Terdapat dua orang yang sedang menghampiri di dalam kegelapan malam.
Mereka berdiri sebelah-menyebelah di atas dahan pokok yang besar. Terdapat satu lelaki baju warna hitam berdiri di dalam lubang pokok tidak jauh dari situ. Dia tidak bergerak dan matanya tertutup.
Terdapat api yang membara di depan dia. Marvin pasti tidak akan perasan jika dia tidak ada darksight.
Night Tracking memang sangat hebat. Asalkan seseorang itu ada item yang ada kaitan dengan musuh, Marvin dapat menjejak lokasi musuh yang melarikan diri itu.
Tetapi kemahiran ini menggunakan stamina yang banyak. Marvin terpaksa menggunakan dua kali ganda stamina daripada biasa untuk menggunakan ini!
Marvin terus menghentikan Night Tracking selepas menjumpai sasaran tersebut.
Penjahat Jalan Merah ini tidak menggunakan sebarang kemahiran menyorok dan sedang berehat.
"Karel si pengkhianat." Mata Putera Elven merenung tajam seperti kenal lelaki tersebut.
"Karel?" Marvin bertanya dengan suara perlahan, "Kau kenal dia?"
"Sudah tentu, 20 tahun yang lepas dia masih lagi seorang kapten Pengawal Elven Iron." Ivan merenung dingin ke arah Karel yang sedang duduk di dalam lubang pokok dengan perasaan berbelah bahagi.
"Tidak semua boleh terima pemerintahan kuku besi Nicholas itu. Karel seorang elf yang sukakan kebebasan. Potensi dia sangat tinggi tetapi dia telah dilatih oleh Nicholas menjadi senjata perang. Akhirnya dia tidak tahan dengan kehidupan sebegitu dan memilih untuk mengkhianati kami."
"Dia memilih untuk menjadi Penjahat Jalan Merah dan jatuh ke lembah durjana. Banyak elves yang telah terkorban sepanjang masa ini."
"Ketika dia mengkhianati kami, dia telah membawa lari serpihan item suci bangsa elven iaitu [Knowledge Compass]. Oleh sebab itu, Nicholas sukar untuk mencari jejak dia."
"Aku hanya bernasib baik terserempak dengan dia ketika dia melalui wilayah Gergasi batu."
Ivan berkata dengan serius, "Karel seorang yang sukar diuruskan. Baik kau pergi menyorok dulu."
"Biar aku uruskan dia."
Marvin mengangguk.
Dari apa yang Marvin lihat, lelaki ini memang berbeza dengan Black Jack yang dalam proses kenaikan pangkat. Karel seorang pemilik kelas pangkat ke-3 yang sebenar.
Marvin pasti akan mati jika tidak berhati-hati dengan lelaki ini!
Dia memilih lokasi yang sesuai untuk perhatikan pertarungan yang bakal berlaku dan menggunakan Hide.
Walaupun nilai kemahiran Hide dia tidak tinggi, tetapi sejak dia naik pangkat sebagai Perantau Malam, semua kemahiran dapat menonjolkan kesan maksimum pada waktu malam.
Tidak lama kemudian, badan dia terus bercantum dengan dahan oak.
Memang sukar untuk menangkap Marvin jika seseorang itu tidak mempunyai persepsi sekurang-kurangnya 20 mata.
Dan Penjahat Jarang Merah jarang mempunyai persepsi yang tinggi.
…
Selepas Ivan memastikan Marvin menyorok dengan baik, dia tidak memilih untuk menyerang hendap. Sebaliknya terus meluru untuk berdepan!
Dalam sekelip mata, jarak di antara mereka berdua telah menjadi kurang dari 50 meter.
Di dalam pokok itu, Karel mengangkat kepala sambil memegang kompas hitam.
"Ivan!"
"Kau rupanya!"
Karel tersenyum. "Kau dan aku serupa, kita berdua telah dibuang negara oleh Nicholas. Kenapa kau muncul di sini?"
Ivan ketawa sambil membalas, "Untuk bunuh kau."
"Kita genius yang telah disekat oleh Nicholas. Kenapa perlu kita berdua berbunuhan antara satu sama lain?" Karel membalas dengan dingin. "Kau masih lagi keras kepala. Kau tidak ada dendam selepas berada dalam buangan selama 30 tahun ini?"
"Walaupun kumpulan batu berfikiran lurus, tetapi sebenarnya agak menyeronokkan."
Muka Ivan masih lagi malas tetapi pedangnya telah menghala ke Karel yang berada di dalam pokok itu.
"Aku tidak perlu ajak kau datang ke sini, betul tak?"
Karel membalas dengan tenang, "Aku tidak mahu keluar."
"Oleh itu biar aku masuk ke sana!" Ivan terus menerpa dengan laju dan terdapat juga tekanan menakutkan yang datang dari pedang usang itu.
Dalam masa sekelip mata, seluruh hutan mula bergema dan bergetar!
…
"Ini adalah… Peerless Sword Aura!"
Marvin mempunyai mata yang tajam dan dapat meneka pangkat Ivan dalam sekelip mata!
Memang layak mitos mengenai dia yang mampu mencapai pangkat Elven War Saint! Marvin mengagak Karel tidak akan dapat menangkis serangan itu.
Tetapi pada saat pedang Ivan semakin hampir untuk menetak pokok itu, Karel tiba-tiba ketawa dengan besar!
Ruangan di antara dua lelaki tersebut mula berubah-ubah.
Ruangan di antara mereka mula menjadi berlapis-lapis dan memintal.
"Magik Ruangan?" Mata Marvin berkelip.
Dia mula terasa satu alamat buruk!
Karel ini sudah lama bersedia!
Tetapi dalam sekelip mata, kelibat Ivan kaku di tempat itu. Satu sinaran mula terpancar dari tangan Karel.
Knowledge Compass!
Ia merupakan salah satu item mistik aneh yang diberikan kepada bangsa elven oleh dewa pengetahuan. Orang luar tidak akan dapat faham kuasa divine ini!
Serpihan knowledge compass itu terapung di udara dan cahayanya mula bercantum dan akhirnya membentuk simbol heksagon.
Ivan berada di dalam simbol itu dan tidak dapat bergerak.
Karel mula bangun dengan perlahan. "Walaupun kau tahu aku ada knowledge compass, kau masih lagi berani untuk mara seperti ini. Kau memang terlalu yakin dengan diri sendiri."
"Aku tahu Knowledge Compass ini tidak dapat menyekat kau buat masa yang lama. Kau merupakan antara yang ada peluang untuk naik pangkat sebagai War Saint. Tapi biar aku ajar kau cukup-cukup hari ini."
"Keangkuhan pasti ada padahnya."
Ivan kelihatan tenang walaupun masih lagi kaku di dalam perangkap itu.
Nampak sangat jelas dia memang tahu abiliti yang ada pada knowledge compass tetapi masih tidak gentar dengan kehebatannya!
Dia ada cara untuk melepaskan diri dan hanya perlukan sedikit masa.
Tetapi wajahnya terus berubah dengan tiba-tiba!
Karel telah keluar dari dalam pokok tersebut.
"Bang!" Lubang di dalam pokok itu meletup dan serpihan pokok itu bertaburan di tanah.
Terdapat banyak mayat pengawal elven iron di dalam lubang pokok yang besar itu!
Hanya ada seorang gadis elven saja yang masih hidup. Helmetnya telah ditanggalkan dan dia telah diikat dengan ketat sambil mulutnya disumbatkan dengan kain yang tebal.
Ollie!
Ivan terus naik berang!
Dia tahu dirinya telah masuk ke dalam perangkap. Ollie dapat mencari Karel tetapi telah ditangkap. Karel pasti telah melakukan persediaan.
Dia telah bunuh semua elves yang ditangkap kecuali Ollie untuk dijadikan sebagai tebusan. Agak masuk akal.
Tidak ramai yang mampu mencederakan dia dalam seluruh Hutan Thousand Leaves. TIdak kira sama ada Nicholas yang persepsinya ditipu itu atau Putera Elven Ivan. Mereka hanya mampu melihat Ollie mati sahaja.
Sebab itu dia menggunakan keangkuhan Ivan untuk merancang perangkap ini.
Knowledge compass mampu memerangkap Ivan selama 3 minit.
Tetapi Ivan tidak dapat menggangunya dalam masa tiga minit ini!
Dia tidak sangka Ollie dapat menjumpai jejak Karel. Malangnya nasib.
…
"Aku sebenarnya ingin jadikan kau sebagai tebusan lagi," Kata Karel dengan rasa sedikit hampa.
"Malangnya, aku terpaksa mengubah fikiran."
"Pada masa dulu, aku memang cintakan kau, Ollie. Tapi kau hampakan aku. Kau boleh suka lelaki pengecut ini!?"
"Sudahkah kau lupa apa yang dia cakap di depan Nicholas? Di hadapan semua keluarga bangsawan elves pokok, dia membuat pengakuan tidak sukakan perempuan. Dan kau masih lagi mahu pertahankan dia!"
"Ini tidak bagus. Aku memang sangat cemburu."
Karel ketawa dan mula keluarkan sabit yang menakutkan dari dalam celah baju di tangan!
"Aku tidak mempunyai peluang untuk membalas dulu sebelum ini, tetapi hari ini aku akan biarkan kau mati di depan orang yang kau cintai itu. Selepas berfikir, aku memang seorang yang murah hati."
Sabit itu dihalakan ke leher Ollie.
Ollie hanya melihat kepada Ivan. Dari matanya boleh dilihat perasaan panik, takut dan juga sedih tetapi selepas itu bertukar menjadi tenang.
Dia menatap kepada Ivan tanpa henti.
Ivan merenung tajam kepada Karel.
"Jangan buat macam itu. Nampak sangat macam aku ini penjenayah." Karel tersenyum dan sabit itu mula bergerak perlahan untuk memotong leher Ollie!
Tetapi pada masa itu, satu kelibat manusia muncul dari kegelapan dan menghentam pinggang Karel dengan kuat!
Karel terperanjat tetapi dia bertindak balas dengan pantas menghunus ke tepi dengan sabitnya.
Kelibat itu tidak sempat melarikan diri dan akhirnya terbelah dua akibat ditetak oleh sabit itu!