Chereads / Pertarungan Menerusi Syurga / Chapter 24 - Semuanya Untuk Kemudian

Chapter 24 - Semuanya Untuk Kemudian

Meninggalkan dewan lelong pertama, Xiao Yan kembali ke Bilik Semakan dan di bawah renungan lelaki pertengahan usia itu, Xiao Yan menunggu dengan sabar.

Beberapa minit kemudian, dengan bunyi tapak kaki berjalan laju, dua bayang-bayang menolak buka pintu bilik.

"Hehe, awak ialah pemilik Penawar Asas? Tuan, ini mesti kali pertama awak datang ke Bandar Wu Tan, kan?" Dengan bau-bauan minyak wangi, ketawa kecil kedengaran di sebelah Xiao Yan. Perbuatan ini membuat minda Xiao Yan yang teguh bergoyang.

Selepas menyumpah 'perempuan jalang', Xiao Yan mengerut muka yang tersembunyi di sebalik jubahnya sebelum berpusing ke belakang untuk melihat perempuan yang berpakaian merah di sebelahnya.

Dengan lebih rapat, Xiao Yan sekali lagi menyedari pesona Ya Fei. Muka yang mempesonakan itu mempunyai sepasang mata yang berair dengan bulu mata panjang, seolah-olah menghantar seutas tali untuk mengikat lelaki. Melihat ke bawah, melepasi lehernya yang putih melepak, Xiao Yan hampir disedut ke dalam celahan payudara Ya Fei. Pesona semulajadi Ya Fei juga mempengaruhi Xiao Yan yang tenang itu…

Walaupun merah mukanya, syukurlah, ia disembunyi oleh jubahnya. Menenangkan dirinya, Xiao Yan mengangguk sedikit dan pada masa yang sama, suara Yao Lao kedengaran, "Lelong itu berjaya? Berikan aku duit itu, aku ada benda yang ingin diselesaikan!"

Seperti tertarik dengan umur pemilik jubah hitam itu, Ya Fei menutup mulutnya dan ketawa. Selepas seketika, dia pulih semula. "Tolong tunggu sebentar. Kami sedang meneliti dokumen-dokumen yang diperlukan."

Mengangguk sedikit, Xiao Yan tidak membuka mulutnya dan mengalihkan pandangannya daripada Ya Fei sambil berdiam diri.

Melihat lelaki misteri berjubah hitam itu, kening Ya Fei mengerut. Nampaknya kecantikan yang menjadi kebanggaan Ya Fei tidak berkesan. Mengerut bibirnya, renungannya menelitikan lelaki misteri itu sambil mencuba untuk mencari setiap butir orang yang berada di depannya.

Selepas meneliti Xiao Yan untuk seketika, dia tidak mendapat sebarang informasi. Ya Fei melihat Gu Ni dengan kecewa. Selepas mata mereka bertembung, dia mengigit bibirnya dan bertanya, "Tuan, Ya Fei tidak pernah berjumpa dengan seorang ahli alkimia yang tidak mempunyai lencana alkimia, bolehkah saya bertanya? Apakah nama tuan?"

"Huh? Perempuan, perlukah aku datang ke sini dan memberitahu kau nama aku?" Di bawah jubah hitam itu, suara Yao Lao berkata dengan dingin.

"Hehe, Ya Fei hanya ingin tahu. Jika tuan tidak ingin memberitahu, Ya Fei tidak akan memaksa awak." katanya sambil ketawa kecil.

Melalui jubah hitam itu, Xiao Yan melihat kaki putih yang dibalut dengan pakaian merah. Sungguhpun dia tidak dapat menahan diri daripada mengagumi kecantikan Ya Fei, dia mengingatkan dirinya untuk menjadi seorang jurulelong terkemuka, dia bukanlah sembarangan orang. Semua orang kata kecantikan akan membawa masalah, lagipun, di seluruh Bandar Wu Tan, sudah ramai lelaki yang melamarnya tetapi sampai hari ini, tiada lagi yang berjaya. Sungguhpun ramai yang menyalahkan Rumah Lelong Premier di belakangnya, tiada sesiapa yang berani mengatakan dia hanyalah boneka.

Dengan perempuan yang bijak di sebelahnya, Xiao Yan sangat berhati-hati seperti sedang berjalan di ketulan ais. Dia takut Ya Fei akan menemui sesuatu mengenainya, tetapi syukur, dengan Yao Lao yang berkata-kata, orang tua misteri itu tidak akan tertarik dengan "perempuan jalang" itu.

Daripada kata-kata Yao Lao yang tidak mempunyai perasaan, Ya Fei tidak dapat menggorek sebarang informasi. Akhirnya, dia berputus asa dan sebaliknya tersenyum sambil mengeluarkan kad kristal. Di atas kad itu tertera logo Keluarga Premier. "Tuan, ini kad VIP Rumah Lelong Premier. Dengan kad ini, awak akan mendapat akses VIP di mana-mana Rumah Lelong Keluarga Premier. Pada masa yang sama, cukai untuk Lelong diturunkan dari 5% ke 2% sahaja!"

Mendengar kata-kata Ya Fei, bulu kening Xiao Yan terangkat. Berbanding dengan perbualan tidak menetu sebelum ini, dia sukakan faedah kukuh yang akan dikecapi, jadi selepas berhenti seketika, dia mengambil kad kristal tersebut.

Melihat tangan putih yang panjang lelaki berjubah hitam itu, Ya Fei menunjukkan satu reaksi yang mengelirukan. Suara di bawah jubah hitam itu jelas suara orang tua tetapi dia mempunyai tangan yang nampak muda. Siapakah orang ini?

Pada masa yang sama, seorang pelayan wanita berlari masuk dan memberikan satu kad hijau kepada Ya Fei.

"Tuan, Penawar Asas awak dijual pada harga 40,000 Syiling Emas dan selepas dikenakan 2% sebagai yuran lelong, bakinya di dalam kad ini." Senyum Ya Fei sambil menghulurkan kad hijau tersebut.

Mengambil kad hijau itu, jantung Xiao Yan berdebar. Dana untuk latihan dia ada di dalam satu kad hijau yang kecil. 40,000 Syiling Emas, ini cukup untuk melatih seorang Dou Zhe…

Sebaik sahaja mendapat wangnya, Xiao Yan tidak mempunyai alasan untuk terus berada di situ, satu suara tua berkata dengan tenang, "Bolehkah aku tinggalkan tempat ini sekarang?"

"Hehe, sudah tentu. Kalau awak ingin melelongkan pil-pil lain, sila ingat Rumah Lelong Premier." Senyum Ya Fei.

"Mmm." Menjawab dengan sikap tidak endah, Xiao Yan berdiri dan meninggalkan bilik yang tegang itu.

Melihat bayang-bayang Xiao Yan yang menghilang, senyuman Ya Fei di mukanya hilang dan dia tersandar di atas kerusi berdekatan.

"Pak Cik Gu Ni, adakah dia seorang ahli Alkimia?" Selepas sunyi yang kekok, Ya Fei memecahkan kesunyian tersebut.

"Ya, dan kemahiran Alkimia dia lebih baik daripada saya. Penawar Asas Peringkat Kedua itu, saya tidak dapat menapiskannya." Gu Ni menjawab sambil mengeluh.

"Walaupun dengan rumusan?" Mulut merah Ya Fei mengatakan satu ayat bahaya dengan cuai.

Mendengar ayat Ya Fei, muka Gu Ni bertukar dan berkata dengan segera, "Rumusan hidup seorang Alkimia. Jangan berkata sebegitu lagi. Untuk membuat seorang Alkimia misteri marah, walaupun untuk Keluarga Premier, itu satu benda yang besar. Berpuluh-puluh tahun yang lalu, Keluarga Cech yang terkenal di Empayar Jia Ma telah membuat Raja Pil Gu He murka dan telah dibunuh oleh 4 Dou Wang yang dihantar oleh Gu He. Ahli Royalti Empayar Jia Ma pun tidak dapat berbuat apa-apa!"

Sungguhpun keluarga kita lebih kuat daripada keluarga Cech, ia lebih baik kalau kita jangan menghiris perasaan seorang Alkimia yang bermisteri. Alkimia ini macam sarang tebuan, kalau awak mencucuknya, dia akan mencari kawan yang ramai dan ramai pakar pasti gembira untuk menolongnya sebagai satu cara terhutang budi."

Melihat Gu Ni yang panik, Ya Fei ketawa kelat sambil mengurut dahi kepalanya. "Pak Cik Gu Ni, apa yang awak kata ini. Saya bukan sedang berfikir benda sebegitu, awak ingat Ya Fei telah membazirkan beberapa tahun ini?"

"Saya cuma mengingatkan awak." Mendengar kata-kata Ya Fei, Gu Ni menghembus nafas. Dia sangat takut yang Ya Fei akan membuat sesuatu yang bodoh.

Mengerut bibirnya, Ya Fei mengeluh. "Ahli-ahli Alkimia, mereka sangat berbahaya tetapi kenapa saya tidak mempunyai bakat sebegini?"