"Memang layak dia menjadi Putera Elven. Aku tidak sangka dia boleh melihat rahmat yang aku terima…"
Marvin rasa terkejut.
Ketika dia naik pangkat kepada Perantau Malam, dia memang menerima rahmat tambahan dari Raja Malam tetapi orang tua tukang besi itu sendiri juga tidak perasaan akan hal ini.
Tetapi Ivan dapat mengecam rahmat istimewa itu dengan sekali pandang.
"Tidak perlu rasa was-was." Ivan tersenyum. "Kita berdua telah terima rahmat dari dewa elven kuno. Sebab itu aku dapat mengecam beberapa benda."
"Agak sukar bagi orang lain untuk mengesan abiliti istimewa kau. Kau seorang budak yang mempunyai masa depan cerah."
Marvin berkerut dan berkata dengan kasar, "Jika kau mahu pertolongan aku, tolong berhenti menggunakan perkataan 'Budak'."
"Lelaki yang berpura-pura matang, tidak kira walau apa usia dia memang dibenci," Marvin berkata.
Ivan tidak kisah. "Sudah tentu. Apa patut aku panggil kau?"
"Marvin."
Marvin melihat warna di langit sambil berkata, "Keadaan di langit masih tidak cukup gelap, aku tidak dapat gunakan kemahiran aku lagi."
"Memang leceh jadi Perantau Malam," Ivan memberi komen dan berkerut. "Banyak abiliti yang hanya boleh digunakan ketika waktu gelap sahaja."
"Sementara itu aku harap kau dapat mengajar aku muslihat tadi dulu."
Marvin terus menyatakan permintaan dia kepada Ivan, "Muslihat yang kau gunakan untuk merampas senjata elf itu."
Ivan membuat wajah terkejut buat pertama kali. Selepas itu dia berfikir seketika dan terus bertanya, "Adakah ini satu pertukaran?"
"Hampir." Marvin berkata dengan suara perlahan, "Jika aku bantu kau mencari Penjahat Jalan Merah, aku terpaksa berdepan dengan risiko yang tinggi."
"Risiko?" Ivan mengangkat kening. "Kau rasa aku bukan saingan dia?"
"Bukan begitu." Tidak diduga jawapan Marvin ialah negatif. "Risiko sebenar ialah kau."
"Jika Raja Elven Agung dapat tahu aku bantu kau, siapa dapat jangka apa yang akan berlaku nanti," Marvin berkata sambil mengangkat bahu.
Ivan tersenyum sambil menggelengkan kepala dengan perasaan keseorangan, "Betul kata kau."
"Orang seperti aku tidak patut masuk campur. Malangnya… Aku juga membesar di Hutan Thousand Leaves."
"Bagus, aku akan ajar kau muslihat itu sebelum langit menjadi betul-betul gelap!"
"Ia bergantung kepada persepsi kau sama ada dapat mempelajari atau tidak!"
Pergelangan tangan Ivan melibas di kabus yang tebal untuk merampas Taring di tangan Marvin yang masih tidak bersedia ketika itu.
Marvin terasa sakit seperti dicucuk di pergelangan tangan tetapi matanya tetap bersinar!
…
Akhirnya langit sudah menjadi gelap-gelita setengah jam kemudian.
Kemahiran bonus yang diterima Marvin iaitu [Night Tracking] akhirnya diaktifkan.
[Summon Night Crow] juga bernyala. Semua atributnya meningkat 10% dari kekuatan asal.
Walaupun Ivan nampak seperti tidak boleh diharapkan tetapi dia memang seorang yang pandai mengajar.
Dia mengajar Marvin dengan bersungguh-sungguh cara untuk merampas senjata musuh. Tetapi putera elven ini tidak pernah berharap Marvin dapat mempelajari kemahiran yang sukar ini dengan pantas.
"Masih tidak ingat? Perkara paling penting dari teknik ini datang dari libasan dan juga merampas!"
"Sebab itu kau perlu belajar bagaimana untuk menggunakan semua jenis senjata. Hanya tahu pisau belati saja tidak boleh. Macam mana jika musuh kau menggunakan pedang dua tangan? Mungkin kau boleh memaksa dia melepaskan senjata tetapi kau tidak akan mampu merampas kerana kau tidak pernah menggunakan pedang!"
"Kemahiran ini bukan mudah untuk digunakan. Sekurang-kurangnya kau perlu mendapatkan gelaran mahaguru senjata."
Muka Ivan terus tersenyum.
Bagaimanapun Marvin masih lagi tenang mendengar dan cuma mengangguk.
[Anda telah memahami sebahagian dari kemahiran istimewa semasa berlatih… Edge Snatch (1/10)]
…
[Anda telah memahami sebahagian dari kemahiran istimewa semasa berlatih… Edge Snatch (7/10)]
…
[Anda telah menggunakan teknik kemahiran ini dengan lancar semasa berlatih tanpa henti – Edge Snatch. Agihkan 1000 exp pertempuran untuk jadikan kemahiran individu?]
[Exp pertempuran digunakan, anda telah dapatkan kemahiran individu – Edge Snatch]
[Edge Snatch (20)]
[Anda telah menerima tunjuk ajar yang bagus dari Mahaguru Senjata, menyebabkan pemahaman anda terhadap kemahiran Edge Snatch meningkat. Edge Snatch +1]
[Anda telah menerima tunjuk ajar yang bagus dari Mahaguru Senjata, menyebabkan pemahaman anda terhadap kemahiran Edge Snatch meningkat. Edge Snatch +1]
…
Walaupun cacian dari Ivan memang tidak terlawan, tetapi cara dia mengajar sangat efektif. Setiap kali dia berkata sesuatu, level kemahiran Edge Snatch pasti akan meningkat satu mata!
Oleh itu Marvin selalu berharap Ivan akan berkata lagi.
Tetapi langit sudah menjadi gelap-gelita dan Ivan akhirnya berhenti dari membebel.
Marvin dengan sedih melihat nilai kemahiran Edge Snatch berhenti pada nilai 40. Lelaki itu hanya perlu membebel sahaja dan kemahiran Marvin akan meningkat dengan pantas. Rasanya nilai kemahiran Edge Snatch Ivan sekurang-kurangnya pada nilai 150!
Ini bukan datang daripada mengajar nilai kemahiran tetapi bergantung sepenuhnya kepada pemahaman kemahiran ini.
Marvin tidak rasa cemburu sebenarnya kerana Marvin tahu terdapat banyak orang genius di dunia ini seperti Penyihir Takdir atau lelaki ini.
Walaupun dia telah dibuang negara oleh Nicholas, tetapi Putera Ivan merupakan antara yang harapan tinggi di kalangan elves di Feinan untuk naik pangkat kepada [Elven War Saint].
Ayahnya sendiri juga terpaksa mengaku Ivan mempunyai bakat yang jarang ditemui di dunia ini.
…
"Bagus, langit sudah gelap-gelita sekarang." Ivan menjadi serius. "Kita telah bazirkan banyak masa. Pasti ramai orang tidak bersalah yang akan mati jika kita gagal mencari Penjahat Jalan Merah di Hutan Thousand Leaves."
Marvin mengangguk dan bertanya dengan rasa was-was, "Penjahat Jalan Merah ada knowledge compass. Ia tetap mampu menyorok dari persepsi kami walaupun hanya sedikit sahaja."
"Atau perkara ini akan menjadi leceh. Jika orang tua panas baran itu sampai, agak sukar bagi kita untuk memberi alasan kepada dia."
Marvin mengangguk.
Dia terus mengeluarkan token Penjahat Jalan Merah yang dia dapat dari badan Black Jack dan terus menggunakan Night Tracking.
Persepsinya terus meningkat dengan tinggi. Dia menggunakan token ini sebagai penanda dan lihat di persekitaran jika ada apa-apa petunjuk.
Tidak lama kemudian, persekitaran Marvin bertukar menjadi hijau.
Satu jalan merah mula muncul di depannya.
"Situ!" Marvin terus menunding ke satu arah dan meluru ke sana.
Mata Ivan bersinar dan dia terus mengangkat pedang usang dan terus mengikut.
…
Di dalam hutan, terdapat dua orang yang terus mara ke hadapan.
Ketika dalam perjalanan, Marvin bertanya kerana ada rasa ingin tahu.
"Kenapa kau dibuang negara?"
Ivan membalas, "Ayah aku mahu aku berkahwin dengan Ollie tetapi aku sudah cakap aku tidak cintakan dia."
"Bukankah kau boleh cari yang lain? Pasti ada gadis elven yang sesuai untuk kau di Hutan Thousand Leaves," Marvin berkata dengan spontan.
"Bukan," Ivan berkata. "Masalah itu bukan sebab Ollie."
"Dia seorang gadis yang baik dan bertanggungjawab."
"Tetapi malangnya… Aku tidak suka perempuan."
Marvin berasa sangat terkejut.
"Celaka! Ini punca kenapa Putera Elven ini dibuang negara?"
Sebelum sempat Marvin pulih dari kejutan itu, Marvin perasan terdapat sesuatu di depan!
"Hati-hati! Kita semakin hampir!" Marvin berkata dengan suara perlahan sementara masih lagi rasa terkejut.