Mungkin disebabkan ini kali pertama Yao Lao menapis 'Pil Memecah Kesukaran'. Walaupun Yao Lao mempunyai kemahiran alkimia yang cemerlang, namun dia masih gagal dalam percubaan pertama disebabkan oleh ketidakseimbangan dalam bahan-bahan yang telah disediakan.
Walau bagaimanapun, percubaan pertama yang gagal itu tidak menyebabkan Yao Lao untuk berputus asa. Kegagalan dalam penapisan merupakan perkara biasa di dunia ahli alkimia. Hal ini boleh dikatakan seolah-olah seperti rutin makan dan minum sahaja bagi mereka. Sungguhpun Yao Lao sangat mahir dalam penapisan, dia tidak boleh menjaminkan dia boleh mengekalkan 100% untuk berjaya dalam setiap penapisan pil ubatan.