Terdapat sebuah medan dibina daripada batu granit licin di luar Menara Pil. Biasanya, aliran manusia tidak akan berhenti di sekeliling tempat ini. Tempat ini juga adalah sebuah tempat Bandar Pil Suci menghimpunkan orang ramai.
Bagaimanapun, aliran manusia yang sepatutnya bergerak pada waktu ini telah terhenti di sini. Ada sebuah kawasan kosong di bahagian tengah orang-orang ini. Hampir seratus orang sedang berdiri tegak di kawasan kosong itu. Aura-aura dingin tersebar samar daripada mereka lalu menyebabkan air muka agak ramai orang berubah. Seseorang boleh lihat orang-orang di tempat ini bukan calang-calang orangnya. Jelas, mereka penuh niat jahat melihatkan cara mereka tiba di tempat ini.
"Mereka adalah orang-orang dari Kaum Xuan Dalam?"
"Mungkinkah tokoh berpakaian kelabu yang memimpin mereka adalah Ketua Kaum Xuan Dalam, Chen Tian Nan? Sungguh tidak dijangkakan orang tua itu pun datang. Apa rancangan mereka?"