Chereads / Renjer Malam / Chapter 105 - Raja Elven Agung!

Chapter 105 - Raja Elven Agung!

War Saint!

Kelas Legenda dengan nama mudah. Ia tidak seperti kelas lain yang mempunyai nama yang sangat menawan. Anda hanya perlu mencapai kemahiran tertinggi pelawan dengan mahir satu jenis senjata!

Elven War Saint memang jarang ditemui. Elves pokok terkenal dengan bakat mereka menggunakan magik dan memanah. Sebab itu kebanyakan elves menjadi ahli sihir dan renjer.

Kali terakhir Elven War Saint muncul di Feinan sekitar 400 – 500 tahun yang lalu!

"Seperti yang dijangka, Ivan telah menjadi seorang Legenda!"

Marvin menarik nafas lega. Situasi telah bertukar selepas Ivan berjaya keluar daripada perangkap knowledge compass.

Karel sukar untuk diuruskan tetapi dia hanya pangkat ke-3 sahaja.

Di depan kelas legenda sebenar [War Saint], dia memang tidak ada peluang untuk berjaya!

Karel tidak ada masa untuk berehat selepas Ivan tiba-tiba meletuskan Peerless Sword Aura mengepung Karel di tempat itu.

Dia menggunakan hayunan yang mudah dengan pedang usang itu untuk melakukan tetakan asas dan juga mencemuh!

Tetapi gerakan mudah ini disinari dengan kuasa yang amat besar di tangan Ivan.

"Bang!""Klang!"

Selepas empat kali serangan, Karel terkedu melihat sabitnya mula meretak.

Ini disebabkan empas tetakan daripada Ivan itu disasarkan pada tempat yang sama!

Orang yang berjaya mencapai War Saint mempunyai Peerless Sword Aura yang tersendiri. Marvin sendiri tidak pasti jenis yang mana milik Ivan, tetapi ia pasti ada kaitan dengan sifat Shatter!

Kemarahan Membara yang diberi oleh tukang besi tua itu juga ada sifat [Shatter]. Sifat ini sangat ganas. Setiap serangan ada kemungkinan untuk menghancurkan senjata musuh!

Kebarangkalian kesan ini berlaku ada kaitan dengan rahsia sifat [Characteristic] senjata tersebut.

Pedang usang Ivan itu secara jelas tidak mempunyai sifat Shatter. Dia bergantung sepenuhnya kepada kekuatan dirinya yang menakjubkan itu!

"Haaa!"

Membran seperti jeli yang melindungi Karel itu dicincang dengan tetakan yang mudah!

Karel terjatuh ke lantai dengan muka penuh ketakutan.

Ivan memegang pedang di sebelah tangan sambil memandang Karel dengan penuh dingin.

Jika Karel tidak mempunyai item pelik untuk menghalang tadi, nyawanya pasti sudah melayang kepada pedang Ivan.

War Saint memang jenis yang terus terang!

Tiada kemahiran yang menarik, hanya kekuatan sebenar saja!

Mereka akan menggunakan kemahiran bertarung asas untuk mengeluarkan kekuatan yang ganas.

Sebab itu War Saint dikatakan kelas paling jantan. Mudah, ganas dan hebat.

Semua kemahiran tidak berguna di depan mereka. Hanya serpihan artifak knowledge compass sahaja mampu memerangkap Ivan buat masa seketika.

Marvin mengambil kesempatan ketika Ivan menyekat Karel untuk terus membantu Ollie.

Selepas melepaskan ikatan tersebut, Ollie mengucapkan terima kasih kepadanya.

Jika Marvin tidak meluru dan menyekat Karel sebelum ini, nyawa Ollie pasti sudah melayang sebelum sempat Ivan memecahkan knowledge compass tersebut!

"Bang!"

Badan Karel terbang dan terus menembusi pokok sehingga pecah akibat terkena tumbukan kiri daripada Ivan!

Dia memuntahkan darah dan cuba merangkak di tanah. Dia cuba menggunakan beberapa abiliti tetapi masih tidak mampu.

Ini kerana Ivan berdiri di depan dia!

"Pengkhianat Karel."

"Kau telah hilang hak kau, sesiapa juga mampu bunuh kau. Walaupun orang dalam buangan seperti aku ada hak untuk menghukum kau."

"Sebagai Ivan yang dalam buangan, aku umumkan kau mati."

Buat pertama kali, wajah Ivan kelihatan sangat serius.

Dia menggunakan sejenis abiliti istimewa.

Abiliti ini mampu menyiarkan suara dia di seluruh Hutan Thousand Leaves yang mempunyai niat jahat kepada elves!

Ini rahmat yang dikurniakan oleh Raja Elven Agung ketika dia masih kecil iaitu Judgement.

Membunuh Karel selepas menggunakan Judgement akan memberikan serangan psikologi kepada Penjahat Jalan Merah dan juga mereka yang berniat jahat!

Marvin melihat dengan teliti. Ketika Karel cuba meronta-ronta, Ivan dengan tegas menggunakan abiliti domain Legenda!

Ini abiliti yang menyebabkan Karel tidak mampu melarikan diri.

"Adakah [Absolute Prison], atau [Peerless Suppression]"?

Marvin melihat Ivan dengan perasaan ingin tahu.

Lelaki ini memang terlalu kuat.

Dia memang orang yang paling kuat dia jumpa setakat ini kalau dikecualikan Naga Tembaga Merah. Separuh-Legenda Hathaway sekalipun bukan saingan Ivan.

Sihir tidak mampu melukakan War Saint.

Ivan terpaksa melalui latihan yang sukar bagi melatih kemahiran bertarung untuk menjadi Legenda. Selepas menjadi Legenda, dia dengan automatik akan menerima sekurang-kurangnya tiga keistimewaan rintangan magik.

Marvin sendiri yang naik pangkat kepada [Pemerintah Malam] juga menerima tiga keistimewaan legenda: [Element Immunity], [Negate Death] dan [Barrier Breaker]. Tiga keistimewaan major ini menyebabkan Pemerintah Malam menjadi kelas yang paling digeruni bagi ahli sihir.

Sudah tentu kuasa ahli sihir legenda bukan saja datang daripada diri sendiri, tetapi juga daripada kekuatan tentera, menara ahli sihir dan juga pengikut mereka.

Kelas lain tidak akan menjadi saingan mereka jika ahli sihir legenda yang telah bersedia menyorok di menara ahli sihir. Ini fakta yang semua orang tahu.

Sebenarnya, jika Anthony dapat meramal kedatangan Putera Bayang untuk melakukan serangan hendap dan melakukan persiapan yang cukup, dia sudah tentu mampu menghentikan doppelganger Putera Bayang itu.

Marvin berdiri di tepi sambil melihat Ivan yang ingin membunuh Karel itu.

Tetapi tiba-tiba, dua pancaran cahaya yang menyilaukan mata terpancar di langit!

Ivan terkaku memegang senjatanya manakala Ollie berdiri dengan tidak keruan.

Marvin juga agak terkejut ketika melihat dua sinaran cahaya itu mula menyinari kegelapan malam sehingga menembus awan tebal yang gelap.

Apabila tiba di tanah, sinaran itu membentuk dua tiang cahaya.

Suara yang penuh karisma mula bergema di hati semua orang:

"Hentikan Ivan."

"Kau masih tidak layak untuk menghukum pengkhianat itu. Sebagai orang buangan, kau telah melanggar sekurang-kurangnya 19 peraturan Hutan Thousand Leaves hari ini."

"Kau hanya akan mendatangkan masalah kepada diri sendiri."

Tiang cahaya itu mula bergabung dan membentuk kelibat bersinar yang tinggi.

Seorang lelaki elven yang sungguh muda dan kacak!

Pakaian dia sungguh anggun dan mewah, wajahnya nampak tenang dan matanya nampak seperti penuh dengan kebijaksanaan!

Dia memakai mahkota laurel di kepala.

Raja Elven Agung Nicholas!

Marvin melepaskan nafas yang ditarik dengan dalam.

Dia tidak sangka makhluk yang menakutkan dan dihormati ini akan datang!

Bagi Raja Elven Agung, setiap tempat di Hutan Thousand Leaves ini di bawah pemerhatian dan perlindungannya.

Dia sebelum ini telah ditipu kerana Karel menggunakan knowledge compass yang dicuri untuk menghalang pandangan dia. Selepas Ivan memusnahkan knowledge compass itu, Raja Elven Agung terus dapat mengesan perlawanan yang berlaku!

Dia terus memunculkan diri. Walaupun doppelganger saja, ia tetap memberikan tekanan yang kuat kepada mereka yang berada di situ.

"Tuanku…" Ollie melakukan etika mudah sambil sedikit berbelah bahagi, "Tuanku Ivan…"

"Aku tahu dia telah menjejak Penjahat Jalan Merah," Nicholas berkata dengan tenang. "Tetapi ini bukan tugas dia. Dia telah melangkaui batasan yang ditetapkan."

Marvin berkerut.

Dia memang pernah dengar Raja Elven Agung ini seorang yang keras kepala. Dia juga seorang yang gila kuasa yang panas seperti api tetapi juga seorang yang berfikiran lama.

Selepas melihat apa yang terjadi hari ini, nampaknya memang betul cerita tersebut. Sehinggakan cara dia mendidik anaknya juga sangat tegas.

"Haha…" Ivan ketawa kecil, "19 peraturan?"

"Tidak kisah, dengan 500 tahun dalam buangan campur satu ada dua ribu…"

Nicholas berkata tanpa perasaan, "Ia berjumlah 1460 tahun."

"Hampir." Ivan mengangkat bahu, "Bagaimana kau nak uruskan Penjahat Jalan Merah itu?"

"Kau tak mahu aku bunuh dia, dan kau sekarang hanya shadow doppelganger, siapa yang kena buat? Ollie?"

Ollie yang terdengar ini terus menjadi serius.

Tetapi pandangan Nicholas melepasi Ollie dan berhenti di Marvin.

"Dia yang akan bunuh."

"Ollie hilang kelayakan kerana dia telah dikalahkan oleh pengkhianat itu."

"Tiada isu dengan Perantau Malam yang kita lakukan. Prestasi yang ditunjukkannya sangat menakjubkan seperti gurunya masa muda dahulu." Raja Elven Agung itu berkata dengan tenang.

Tetapi ini membuatkan Marvin sangat terkejut.

Biarkan dia yang bunuh Karel?

Betulkah?

"Apa yang raja ini fikirkan…"

"Memberikan pengalaman yang banyak ini kepada aku? Tunggu sekejap. Nampaknya penduduk asal Feinan tidak akan mendapat exp daripada membunuh… Tetapi membiarkan orang luar seperti aku menguruskan perihal dalaman elves, bukankah ini akan menjadi satu isu?"

Marvin terus keliru.

Tetapi Nicholas telah membuka mulut.

"Bolehkah kau lakukan permintaan aku? Pemuda Perantau Malam?"

"Jika kau bantu aku, aku akan tolong kau membuka kunci di Ring of Prayers supaya ia mencapai kegemilangan seperti sebelum ini."

"Item tulen Fairy Turin. Tidak banyak yang dapat dijumpai ketika ini."

Ring of Prayers?

Marvin terus terharu. Ring of Prayers ini tulen sebenarnya?