Chereads / Pertarungan Menerusi Syurga / Chapter 5 - Serbuk Pengumpul Qi

Chapter 5 - Serbuk Pengumpul Qi

"Ahem." Tokoh berjubah putih itu berdehem dan berdiri. Memegang tangannya, dia senyum lalu berkata: "Ketua Puak Xiao Zhan. Sebenarnya, hari ini kami datang ke sini untuk meminta pertolongan awak."

"Sudah tentu, Ge Ye. Apakah masalahnya? Kalau saya boleh tolong selesaikannya, saya tidak akan menolak." Xiao Zhan tidak menolak atau menerima permintaan tokoh yang melawat itu kerana dia tidak pasti dengan permintaannya.

"Hehe, Ketua Xiao, awak kenal dia tak?" Ge Ye senyum senang dan menghala jarinya ke perempuan yang sedang berdiri di sebelahnya.

"Umm.. Maaf, gadis ini ialah…" Xiao Zhan melihat perempuan itu sambil menggeleng kepalanya dengan kekok.

Semasa Nalan Yanran menjadi anak murid Yun Jun, dia hanya berumur lapan tahun. Selepas belajar di Kaum Awan Berkabus selama lima tahun, dia telah banyak berubah. Sebelum ini, dia hanyalah seorang budak tetapi hari ini dia sudah menjadi seorang remaja yang berbakat!"

"Huh… Nama dia ialah Nalan Yanran."

"Pak Cik Xiao, Saya sudah lama tidak datang untuk melawat. Ia adalah salah saya jika pak cik tidak kenal saya." Nalan Yanran berkata manis.

"Hehe, Yanran, saya dengar awak telah menjadi anak murid Yun Jun. Pada masa itu, saya ingat itu khabar angin sahaja, tapi sekarang terbukti ia benar. Awak mesti mempunyai bakat yang istimewa…" puji Xiao Zhan.

"Nasib baik sahaja…" senyum Yanran. Dia mula berasa tidak selesa lalu menarik jubah Ge Ye dengan tangannya di bawah meja.

"Hehe, Ketua Xiao, permintaan saya adalah berkaitan dengan Yanran. Tambahan pula, ini adalah ditentukan oleh ketua kaum kami…" Ge Ye kekal senyum tetapi apabila menyebut ketua kaum, muka dia bertukar serius dan senyumannya berkurang.

"Macam Ge Ye, Xiao Zhan berhenti tersenyum. Ketua kaum merupakan salah seorang yang penting di seluruh Empayar Jia Ma. Xiao Zhan, seorang ketua puak yang kecil tidak berani menimbulkan masalah. Dengan kuasa hebat dia, apa yang Xiao Zhan boleh bantu? Ge Ye kata bahawa ia berkaitan dengan Yanran, kan?

Fikiran Xiao Zhan mula melayang sambil sudut bibirnya mula mengetap dan tangannya mula menggeletar. Nasib baik tangan Xiao Zhan ditutup oleh lengan bajunya yang panjang. Berwaspada dengan jawapannya, Xiao Zhan bertanya: "Encik Ge Ye, sila beritahu saya apa permintaan ketua kaum?"

"Err…" Ge Ye keberatan tetapi dia tahu ketua kaum suka sangat dengan Yanran lalu dia pun berkata: "Ketua Xiao, awak tahu berapa ketat peraturan kaum kami. Tambahan pula, ketua kaum menyanjungi tinggi terhadap Yanran, malah, ketua kaum berharap Yanran akan menjadi ketua kaum kami yang seterusnya. Bagaimanapun, disebabkan oleh peraturan istimewa di kaum kami ialah seseorang ketua kaum tidak boleh mempunyai sebarang hubungan dengan lelaki sebelum menjadi ketua kaum yang rasmi…"

Selepas menarik nafas yang dalam, Ge Ye terus berkata: "Apabila ketua kaum dapat tahu bahawa Yanran mempunyai lamaran perkahwinan dengan Puak Xiao, ketua kaum meminta untuk Ketua Xiao… tolong membatalkan perkahwinan ini."

"KA!" cawan jed di tangan Xiao Zhan segera menjadi habuk.

Dewan utama tersebut menjadi sunyi. Ketiga-tiga tokoh kanan tertinggi terkejut dengan permintaan Ge Ye tetapi seketika lepas itu, mereka menjeling ke arah Xiao Zhan dengan riak sindiran.

'Hehe, bagaimana nak jawab ini?' fikir ketiga-tiga tokoh kanan tertinggi tersebut.

Beberapa orang budak tidak tahu tentang perjanjian perkahwinan di antara Xiao Yan dan Nalan Yanran, tetapi selepas bertanya dengan ibu bapa mereka, muka memahami! Mereka memandang Xiao Yan penuh dengan jijik…

Melihat muka gelap Xiao Zhan, Nalan Yanran menundukkan kepalanya dan memicit semua jarinya sekali.

"Ketua Xiao, saya tahu permintaan ini adalah tidak munasabah, tetapi ketua kaum telah memohon untuk pembatalan ini, jadi tolong batalkan perkahwinan tersebut…" Ge Ye ber bisik ke telinga Xiao Zhan.

Tangan Xiao Zhan digenggam kuat. Dou Qi hijau mula muncul daripada badannya dan membentuk seekor kepala singa di depan muka Xiao Zhan.

Kaedah Qi Rahsia Puak Xiao: Keberangan Singa Mengamuk! Tahap: Xuan Sederhana!

Melihat reaksi Xiao Zhan, muka Ge Ye juga menjadi serius. Dia bergerak untuk meletak Yanran di belakangnya. Dou Qi berwarna hijau juga mula berkumpul di dalam tangannya yang menyerupai kuku helang. Dou Qi yang dilepaskan adalah kecil tetapi mempunyai bayangan pedang-pedang tajam.

Kaedah Qi Kaum Awan Berkabus: Pedang Kayu Hijau! Tahap: Xuan Rendah!

Di dalam dewan utama tersebut, anak-anak muda yang lebih lemah mula merasa dada mereka menjadi tegang dan muka mereka menjadi pucat apabila Dou Qi dua tokoh itu dibebaskan.

Apabila nafas Xiao Zhan menjadi lebih beremosi, ketiga-tiga tokoh kanan di situ menjerit! Suara mereka seperti kilat yang telah menyapu seluruh dewan tersebut: " Xiao Zhan, HENTI! Awak jangan lupa awak adalah ketua puak untuk Puak Xiao!"

Xiao Zhan kaku dan Dou Qi di badan dia mula hilang secara perlahan…

Xiao Zhan jatuh di atas kerusinya dan dengan tidak bermaya melihat Yanran yang masih menundukkan kepalanya. Akhirnya, dengan suara yang garau: "Awak sangat berani, Nalan. Saya sangat cemburu dengan Nalan Su yang mempunyai anak perempuan sebegitu."

Nalan Yanran merengus: "Pak Cik Xiao…"

"Tidak! Panggil saya Ketua Puak Xiao dari sekarang. Saya tidak berhak dipanggil Pak Cik; awak adalah Ketua Kaum Awan Berkabus yang akan datang. Pada masa depan, awak mungkin akan menjadi orang penting di Tanah Besar Dou Qi. Xiao Yan saya hanyalah seseorang yang sederhana, dia tidak berhak bersama dengan awak…"

"Terima kasih Ketua Puak Xiao." Muka Ge Ye menjadi tenang lalu berkata: "Ketua Puak Xiao, ketua kaum faham bahawa permintaan hari ini adalah tidak sopan. Jadi, dia telah mengarahkan saya untuk membawa sesuatu untuk awak. Sila terima hadiah ini sebagai tanda maaf daripada ketua kaum kami."

Ge Ye menyentuh cincin yang dipakainya dan tiba-tiba sebuah kotak jed hijau muncul di atas tapak tangannya…

Membuka kotak itu dengan was-was, satu aroma yang wangi boleh dibau di seluruh dewan utama tersebut. Sesiapa yang bau aroma itu menjadi tenang.

Ketiga-tiga tokoh kanan tertinggi di dewan itu pun melihat isi di dalam kotak itu: "Serbuk Pengumpul Qi?"