Marvin mula merancang untuk melakukan tindakan ketika Karel mula menonjolkan rahsianya.
Ketika Ollie muncul bersama banyak mayat pengawal elven iron yang lain, dia tahu dia tidak boleh terus bersembunyi lagi.
Ivan perlukan masa untuk melepaskan diri daripada perangkap knowledge compass itu.
Marvin boleh bantu melengahkan masa.
Marvin tidak lagi rasa ragu ragu selepas melihat sabit di leher Ollie. Dia terus mengeluarkan botol ubat dan meneguknya. "Gulp!"
Kekuatan Naga yang ketiga!
Kegunaan kali ini lebih berbaloi daripada yang sebelumnya.
Ini kerana sebelum ini dia hanya perlu berhadapan dengan Penyihir gnoll dan juga askar gnoll saja. Pada masa itu memang membazir dia minum sebanyak satu per empat. Tetapi Marvin memang masih lemah pada masa itu dan terpaksa menggunakan Kekuatan Naga kerana tiada pilihan lain.
Kekuatan Naga mampu meningkatkan kekuatan sebanyak 6 mata dan ketangkasan 4 mata. Dari segi atribut, ia seperti peningkatan sebanyak 20 level!
Walaupun kekuatan sesuatu kelas tidak semestinya bergantung kepada atribut saja, tetapi sekurang-kurangnya Marvin masih mampu bersaing dengan pemilik kelas yang hebat dari segi atribut dengan menggunakan Kekuatan Naga!
Sudah tentu jika dia pemilik kelas magik pasti perkara ini akan menjadi lebih rumit.
Penjahat Kelas Malam kurang leceh, tambahan lagi selepas Karel menggunakan abiliti yang ada oleh knowledge compass itu.
Marvin yakin dia boleh melengahkan masa.
Dia hanya perlu melengahkan masa sahaja. Kelas pangkat yang lebih tinggi bukan saja mempunyai nilai atribut yang kuat, bahkan ada pelbagai jenis kemahiran menakutkan dan juga abiliti istimewa.
Marvin tidak terlalu angkuh sehingga fikir dia boleh menghapuskan pemilik kelas pangkat ke-3 selepas meminum ubat itu.
Sebaliknya dia lebih memilih untuk berhati-hati!
Untuk selamatkan Ollie, dia tidak memilih untuk berdepan sebaliknya menggunakan stealth.
Dia menggunakan kemahiran semulajadi yang dia dapat daripada Buku Nalu iaitu Shadow Doppelganger!
Daripada kalangan bayang bayang, kelibat yang menyerupai Marvin muncul. Kekuatannya separuh daripada Marvin dan hanya boleh muncul bertahan selama 3 minit saja.
Marvin tidak teragak-agak untuk menghantar bayangnya dulu untuk menguji Karel.
Dia melepaskan nafas yang ditarik dengan dalam itu sementara menunggu keputusan!
Karel dapat mengalahkan bayang Marvin dalam sekelip mata!
Lelaki ini memang ada kekuatan yang layak untuk pangkatnya! Kepala Marvin pasti akan putus dulu jika tidak berhati-hati!
…
Marvin menghampiri Karel yang berwajah serius itu menggunakan stealth.
Wajah Karel nampak dingin dan resah. Dia tanpa henti melihat keadaan sekeliling.
Sabit yang ada di tangan itu merupakan senjata yang pelik. Hanya ada beberapa orang saja yang akan gunakan senjata pelik seperti itu. Selalunya orang yang menggunakan senjata itu ialah orang yang bodoh ingin menyamar jadi orang kuat atau memang pakar yang sebenar!
Marvin bergerak dengan berhati-hati dengan Taring di tangan, tidak terlalu laju atau perlahan.
Jarak di antara mereka berdua tidak sampai 10 meter.
Marvin berhenti. Jarak ini sudah kira agak bagus. Walaupun persepsi Penjahat Jalan Merah itu rendah, ini tidak bermaksud dia tidak dapat mengesan seseorang jika jarak sudah terlalu dekat.
Keadaan yang gelap-gelita ini telah membantu Marvin. Walaupun Karel ialah dark elf yang ada night vision tetapi ia masih tidak sehebat darksight.
Karel nampak sangat bengang. Pandangan dia seperti helang yang mencari mangsa.
"Masih ada orang lain lagi…"
"Memang tidak dijangka."
Karel mengambil dua langkah ke belakang menghampiri Ollie. Sabit di tangan terus dihalakan kepada Ollie!
Dia ingin memaksa Marvin keluar!
Marvin tahu tujuan dia, tetapi dia tiada pilihan lain dan terpaksa bertindak!
"Woosh!"
Damak disasarkan tepat ke dada Karel sebelum ditangkis menggunakan sabit.
Marvin tidak dapat bersembunyi lagi.
Dia terus keluar dari stealth dengan memegang senjatanya!
Ketika ini Marvin masih lagi ada kesan dari ubat itu. Oleh itu dia sepatutnya boleh bersaing dengan Karel dari segi atribut.
Tetapi senjata musuhnya membuatkan Marvin rasa takut!
Sabit yang besar itu mempunyai kelebihan berbanding pisau belati dari segi bentuknya. Ia mampu dengan mudah mencuri atau memusnahkan pisau belati jika kekuatan pivot digunakan dengan betul.
"Clang! Clang!"
Selepas mereka berdua bertembung seketika, masing-masing dapat faham sedikit berapa kekuatan pihak lain yang ada.
"Mengagumkan, Perantau Malam pangkat ke-2 dengan abiliti seperti pemilik pangkat ke-3. Nampaknya kau telah gunakan ubat yang sungguh bernilai."
Karel dapat meneka dengan sekali imbas.
Marvin tidak mahu berkata ayat-ayat manis. Pisau belati di tangan dia membelah udara sambil menghala ke arah Karel!
Memang terdapat perbezaan daripada segi kekuatan antara mereka terutama sekali dengan kemahiran yang dasyat oleh Penjahat Jalan Merah. Dia tidak boleh beri sebarang peluang kepada Karel.
Hanya bertempur secara berdepan sahaja peluang Marvin!
Blade Technique – Rapids!
Pisau belati kembar itu terus menyerang sehingga meninggalkan bayangan yang banyak dan mengepung Karel di dalam!
Keistimewaan tambahan [Flicker] yang dapat selepas mencapai 25 ketangkasan ditonjolkan kesan sepenuhnya oleh senjata itu!
Two Weapon Fighting mengorbankan kuasa serangan untuk kelajuan serangan yang menakjubkan. Kelemahan kemahiran ini adalah Iron Bastion tetapi Penjahat Jalan Merah tiada apa-apa yang mempunyai kemahiran pertahanan yang menakjubkan seperti itu!
Setiap tetakan daripada kerambit Marvin memaksa Karel untuk bertahan. Ini kerana pasti kecederaan yang dialami nanti tidak ringan!
Sabit besar itu tidak fleksibel seperti kerambit. Tidak lama kemudian, Marvin dapat mencari titik kelemahan dan menetak tangan Karel.
Walaupun pihak lawan sempat mengelak tetapi dia masih luka kerana terhiris.
Ini membuatkan Karel naik angin.
Dia tidak pernah bayangkan sebagai seorang pemilik kelas pangkat ke-3 akan disekat oleh pemilik kelas pangkat ke-2 yang mentah itu.
Marvin tidak memberikan dia peluang dan menyerang secara bertalu-talu!
Dia tahu Penjahat Jalan Merah sangat menakutkan. Oleh itu dia sedaya upaya berada dekat supaya Karel tidak dapat menggunakan kelebihan sabit besar itu dan juga tidak memberi dia peluang menggunakan kemahiran yang ada!
Ini sahaja cara untuk memaksimumkan kelebihan yang dia ada!
"Pergi berambus!" Karel memang sangat bengang. Dia terus melibas dengan mengejut menyebabkan Marvin terpaksa berundur. Tetapi masih terdapat satu garis luka di bahagian abdomen!
Jarak di antara mereka berdua semakin meningkat.
Karel mengangkat sabitnya dan terus menghunus ke depan!
Marvin dengan berani menggunakan Shadow Step!
Jarak selepas menggunakan langkah ini sangat menakjubkan kerana dia telah mengaktifkan Burst bersama Shadow Step!
Marvin terus melintasi jarak serangan sabit tersebut dan ingin berpusing untuk menyerang balas semula.
Tetapi pada masa itu, Karel terus berteriak, sabit tersebut mula dihunus dengan bertubi-tubi seperti menari di tangannya itu!
Dalam sekelip mata, bayangan sabit yang banyak mula mengepungnya!
"Ini lebih kurang sama seperti Chaotic Dance!"
"Bahaya…"
Marvin berada dalam situasi yang rumit. Dia bertindak lebih laju dengan bantuan Flicker dan berjaya mengelak bayangan sabit yang menakutkan itu.
Tetapi Karel tetap mengejar kerana tidak ingin dia melepaskan diri!
Kepantasan Karel setanding dengan Marvin di bawah impak kemahiran level tinggi itu.
Serangan yang dilakukan dia itu sungguh ganas. Marvin menggunakan keadaan persekitaran untuk mengelak tetapi Karel menetak pokok itu menjadi serpihan!
Lelaki ini seperti mesin pengisar yang amuk!
Marvin yang masih boleh menyerang sebelum ini telah menjadi seperti mangsa Karel pula. Dia hanya mampu bergantung kepada ketangkasan yang tinggi untuk melarikan diri.
"Pergi mampus!"
Mata Karel penuh dengan darah, dan kelajuan dia meningkat sedikit!
"Dia masih boleh meningkatkan kelajuan lagi?" Marvin terkejut. Dia telah menggunakan Burst beberapa kali berturut-turut dan badan dia ketika ini sudah sampai pada had limit.
Lelaki ini memang terlalu kuat. Walaupun Marvin telah menggunakan ubat tetapi dia tetap masih tertekan!
"Pop!"
Sabit itu menetak ke tanah dan meninggalkan kesan yang panjang!
Marvin berguling dengan kelam kabut dan badan dia dipenuhi dengan tanah.
Memang sangat hampir!
Jantungnya berdegup kencang. Dia tidak mempunyai keberanian lagi untuk menahan selepas melihat sabit itu datang sekali lagi ke arahnya!
Ini kerana kerambitnya memang tidak mampu untuk menahannya!
"Aku hanya boleh lari…" Marvin mengetap gigi, berdiri dan mengelak sekali lagi.
Tetapi kali ini satu bunyi dentuman dapat didengari berdekatan Karel!
Tidak lama kemudian, dia terkejut melihat serpihan knowledge compass yang tergantung di dadanya itu berkecai.
"Mustahil!"
"Tidak sampai satu setengah minit lagi!"
Karel berpusing ke belakang dan melihat di bekas tapak pokok besar itu, Ivan memegang pedang usang dengan perasaan yang sangat bengang.
Dia telah berjaya memusnahkan penjara ruangan itu! Sehingga serpihan knowledge compass itu berkecai dengan kuasanya yang menakjubkan!
"Mustahil…" Karel terkedu sambil meracau.
"Melainkan kau telah…"
Belum sempat dia habis bercakap, Ivan terus meluru seperti bayang bayang ke arahnya.
Dia tercungap-cungap sambil melihat Karel dan berkata dengan suara dingin:
"War Saint? Aku sudah sampai tahap itu lama dahulu!!"