Chereads / Pertarungan Menerusi Syurga / Chapter 2 - Benua Dou Qi

Chapter 2 - Benua Dou Qi

Bulan pada malam itu umpama sepinggan perak dipagar langit yang dipenuhi bintang-bintang.

Di puncak tebing, Xiao Yan terbaring di atas padang sambil menggigit rumput. Dia menggunggis rumput itu dan rasa pahit mula merebak di dalam mulutnya.

Mengangkat tangannya, dia meletakkan di atas matanya. Renungan dia menembusi celah jejarinya dan tertumpu pada bulan mengambang di langit.

'Ai…' Berfikir balik terhadap ujian yang diambilnya pada petang tadi, Xiao Yan mengeluh. Dia meletakkan kedua-dua tangan di belakang kepala seperti sebiji bantal. Renungannya mula meliar.

'Lima belas tahun, huh?' Bersungut secara sendirian, perkataan yang tidak mempunyai sebarang makna terkeluar daripada mulut dia.

Dalam hati Xiao Yan, ada satu rahsia yang hanya diketahui olehnya. Dia bukan daripada dunia ini. Sebenarnya, roh Xiao Yan bukan kepunyaan dunia ini. Dia datang dari sebuah planet bernama Bumi. Dia tidak mempunyai sebarang penjelasan kepada kuasa misteri yang telah membawa dia ke sini. Bagaimanapun, selepas berada di sini untuk seketika, Xiao Yan kini memahami bahawa dia telah sampai ke dunia yang baru ini!

Xiao Yan mula menjadi biasa dengan keadaan di tanah baru ini.

Benua yang baru ini dipanggil Benua Dou Qi tetapi ia tidak mempunyai jenis magik yang biasanya didapati di dalam novel. Lebih tepat, Dou Qi adalah pameran utama tanah ini!

Di benua ini, kegunaan Dou Qi telah dilatih sehingga sempurna dan kini berada di kemuncak hasil kerja keras oleh generasi-generasi sebelum ini. Tambahan pula, pengetahuan dan pengaruh Dou Qi dikembangkan sehingga ia menjadi satu kelaziman di kalangan orang biasa. Ini menyebabkan Dou Qi dan kehidupan seharian orang ramai tidak dapat dipisahkan. Dengan ini, taraf Dou Qi di tanah ini tiada tolok banding!

Disebabkan oleh taraf melampau Dou Qi oleh cabang utama ini, banyak cabang baru cara melatih Dou Qi dikeluarkan. Sesetengah kaedah latihan Dou Qi adalah lebih baik daripada yang lain.

Selepas analisis dan laporan, Benua Dou Qi telah membahagikan kaedah latihan Dou Qi kepada empat kelas dan dua belas pangkat. Kelasnya ialah Tian, Di, Xuan dan Huang!

Pangkat pula di setiap kelas ialah Rendah, Sederhana dan Tinggi!

Pangkat untuk kaedah latihan Dou Qi adalah dikenali sebagai Kaedah Qi, juga mempunyai impak untuk pencapaian masa depan seseorang. Contohnya, seseorang yang melatih Kaedah Sederhana Xuan Qi akan menjadi lebih kuat daripada seseorang yang melatih Kaedah Tinggi Huang Qi walaupun mereka adalah di tahap Dou Zhe yang sama.

Di Benua Dou Qi ini, ia mempunyai tiga cara untuk menentukan kekuatan seseorang.

Yang pertama adalah kekuatan seseorang. Jika kekuatan seseorang bermula di Dou Zhe, walaupun dia melatih Kaedah Kelas Tian Qi yang istimewa, ia masih akan mempunyai kepayahan untuk menewaskan seorang Dou Shi.

Yang kedua pula adalah Kaedah Qi. Jika kekuatan seseorang adalah sama tetapi mempunyai Tahap Kaedah Qi yang lebih tinggi daripada yang lain, maka mereka akan mempunyai faedah semasa pertarungan.

Yang terakhir adalah cara Teknik Dou!

Seperti yang dikatakan oleh nama, ia adalah teknik-teknik yang digunakan dalam Dou Qi. Teknik-teknik Dou Qi mempunyai tahap dan mempunyai keseluruhan empat tahap yang sama iaitu Tian, Di, Xuan dan Huang.

Benua Dou Qi mempunyai teknik-teknik yang sangat banyak tetapi teknik-teknik yang boleh didapati oleh orang ramai biasanya berada di tahap Huang. Jika seseorang ini mendapatkan tahap Teknik Dou yang lebih tinggi, mereka perlu memasuki mazhab atau sekolah Dou Qi di benua ini.

Sudah tentu ada sesetengah orang yang bernasib baik memiliki Kaedah Qi kuno daripada nenek moyang mereka yang mempunyai Teknik Dou yang serupa. Teknik-teknik Dou bergabung dengan Kaedah Qi akan menjadi lebih kuat daripada yang biasa.

Tiga syarat ini adalah asas untuk meramalkan kekuatan seseorang. Keseluruhannya, jika seseorang mempunyai Kaedah Qi yang lebih tinggi tahapnya, manfaat di masa depan akan menjadi lebih tinggi.

Walau bagaimanapun, Kaedah Qi yang lebih tinggi adalah susah untuk dicapai oleh orang biasa. Kaedah-kaedah Qi yang boleh didapati adalah paling tinggi di Tahap Huang. Sesetengah puak besar dan mazhab yang kecil mempunyai Kaedah Qi Tahap Xuan. Contohnya, kaedah Qi paling tinggi di Puak Xiao adalah "Ngauman Singa Berang" Ia adalah satu atribut angin di Kaedah Qi Tahap Sederhana Kelas Xuan.

Di atas Xuan ialah Kelas Di. Bagaimanapun, Kaedah Qi pada tahap sebegitu hanya boleh didapati di kaum kelas pertama dan empayar besar.

Untuk Kelas Xian pula, sudah beberapa ratus tahun kelas ini tidak dijumpai.

Sebagai teorinya, jika seseorang yang biasa ingin mencapai Kaedah Qi Tinggi adalah lebih sukar daripada mendapat kelayakan untuk ke syurga. Tanah Benua Dou Qi ini adalah sangat luas dan mempunyai beribu-ribu kaum. Di utara terdapat kaum orang gasar yang mempunyai kekuatan yang tidak terhingga dan mampu bergabung dengan roh binatang. Di selatan benua pula mempunyai tahap tinggi genius puak binatang dan kaum gelap yang dikenali dengan kekejaman mereka.

Disebabkan oleh keluasan tanah ini, ia mempunyai ramai orang yang tidak dikenali dan bernama. Di akhir hidup mereka, mereka mungkin akan meninggalkan Kaedah Qi mereka yang telah disempurnakan dan disorok di sesuatu tempat. Ia akan menunggu seseorang yang bernasib baik untuk mengambilnya dan di Benua Dou Qi, ada satu peribahasa iaitu: "Jika anda terjatuh dari tebing dan memasuki ke sebuah gua, jangan takut. Jalan dua langkah dan mungkin anda akan menjadi seorang pakar!"

Peribahasa ini adalah benar. Beribu-ribu tahun yang lepas, kebanyakan orang yang tiba-tiba menjadi pakar adalah disebabkan oleh nasib baik sebegini.

Hasil dari cerita ini telah menyebabkan ramai orang terjun dari tebing dengan impian untuk mencari satu Kaedah Qi Masyhur. Sudah tentu, ramai orang pulang dengan tangan dan kaki patah.

Kesimpulannya, benua ini mempunyai keajaiban menanti untuk ditemui!

Sudah tentu, jika seseorang ingin melatih Kaedah Qi, seseorang itu mesti menjadi s Dou Zhe sejati. Walau bagaimanapun, Xiao Yan jauh tersasar daripada matlamat ini.

"Pei" Meludahkan rumput yang berada di dalam mulutnya, Xiao Yan meloncat atas. Muka dia yang penuh dengan emosi sambil mengaum ke arah langit lalu berkata "Jahanam kau! Kau bawa aku ke sini untuk menjadi si lumpuh? Tak guna!"

Di kehidupan yang lalu, Xiao Yan adalah seorang yang biasa-biasa sahaja. Wang dan wanita tidak pernah berlari ke arah dia. Bagaimanapun, selepas datang ke Benua Dou Qi, roh Xiao Yan adalah lebih kuat daripada orang ramai disebabkan oleh dua pengalaman hidup yang dilaluinya!

Roh seseorang itu adalah semula jadi. Ia boleh meningkat dengan usia tetapi tidak mempunyai Kaedah Qi yang boleh melatih roh seseorang itu secara asing. Walaupun ia adalah Kaedah Tian Qi, ia adalah mustahil. Perkara ini adalah satu pengetahuan am di Benua Dou Qi.

Kekuatan roh Xiao Yan yang menyebabkan bakat dia mencapai gelaran genius.

Apabila seseorang yang biasa-biasa mengerti dia mempunyai kad untuk menjadi seseorang yang terkenal, dia akan kehilangan diri jika tidak mempunyai sifat awas. Jelasnya, Xiao Yan yang berasal dari kebiasaan tidak mempunyai sifat ini dan apabila dia memulakan latihan Dou Zhi Qi, dia membuat keputusan untuk mengikut laluan genius dan tidak berlatih dengan aman.

Jika tidak ada sebarang perkara yang berlaku, Xiao Yan mungkin akan menjadi lebih tua dengan gelaran genius. Tetapi, pada usia sebelas, nama genius ini tetiba diambil daripada dia. Dan nama genius ini menjadi nama lumpuh yang diketawakan oleh semua orang!

…..

Selepas menjerit beberapa kali, emosi Xiao Yan menjadi tenang. Muka dia bertukar normal. Pada masa ini, tidak kira beberapa kali dia naik berang, dia tidak akan mendapat kembali Pusaran Dou Qi yang dia telah bekerja keras untuknya.

Dia menggeleng kepala, Xiao Yan berasa hampa. Lagipun, dia tidak pasti apa yang akan terjadi dengan tubuhnya. Semakan harian dia tidak menjumpai benda aneh di tubuhnya. Roh dia menjadi kuat bersamaan dengan usianya dan kadar penyerapan Dou Zhi Qi juga adalah lebih kuat daripada kemuncaknya. Tetapi, Dou Qi yang memasuki tubuhnya akan hilang begitu sahaja tanpa sebarang insiden. Kejadian aneh ini membuat Xiao Yan sedih.

Selepas mengeluh seketika, Xiao Yan mengangkat tangan. Di jarinya terdapat sebentuk cincin hitam. Cincin tersebut adalah sedikit kuno dan diperbuat daripada bahan yang tidak dikenali. Tambahan pula, cincin tersebut mempunyai garisan-garisan kabur, Bagaimanapun, ini adalah hadiah terakhir yang diberi oleh emak Xiao Yan sebelum beliau meninggal dunia. Sejak umur empat tahun, Xiao Yan memakainya. Sudah lebih sepuluh tahun berlalu dan Xiao Yan terlalu sentimental dengan cincin ini. Xiao Yan tersenyum kelat: "Beberapa tahun ini, aku telah menghampakan mak aku."

Mengambil nafas dalam, Xiao Yan tiba-tiba memusingkan kepala melihat ke arah rimba yang gelap: "Ayah, awak di sini?"

Walaupun Dou Zhi Qi Xiao Yan hanya di tahap ketiga, deria kerohanian dia adalah lebih tajam daripada seorang yang bergelar lima bintang Dou Zhe. Sebelum dia menyebut emaknya, dia terasa gerakan di dalam rimba tersebut.

"Ha ha, Yan Er, sudah lambat ni. Kenapa awak masih tidak tidur?" Bunyi seorang lelaki itu boleh kedengaran dalam rimba tersebut.

Seorang lelaki di pertengahan usianya keluar daripada celah pokok. Muka dia tersenyum sambil merenung anaknya yang berada di bawah cahaya bulan.

Lelaki itu memakai pakaian mewah berwarna kelabu dan langkahnya adalah perlahan. Kening dia yang lebat juga memberi dia satu gaya penuh bermaruah. Dia adalah ketua Puak Xiao sekarang, lima bintang Dou Shi, Xiao Zhan!

"Ayah, awak juga belum berehat lagi, kan?" Melihat lelaki pertengahan umur itu, senyuman Xiao Yan menjadi dalam. Walaupun Xiao Yan mempunyai pengalaman hidup dahulu, ayah dia belum lagi berputus asa dengan Xiao Yan yang telah tumbang daripada gelaran genius. Disebabkan itu, Xiao Yan masih rela memanggil dia "ayah".

"Yan Er, adakah awak masih berfikir pasal ujian pada petang ini?" Kata Xiao Zhan sambil berjalan ke arah Xiao Yan.

"Haha, apa lagi nak difikirkan. Keputusan itu sudah dijangka." Xiao Yan menggeleng kepala tetapi senyumannya agak muram.

"Aiii…" Melihat muka Xiao Yan yang masih muda lagi, Xiao Zhan mengeluh. Selepas berhenti seketika, dia berkata: "Yan Er, awak berumur lima belas tahun sekarang, kan?"

"Ya, ayah."

"Setahun lagi, awak akan mempunyai upacara kedewasaan." Xiao Zhan senyum kelat.

"Ya, ayah, satu tahun lagi!" Xiao Yan memberi jawapan dengan tenang sambil menggenggam tangan dia. Dia tahu apa makna upacara itu. Selepas melalui upacara tersebut, sesiapa yang tidak mempunyai bakat tidak akan diberi peluang untuk pergi ke Dewan Dou Qi dan mencari satu Kaedah Qi. Sebaliknya, dia akan diberi jawatan untuk menjaga bisnes dan perkara-perkara biasa di puaknya. Ini adalah peraturan dan walaupun ayah beliau seorang ketua puak, peraturan ini tidak dapat ditukar!

"Maaf, Yan Er, kalau satu tahun kemudian, Dou Zhi Qi awak tidak dapat mencapai tahap ketujuh, saya akan menghantar awak untuk menjaga bisnes puak kami. Lagipun, keputusan puak ini bukan dibuat oleh saya. Tokoh-tokoh kanan di sini sedang menunggu saya untuk membuat kesilapan." Melihat Xiao Yan yang tenang, Xiao Zhan berkata denganFkesal.

"Ayah, saya akan cuba yang terbaik. Setahun kemudian, saya akan mencapai tahan ketujuh Dou Zhi Qi!" Xiao Yan berkata dengan senyuman ringan.

'Satu tahun, empat tahap? Haha, kalau ini dulu, mungkin ada peluang. Tapi, sekarang, mana ada lagi.' Walaupun Xiao Yan sedang memberi ayahnya jaminan, tetapi senyuman Xiao Yan menunjukkan ketewasan.

Xiao Zhan mengeluh dengan situasi Xiao Yan. Dia tahu ia adalah sangat sukar untuk mendapat empat tahap dalam satu tahun. Dia menepuk kepala Xiao Yan dan tersenyum: "Bukan awal lagi, balik dan rehat. Esok, kita ada tetamu yang penting. Jaga perlakuan awak."

"Tetamu? Siapa itu?" Xiao Yan bertanya.

"Awak akan tahu esok." Menjulingkan matanya ke Xiao Yan, Xiao Zhan meninggalkan tempat itu dengan langkah panjang.

"Relaks ayah. Saya akan cuba yang terbaik!" Xiao Yan mengangkat kepalanya, bersungut sambil memegang cincin hitamnya.

Apabila Xiao Yan mengangkat kepalanya, cincin hitam itu tiba-tiba memberi pancaran lemah. Pancaran sebegitu hilang dalam sekelip mata supaya tiada orang yang dapat memerhatikannya.