Sunyi, seperti ada yang meninggal dunia!
Semua orang yang berada di padang tersebut melihat perkataan yang tertera di monumen terkejut. Air muka yang berwarna-warni itu bertukar, dan pernafasan yang mendalam bergema ke seluruh padang.
"Kacha!"
Di platform tinggi itu, cawan jed yang digenggam Xiao Zhan menjadi habuk dan teh mengalir dari tangannya.
"7 Duan… Yan Er, awak.. awak telah melakukannya!" Mata Xiao Zhan nampak lembap sambil melihat pemuda yang berada di bawah itu. Dia tahu untuk mencapai 7 Duan Qi, Xiao Yan telah berusaha dengan bersungguh-sungguh.
Ketiga-tiga tokoh di sebelah Xiao Zhan seperti tidak percaya. Untuk mencapai 7 Duan Qi daripada 3 Duan Qi dalam masa satu tahun? Kelajuan ini… mustahil!
"Hehe… Penawar Asas Ketua Puak… nampaknya sangat bagus, hehe." Tokoh Kedua menelan air liur yang kering dan masih terkejut, dia berkata dengan air muka yang menyindir.
Xiao Zhan tidak menyembunyikan keseronokannya lalu berkata, "Tokoh Kedua, awak percaya satu Penawar Asas Peringkat Kedua mempunyai kesan sebegitu?"
Tokoh kedua berhenti seketika sebelum menggeleng kepalanya. Dia bukannya bodoh dan sungguhpun Penawar Asas itu mampu meningkatkan kadar latihan seseorang, ia mustahil untuk meningkatkan 4 Duan Qi dalam masa satu tahun!
….
Di sebelah monumen hitam, juruhebah itu merenung perkataan yang tertera itu. Mukanya yang tidak berperasaan sudah bertukar menjadi terkejut.
"Xiao Yan: Dou Zhi Qi: 7 Duan, Pangkat: Tinggi!"
Menarik nafas yang panjang, juruhebah itu cuba menenangkan suaranya tetapi suaranya masih menggeletar..
Mendengar pengumuman juruhebah itu, padang itu menjadi sunyi seperti pekan berhantu. Tiada siapa yang bergerak.
Dalam kalangan orang ramai, Xiao Mei menutup mulutnya dan terkaku melihat keputusan tersebut.
Untuk meningkatkan 4 Duan Qi dalam satu tahun ialah satu mitos, hanya satu legenda! Kelajuan yang Xiao Yan pamerkan tiga tahun yang lalu pun tidak mampu mencapai kadar ini!
Tetapi, kelajuan mitos ini, datang daripada seorang yang digelar "si lumpuh" telah ditunjukkan oleh Xiao Yan di depan mata mereka!
Dengan emosi yang rumit, Xiao Mei merenung pemuda di sebelah monumen hitam itu sambil berfikir, 'Bakat dia yang hebat sudah kembali!'
Di sudut padang latihan, Xiao Nin yang sudah bersedia untuk menyindir Xiao Yan juga merenung monumen itu dengan kosong lalu berbisik, "Ini… Ini mustahil!"
….
Melihat perkataan yang tertera di atas monumen, Xiao Yan menghembus nafas lega. Melihat renungan rumit di sekelilingnya membuat Xiao Yan mengingat kembali kebanggaan yang dia telah melalui tiga tahun yang lalu.
Sekarang bakat dia sudah kembali, dia sudah mendapat satu minda yang matang dan ketabahan yang degil.
Melihat monumen yang telah menentukan takdir dia bukan sekali, bukan dua kali tapi tiga kalu, Xiao Yan tersenyum sedikit. Perbuatannya yang tenang dan tidak peduli ini merupakan satu perbezaan daripada sikapnya yang dahulu.
Menarik nafas pendek, Xiao Yan berjalan ke bawah dan duduk di sebelah Xun Er.
Sungguhpun Xiao Yan telah meninggalkan monumen batu itu, seluruh padang masih sunyi.
"Ahem…" Di atas platform tinggi itu, Xiao Zhan berdiri dengan riang dan terbatuk untuk mengambil perhatian orang ramai di padang tersebut.
"Ujian sudah berakhir. Seterusnya, sesiapa yang tidak lulus boleh mendapat satu peluang untuk mencabar seseorang yang telah lulus. Ingat, awak hanya mempunyai satu peluang!" Xiao Zhan kata dengan senyuman senang.
Mendengar itu, seluruh padang latihan menjadi riuh-rendah. Orang yang gagal sekarang memandang semua orang yang telah lulus.
Melihat renungan cabaran tersebut, ahli puak yang telah lulus mengangkat kepala mereka dengan sikap menghina. Perbezaan di antara 6 Duan Qi dan 7 Duan Qi sangat besar dan tanpa sebarang kejadian istimewa, seseorang yang berada di 6 Duan Qi tidak mungkin dapat menyentuh seseorang yang berada di 7 Duan Qi.
Orang yang berada di 6 Duan Qi tahu perkara ini tetapi ini kali terakhir mereka akan mempunyai peluang untuk menjadi anggota dalaman puak mereka. Mereka akan cuba sedaya-upaya dan berharap untuk satu keajaiban.
Dengan kata-kata Xiao Zhan, atmosfera di padang tersebut menjadi pelik. Semua renungan orang yang gagal mula mencari lawan yang lemah.
Duduk di atas lantai, Xiao Yan tiba-tiba membuka matanya dengan terkejut. Semua pandangan sedang dituju kepadanya.
"Adakah aku nampak macam seorang yang boleh dikalahkan dengan senang?" Selepas beberapa waktu kemudian, Xiao Yan ketawa di dalam hatinya.
"Abang Xiao Yan lompat 4 Duan Qi dalam masa satu tahun. Sungguhpun ia sangat mengejutkan, ia terlalu mengejutkan sehingga tiada orang yang percaya. Oleh itu, mereka berharap Abang Xiao Yan ialah lawan yang paling lemah." Xun Er menjelaskan kepada Xiao Yan.
Mengangkat bahunya sebagai tanda tidak peduli, Xiao Yan menepuk habuk pada jubahnya sambil berkata, "Mereka boleh memilih untuk tidak percaya, tapi mereka akan tahu…"
Xun Er tersenyum dan mengangguk.
Akhirnya, selepas beberapa waktu yang tenang, seorang tidak dapat menahan dirinya lalu berdiri.
Seorang pemuda yang mempunyai badan yang tegap berjalan ke arah Xiao Yan dan berkata dengan kuat, "Adik Xiao Yan, sila!"
Sungguhpun pemuda itu penuh dengan hormat, Xiao Yan, yang berada di seberangnya, dapat melihat satu kiasan ketidakpercayaan melintas melalui matanya. Tambahan pula, wajahnya menunjukkan satu sikap berlagak. Nampaknya, dia tidak percaya orang digelar "si lumpuh" itu dapat menandinginya.