Pada saat Ya Fei menyebut Kaedah Qi Tahap Xuan Tinggi, seluruh dewan menjadi sunyi.
Dibandingkan dengan Penawar Asas, Kaedah Qi lebih bernilai.
Sungguhpun pil sangat mahal, ia untuk penggunaan satu kali. Tetapi Kaedah Qi akan bertahan seumur hidup dan boleh diwariskan kepada anak cucu. Jadi dari segi jangka panjang, Kaedah Qi tahap tinggi lebih bernilai dan sentiasa dicari-cari berbanding dengan pil.
Lagipun, selepas seseorang itu mencapai Kaedah Qi bertahap tinggi, tanpa sokongan pil, orang itu masih boleh menjadi kuat dan sukar untuk ditewaskan untuk satu jangka masa. Tetapi yang mana tidak mempunyai Kaedah Qi dan hanya bergantung kepada pil-pil, orang itu tidak akan menjadi kuat walaupun makan pil itu macam gula-gula.
Selepas terkejut seketika, pembida merenung skrol hijau di tengah dewan tersebut dengan pandangan membakar. Ya Fei yang cantik itu telah dilupai…
Di barisan belakang, Xiao Yan menghembus satu nafas kuat. Kaedah Qi Tahap Xuan Tinggi? Patutlah… Kaedah Qi ini di satu peringkat lebih tinggi daripada Kaedah Qi terbaik Puak Xiao, Keberangan Singa Mengamuk. Patutlah ketiga-tiga ketua puak Bandar Wu Tan berada di sini. Jadi mereka sedang menunggu skrol ini…
"Tahap Tinggi Xuan…" Melihat skrol hijau itu, secara naluri Xiao Yan membasahi bibirnya. Untuk memperolehi skrol tersebut bermakna di antara mereka layak menjadi seorang Dou Zhe berpangkat tinggi dan selepas beberapa dekad, Bandar Wu Tan akan mempunyai lawan baru yang lebih berkuasa.
"Ia hanyalah satu Kaedah Qi Tahap Xuan Tinggi, apalah istimewa sangat." Sebelum Xiao Yan habis membayangkan Kaedah Qi itu, suara Yao Lao kedengaran di dalam Xiao Yan.
"Kalaulah…" Menunjukkan perasaan jelik, Xiao Yan terasa satu perbezaan di antara dia dan orang tua itu yang tetap mengatakan peringkat tinggi Kaedah Qi ini ibarat sampah. Dia hanya boleh mencebik bibir dan berdiam diri.
"Budak, awak berlatih sahaja. Pada hari awak menjadi seorang Dou Zhe, saya akan tunjukkan apa maksud Kaedah Qi Peringkat Tinggi!" Selepas Yao Lao menghabiskan kata-katanya, dia mendiamkan diri.
Mencebik bibirnya sekali lagi, Xiao Yan bersungut, "Harap-haraplah."
…..
"Para hadirin, Kaedah Qi Tahap Xuan ini ditemui oleh seorang pemburu di kawasan pergunungan. Ia kemungkinan besar ditinggalkan oleh nenek moyang jadi ia tidak akan membawa sebarang masalah kalau awak membelinya. Semua orang boleh membida tanpa rasa takut dan ia tidak mempunyai sebarang akibat." Ya Fei berkata dengan perlahan sambil mengangkat skrol hijau itu dengan berhati-hati.
"Cik Ya Fei, bolehkah awak tetapkan harga untuk skrol itu!" Seorang pembida menjerit dengan tidak sabar.
Dengan senyumannya yang ayu, Ya Fei berkata, "Seruan Taufan, harga terendah, 200,000 Syiling Emas!"
Selepas menawarkan harga terendah tersebut, seluruh dewan lelong itu menjadi sunyi. Secara jelasnya, kebanyakan pembida yang hadir tidak mempunyai harta yang banyak untuk membeli barang yang begitu mahal.
Di tempat terasing, Xiao Yan tidak dapat menahan diri daripada menggeleng kepala. Perempuan ini sedang membunuh orang tanpa menyimbah darah! 200,000 Syiling Emas sama dengan keuntungan Puak Xiao untuk 2 tahun!
Xiao Zhan dan dua lagi ketua puak besar itu jelas nampak menggeletar. Tetapi mereka tidak dapat berbuat apa-apa dengan harga tersebut, untuk sesuatu barang yang bernilai; mereka sanggup membayar harga yang tinggi untuk mendapatkannya. Jika mereka tidak membelinya, orang lain pasti akan dapat.
Dengan harga 200,000, tidak ada orang yang membidanya.
Berdepan dengan atmosfera yang kekok itu, Ya Fei masih menyerlahkan senyumannya yang menawan. Dia tahu Kaedah Qi ini akan menarik perhatian ramai dan mereka sanggup menghabiskan seluruh harta mereka untuk membelinya.
Seperti yang dijangkakan, atmosfera itu tidak bertahan lama. Seorang lelaki botak di pertengahan usia menjerit dengan suara menggigil, "210,000!"
Xiao Yan memandang ke arah suara itu; dia kenal lelaki botak itu. Dia merupakan pemilik kedai senjata yang memonopoli seluruh pasaran senjata di Bandar Wu Tan. Sungguhpun dia tidak boleh dibandingkan dengan tiga ketua puak, dia sangat kaya.
"230,000!" Selepas pemilik kedai senjata itu menjerit, seorang lelaki berjubah kuning juga melaungkan harganya.
Tokoh berjubah kuning itu merupakan seorang peniaga jual ubat yang memiliki beberapa kedai di Bandar Wu Tan. Seperti lelaki botak itu, dia masih tidak dapat dibandingkan dengan tiga ketua puak tetapi dia juga sangat kaya.
Dengan satu jelingan ke arah tokoh itu, lelaki botak itu menjerit sekali lagi, "240,000!
Di dalam rumah lelong itu, hanya beberapa orang yang membidanya. Lagipun, harga 200,000 bukanlah satu harga yang murah untuk pembida yang lain.
"300,000!" Jia Lie Bi menawarkan harganya selepas mereka berdua hampir-hampir berhenti.
Selepas Jia Lie Bi menawarkan harga tersebut, kedua-dua lelaki itu tidak dapat berbuat apa-apa selain kembali duduk di kerusi mereka.
"330,000!" Di Bandar Wu Tan, hanya beberapa orang yang mampu mengatasi Puak Jia Lie iaitu Puak Xiao dan Puak Ao Ba. Harga ini dipanggil oleh Ketua Puak Ao Ba, Ao Ba Pa.
Menjeling Ao Ba Pa, Jia Lie Li menawarkan harga sekali lagi, "350,000!"
Ao Ba Pa memaksa suaranya untuk melaungkan, "370,000!"
"380,000!"
"400,000!"
Dengan panggilan Ao Ba Pa yang semakin meningkat, Jia Lie Bi mengikutnya tanpa ragu-ragu. Nampaknya, dia sudah bersedia untuk mendapatkan skrol tersebut tanpa mengira kosnya.
Apabila harga tersebut naik ke 430,000, Ao Ba Pa berhenti membida. 430,000 sudah cukup untuk memaksa Puak Ao Ba melangkah ke era krisis kewangan.
"450,000!" Melihat Ao Ba Pa berundur, Xiao Zhan menawarkan harganya sebelum Jia Lie Bi mampu meraikan kemenangannya.
Menjeling ke arah Xiao Zhan, Jia Lie Bi dilanda kemarahan. Di dalam ketiga-tiga puak ini, Puak Xiao dan Puak Ao Ba mempunyai Kaedah Qi Tahap Xuan Sederhana tetapi Puak Jia Lie hanya mempunyai Kaedah Qi Tahap Xuan Rendah. Inilah sebab mengapa Jia Lie Bi sanggup membayar harga yang tinggi untuk Kaedah Qi Xuan Tinggi itu.
Di bawah pandangan riang Ao Ba Pa, Jia Lie Bi mengetap giginya dan menjerit, "460,000!"
"500,000!" Xiao Zhan yang tidak mempunyai perasaan menaikkan harga ke tahap yang baru!"
Di tengah-tengah dewan tersebut, senyuman Ya Fei yang ayu itu menjadi lebih menarik semasa melihat dua tokoh itu berebut untuk skrol idaman.
"550,000!" Matanya yang merah, Jia Lie Bi akhirnya memutuskan untuk menawarkan harga sekali lagi selepas berfikir untuk seketika.
"Kau menang." Berbeza dengan ramalan orang ramai, selepas Xiao Zhan mendengar bidaan Jia Lie Bi, Xiao Zhan hanya tersenyum.
Air muka Jia Lie Bi yang terkejut itu digantikan dengan air muka yang hitam. Dia tahu dia telah dipermainkan…
"Xiao Zhan, kau menang! Aku akan ingat kejadian hari ini!" Selepas menyumpah Xiao Zhan, Jia Lie Bi mengangkat kepalanya untuk melihat Ya Fei yang kebingungan. Sungguhpun dia sangat marah, dia bukan seseorang yang senang dikawal oleh emosi dan dengan mukanya yang hitam, dia meredakan kemarahannya. "Cik Ya Fei, nak habiskan lelong ini?"
Tidak diganggu oleh pandangan Jia Lie Bi yang marah, Ya Fei tersenyum dengan tenang. Matanya mempunyai sedikit kiasan menghina dan di bawah renungan tegang Jia Lie Bi, dia mengetuk tukulnya dengan ringan.
"Seruan Taufan, dimenangi oleh Ketua Puak Jia Lie!"
Melihat detik kelam-kabut ini, Xiao Yan tersenyum dan berdiri dengan perlahan lalu meninggalkan rumah lelong tersebut.
"Hah, selepas saya mendapat duit itu, saya akan mula berlatih. Satu tahun kemudian, saya akan berikan ayah saya satu kejutan besar." Xiao Yan bertekad perlahan ketika berada di hadapan pintu rumah lelong tersebut.