Empat pengawal elven itu membawa budak tersebut ke pusat bandar. Marvin tidak tahu nama budak tersebut.
Ollie terus beredar dengan cepat kerana dia mempunyai tugas untuk menjaga Hutan Thousand Leaves. Dia perlu bertindak segera untuk menangkap Penjahat Jalan Merah yang menyelinap masuk yang tidak gentar untuk melakukan pembunuhan di sini.
Walaupun dia bukan lawan pihak musuh itu tetapi dia terpaksa lakukannya.
Dua pengawal yang ditinggalkan itu diarahkan untuk mengiring putera kembali ke wilayah Gergasi Batu.
Tiada siapa yang berani melawan perintah Nicholas termasuk Ollie sendiri.
Tetapi Ivan melihat dua pengawal elven itu dengan perasaan simpati, "Kau ada buat salah kepada Ollie? Perempuan fikiran sempit itu?"
"Tenang," Ivan berkata.
"Bang!" Pedang besi dilontarkan ke tanah.
"Jangan cakap aku membuli kau semua. Aku tidak bersenjata sekarang. Ini peluang kau semua."
Terpaksa menangkap putera sendiri merupakan perkara yang sukar, tetapi apa yang membuatkan mereka rasa lebih tertekan disebabkan putera mereka ini seorang genius yang telah mencapai peringkat Separuh-Legenda 30 tahun yang lepas.
Walaupun sebahagian dari kuasanya telah dikunci oleh Nicholas, tetapi tetap tidak dapat diuruskan oleh dua orang ahli Pengawal Elven Iron sahaja.
Ivan bertanya adakah mereka ada buat kesalahan terhadap Ollie.
Ketika kedua-dua belah pihak berbalah, Ivan bergerak sepantas kilat dan merampas senjata dari salah satu pengawal tersebut!
…
"Eh?"
Marvin yang sedang menyelongkar barang dari mayat Black Jack terkejut melihat kejadian tersebut berlaku.
Pergerakan itu sungguh menakjubkan…
Merampas senjata dari tangan seseorang merupakan kemahiran yang sangat hebat!
Tangan yang bertemu pedang. Hanya orang yang banyak pengalaman sahaja faham betapa bahayanya tindakan ini. Mata pedang yang tajam tidak akan memberi belas kasihan kepada kulit.
Tetapi gerakan Ivan sangat lancar ketika merampas senjata dengan gerakan tangan yang nampak mudah.
Perkara paling penting ialah dia lakukan pergerakan ini dengan bersahaja dan relaks.
"Memang layak menjadi Putera Elven, mungkin memang kemahiran semula jadi…" Marvin meneka.
Dia pernah melihat kemahiran yang sama dari Pendeta dan Peninju tetapi tidak pernah melihat seseorang yang mampu lakukannya dengan sangat mudah.
Ketika putera elven sedang mempermainkan dua pengawal elves itu, Marvin sudah selesai menyusun barang yang dia jumpa dari badan Black Jack.
Black Jack merupakan seseorang yang berhati-hati. Hampir kesemua barangnya disimpan di item penyimpanan.
Item penyimpanan juga dilengkapi dengan alat binasa sendiri. Selepas Black Jack mati, semua kelengkapan di dalam dimensi item penyimpanan dimusnahkan secara automatik. Semua item terbang di ruangan.
Walaupun begitu, Marvin masih dapat mencari beberapa barang dari Black Jack.
Pertama, pisau belati yang digunakannya. Pisau belati kembar itu beberapa kali ganda lebih berat dari pisau belati biasa. Dalam cabang kenaikan pangkat Renjer, hanya [Pembunuh Gelap] saja mempunyai kekuatan untuk menggunakan pisau belati itu. Walaupun Marvin tidak dapat menggunakannya, dia masih tetap menyimpannya di dalam conch kosong. Ini kerana dia boleh menjadikannya sebagai hadiah atau menjualnya nanti.
Kualiti pisau belati kembar yang dikenali sebagai [Kemusnahan] ini tidak banyak berbeza dengan [Taring].
Kemudian terdapat kantung yang dibuat dari kulit biawak air. Kantung ini sangat lembut dan disorokkan dengan dengan baik oleh Black Jack sendiri. Mungkin kantung ini sangat istimewa baginya. Kemungkinan ia pemberian dari seseorang kepadanya… Sudah tentu ini hanya tekaan Marvin sahaja.
Kulit biawak air ini kalis api. Sebab itu ia tidak rosak. Ketika mayat itu terbakar, Marvin sudah anggap semua item yang bernilai tidak berbakar, dan hanya item tak berguna saja akan terbakar.
Tetapi apabila Marvin membuka kantung tersebut, dia terperanjat dengan jumlah emas ahli sihir yang terkandung di dalamnya!
"Walaupun aku tahu kantung kulit biawak air ini boleh diisi dengan emas yang banyak kerana kesannya yang bagus…"
"Dan Black Jack sebagai pembunuh selama ini telah memperoleh habuan yang banyak…"
"Tetapi…"
Marvin melihat isi di dalam kantung tersebut sehingga terkedu.
"Tetapi bukankah 200 emas ahli sihir jumlah yang tak masuk akal?!"
Ini bernilai 200000 perak!
Kumpulan perdagangan mana Black Jack rompak sehingga ada wang sebanyak ini?
"Tunggu sebentar…"
Marvin terus berfikir sesuatu. Bukankah Black Jack asalnya ahli Lelabah Bayang, tetapi dia mengambil keputusan untuk naik pangkat sebagai Penjahat Jalan Merah… Ini bermaksud dia telah mengkhianati Lelabah Bayang.
Bagi ahli pengkhianat Lelabah Bayang yang tinggalkan mereka, pengakhiran mereka ialah mati dibunuh.
"Dia mempunyai wang yang banyak… Jangan cakap dia telah mencuri dari cawangan Lelabah Bayang?"
Marvin terus menghubungkan titik informasi yang dia tahu.
Walau apa yang terjadi, wang sebanyak ini memang sangat berguna kepada dia sekarang. Sekurang-kurangnya dia boleh meringankan beban masalah kewangan Lembah White River.
Walaupun emas ahli sihir ini sangat bernilai sebelum terjadinya Bencana Besar, ia akan merosot selepas itu. Oleh sebab itu dia perlu gunakan wang ini secepat mungkin.
Selain dari kantung ahli sihir, Marvin juga terjumpa seketul emas dengan cat merah. Ini token Penjahat Jalan Merah.
Item yang terakhir ialah rantai leher luar biasa.
Rantai leher Marvin adalah Tanda Bulan yang memberikan penglihatan ketika ada sinaran bulan. Tetapi dia sudah ada Darksight. Oleh itu Tanda Bulan ini tiada manfaat untuk dia gunakan lagi.
Efek rantai luar biasa ini nampak tidak hebat, hanya berikan 3 kali [Clean] satu hari. Item ini pasti sangat disukai buat wanita.
Ketika Marvin masih rasa ragu sama ada untuk memakai atau tidak, dia telah terjumpa sesuatu yang tidak dijangka!
Semua permata kecil di rantai leher ini berwarna hitam kecuali permata di tengah yang berwarna putih.
Di dalam permata putih itu, terdapat ikan kecil yang berenang di dalam. Tetapi jika diamati dengan teliti dalam jangka masa yang lama, mereka akan perasan ini merupakan ilusi dan tiada ikan kecil.
Marvin terus rasa teruja ketika melihat permata putih itu.
Inspect!
[Inspect (35) digunakan…]
[Inspect gagal…]
[Keputusan Inspect: Permata ini mempunyai asal usul yang menakjubkan atau tiada apa-apa sejarah. Jika anda ingin tahu lebih lanjut, anda perlu mencari jurunilai permata untuk mendapatkan pendapat beliau.]
Inspect gagal!
Marvin tersenyum.
Dia tidak sangka akan terjumpa permata putih ini di sini!
Marvin sangat kenal dengan benda ini. Jika dia tidak silap, permata ini ialah salah satu kunci rahsia untuk ke [Pulau Cursed Pearl]!
Terdapat 6 permata yang sama berselerak di Teluk Jewel.
Ketika Marvin mengumpulkan enam permata ini, dia telah membayar duit yang banyak kepada pemain warga asing untuk membeli permata terakhir. Pemain tersebut bermati-matian tidak ingin memberitahu di mana dia jumpa permata itu.
Ikan yang berenang itu… Marvin memang dapat pastika ini ialah permata ke-6!
Pulau Pearl, Pulau Pearl, walaupun ia sebuah pulau sumpahan tetapi terdapat banyak harta karun di sana!
Terutama sekali item legenda!
"Nampaknya Teluk Jewel terpaksa di tambah ke dalam senarai tempat yang aku kena pergi!"
Marvin menyimpan permata ke-6 itu.
…
"Memang membosankan. Mereka sudah tahu kesannya tetapi masih melawan. Mereka ini telah dicuci otaknya oleh orang tua ketinggalan zaman itu."
Ivan dengan mudah menumpaskan dua pengawal elven iron itu dan tidak lupa menasihati mereka.
Marvin berdiri di situ sambil merenung Putera Elven, "Terlalu kasar bila bercakap dengan perempuan yang cintakan kau itu, bukankah ini perkara yang tidak patut?"
Ivan terus terkaku dan melihat terus kepada Marvin. "Budak, macam mana kau tahu?"
"Orang bodoh pun boleh perasan bagaimana air muka Ollie yang sangat jelas melihat kau ketika itu," Marvin berkata.
"Oh, budak yang berbakat," Ivan ketawa. "Ollie seorang budak perempuan baik, rupanya juga boleh dikatakan antara paling cantik."
Marvin mengangguk tanda setuju.
Ivan menambah lagi, "Oleh itu, jika kau tidak mahu dia mati di tangan Penjahat Jalan Merah, kau perlu tunjukkan kekuatan yang sebenar."
"Bantu aku cari Penjahat Jalan Merah."
Marvin berkerut. "Apa maksud kau?"
"Tidak payah kau berpura-pura lagi." Mata Ivan terus bersinar. "Aku dapat lihat rahmat dari Raja Malam di badan kau."
"Kemahiran [Night Tracking] boleh bantu aku menjejaki musuh itu."
"Kalau tidak kenapa aku tunggu sehingga waktu larut malam."
Waktu sudah malam ketika itu.