Di dalam lembah kecil yang terasing itu, Xiao Yan dan Doktor Pari-Pari hidup dengan aman. Satu berlatih kuat dalam Dou Qi sementara satu lagi belajar Buku Racun dengan tekun. Mereka berdua tidak mengacau antara satu sama lain dan hari-hari yang aman ini sangat memuaskan hati.
Mencapai Dou Shi lebih sukar dari yang disangka oleh Xiao Yan. Selepas berlatih di lembah itu hampir setengah bulan, walaupun Dou Qi dalam badan dia menjadi lebih kuat dan padu, perasaan memajukan diri ke peringkat seterusnya tidak muncul. Untuk ini, Yao Lao berkata untuk bersabar kerana semua mengikut kehendak takdir.
Untuk kata-kata Yao Lao yang berkias dan mengelirukan, Xiao Yan terasa tidak bermaya. Walau bagaimanapun, dia juga berhenti melatih Dou Qi sentiasa secara beransur-ansur dan akan melatih Teknik-teknik Dounya atau mempelajari bagaimana untuk mengenali tumbuh-tumbuhan ubatan pelik di dalam lembah di bawah bimbingan Yao Lao.