke ada Kaedah Dou Qi sebegitu? Xiao Yan mengerut keningnya dan dengan keberatan, bertanya, "Awak boleh bagi saya tengok?"

"Hehe…" Melihat muka Xiao Yan yang ingin tahu, mulut Yao Lao terbuka, tetapi apa yang disebut bukan apa yang dijangka oleh Xiao Yan. "Tidak mengapa. Tak guna pun kalau awak tidak menjadi seorang Dou Zhe dahulu."

Tangan Xiao Yan yang dihulurkan terhenti seketika dan di sudut mulutnya, dia mengetap bibirnya sambil mengeluarkan tiga perkataan, "Kau sangat kejam!"

Yao Lao ketawa sambil mengabaikan Xiao Yan yang sedang marah itu lalu berkata, "Misi kita adalah untuk mendapatkan Dou Qi awak ke 7 Duan dalam masa 1 tahun."

Yao Lao bercakap dengan wajah serius, "Apabila seseorang itu memulakan latihan Dou Qi, tumpuan utama adalah untuk membina otot dan menguatkan kuasa Qi dalaman supaya mereka mempunyai asas untuk mewujudkan Dou Qi di dalam tubuhnya. Oleh kerana mereka yang seusia dengan awak mempunyai aliran kuasa Qi dalaman yang lemah dan boleh diacu, awak perlu mengambil proses latihan secara berperingkat dan awak tidak boleh menggunakan kuasa luar untuk membantu kelajuan awak atau apabila Dou Qi awak menjadi lebih kuat, aliran dalaman Qi awak tidak dapat menahan daya Dou Qi yang ingin menolak keluar daripada tubuh awak dan aliran Qi awak akan meletup serta mengakibatkan kematian."

Xiao Yan tahu apa yang Yao Lao katakan kerana dalam tiga tahun dia digelar si lumpuh, ayah dia sangat risau dan sudah beberapa kali cuba memaksa Dou Qi masuk ke dalam tubuh Xiao Yan dan pada saat akhir, dia akan berhenti, Xiao Yan memang tahu nyawanya dipertaruhkan.

Yao Lao merenung ke arah Xiao Yan yang tenang itu dan mengangguk kepalanya dengan puas hati. "Tetapi itu hanyalah untuk orang lain. Awak berbeza. Tubuh awak mempunyai asas yang kukuh tiga tahun yang lalu dan disebabkan oleh personaliti tegas awak, awak tidak pernah berhenti untuk melatih Qi awak. Oleh itu, saya boleh katakan pengasasan awak memang bagus!"

"Jadi awak nak saya gunakan kuasa luar untuk melatih Qi saya? Macam pil?"

"Boleh dikatakan begitu. Tetapi dengan kekuatan aliran Qi awak sekarang, awak tidak dapat menggunakan pil-pil melalui aliran Qi awak walaupun dipaksa. Serbuk Pengumpul Qi yang biasa-biasa itu pun awak tidak dapat guna!"

"Serbuk Pengumpul Qi yang biasa-biasa…" Xiao Yan sekali lagi rasa menyampah dengan kata-kata tok gurunya. Di Empayar Jia Ma ini, satu pil Serbuk Pengumpul Qi itu dijual dengan harga yang lumayan. Tetapi tok gurunya berkata macam Serbuk Pengumpul Qi ini adalah benda yang biasa-biasa. Perbezaan di antara mereka membuatkan Xiao Yan terpegun.

"Jadi, apakah rancangan awak?" tanya Xiao Yan dengan menarik nafas yang panjang.

"Hehe, kegunaan pil adalah terlalu garang dan akan melukai aliran Qi awak, kita kena guna kaedah yang lebih lembut!" Senyum Yao Lao sebelum dia bercakap, "Esok, sediakan tiga tangkai Bluegrass Berdaun Ungu, lagi tua lagi bagus. Lepas itu, saya juga memerlukan dua tangkai Bunga Pencuci Tulang, usianya tidak kisah. Oh ya, saya juga perlu satu teras raksasa atribut kayu tahap 1. Semua benda ini adalah bahan gred-rendah jadi awak patut boleh mendapatkannya… Ada orang datang, saya kena masuk balik ke dalam cincin itu! Selain itu, awak jangan beritahu sesiapa tentang kewujudan saya, termasuk keluarga terdekat awak." Selepas berkata demikian, Yao Lao tidak menghiraukan Xiao Yan yang kebingungan itu dan melompat balik ke dalam cincin hitam itu. Cincin itu bergoyang sedikit dan terbang ke jari Xiao Yan.

"Tiga tangkai Bluegrass Berdaun Ungu? Dua tangkai Bunga Pencuci Tulang? Teras raksasa atribut kayu? Orang tua, kau pasti ke benda ini betul? Kau ingat aku ni seorang putera diraja? Benda ini, ditambah sekali kosnya lebih daripada seribu syiling emas! Selepas berjimat untuk beberapa tahun di mana aku tidak makan dan membeli barang-barang mewah, aku cuma ada 400 syiling emas. Itu cuma cukup untuk satu teras raksasa atribut kayu saja!" Xiao Yan menyumpah sambil menghala jarinya ke arah cincin tersebut.

"Itu masalah awak. Hehe, orang lain akan bernafsu untuk mendapatkan benda ini, tetapi saya cuma mahu awak mendapatkan wang untuk bahan-bahan tersebut dan awak sudah menangis macam bayi…" Ketawa Yao Lao kedengaran di dalam hati Xiao Yan.

"Celaka! Benda yang dibuat oleh ahli alkimia hanya orang kaya aje yang mampu." Xiao Yan ketawa dengan tidak keupayaan. Wang poketnya setiap bulan hanya 20 syiling emas. Ini bukan jumlah yang sedikit; ia adalah cukup untuk menampung satu keluarga yang biasa-biasa untuk setahun! Tetapi wang yang dia ada sekarang cuma cukup untuk membeli satu barang yang diminta oleh Yao Lao. Ini adalah perbezaan di antara ahli alkimia dan orang lain!

'Hah, nampaknya saya kena pinjam daripada orang lain…" Menghembus nafasnya dengan sedih, Xiao Yan memperolehi ketenteraman dengan perlahan dan mukanya yang kecil menjadi tenang semula. Memusing kepalanya melihat ke arah lorong di atas gunung tersebut, dia nampak satu rangka ungu sedang mendaki gunung itu seperti roh.