Kesejukan dan kegelapan di sekeliling menyelubungi mereka berdua semasa berjalan di dalam gunung gua yang sunyi itu. Di dalam kesunyian itu, hanya langkah kaki mereka berdua sahaja yang kedengaran.
Suasana sekeliling menyebabkan Doktor Pari-pari tanpa sedar memeluk dirinya sendiri. Dia mendongak dan melihat Xiao Yan berjalan perlahan di hadapannya. Selepas teragak-agak seketika, dia melajukan langkah dan mengikut rapat di belakang lelaki itu. Dalam persekitaran ini, hanya pemuda ini yang membuatkan dia berasa selamat.
Selepas berjalan selama lebih 10 minit di dalam atmosfera senyap itu, Doktor Pari-pari mula berasa tidak tahan dengan atmosfera sunyi-sepi itu. Pada ketika itu, tiba tiba, pemuda di depannya berhenti secara tiba-tiba.
"Ah…" Doktor Pari-pari lambat bertindak dan melanggar belakang tubuh Xiao Yan dengan perlahan.