Chereads / Renjer Malam / Chapter 100 - Dibuang

Chapter 100 - Dibuang

"Kau?"

Ollie terkejut melihat elf yang keluar dari kawasan yang musnah itu.

Marvin juga merenung dan terkejut… Dia kenal siapa lelaki itu!

Dia seorang elf berjanggut dengan pakaian biasa sambil membawa pedang besi yang usang.

Dia nampak sungguh tampan tetapi baju, kasut dan hartanya seperti tidak pernah dibasuh bertahun-tahun lamanya.

Dia berjalan keluar dari kawasan musnah dengan tenang, senyumannya membuatkan orang rasa sangat ceria.

Tetapi semua elves yang melihat dia seperti sedang berhadapan dengan musuh paling hebat!

"Tuanku Ivan! Kau tidak patut menjejak kaki ke kawasan ini!"

Selepas mendengar ejekan tersebut, wajah Ollie bertukar merah sebelum menjadi sangat serius. "Kau sepatutnya berada di wilayah Gergasi Batu dan tidak merayau-rayau di sekitar Hutan Thousand Leaves!"

Elf yang bernama Ivan itu mengangkat bahu. "Aku tidak perlu kau beritahu status aku yang dalam buangan ini lagi."

"Ia tertulis di jubin yang tergantung di pinggang aku…"

Marvin merenung seketika. Lelaki ini sama seperti yang diperkatakan di dalam mitos. Terdapat perkataan dalam bahasa elven yang tertulis di jubin tersebut:

Ivan Buangan.

Ini Buangan yang sangat istimewa. Semua pengawal elven itu merenung kepadanya. Ini perkara yang memeningkan kepala!

Ini kerana dia anak lelaki tunggal Raja Elven Agung Nicholas!

Dengan kata lain dia adalah Putera Elven.

30 tahun yang lepas, Ivan dibuang negara kerana membangkitkan kemarahan Raja Elven Agung dan menunggu di wilayah Gergasi Batu berdekatan dengan Hutan Thousand Leaves, bermain sorok-sorok dengan batu yang diam itu.

Tetapi lelaki ini tidak berpuas hati dengan tempat itu sahaja. Dia selalu akan curi-curi masuk dan keluar dari Hutan Thousand Leaves. Tiada siapa tahu apa rancangan dia?

Marvin melihat Ivan dengan perasaan ingin tahu. Lelaki ini sangat kuat. Marvin tidak dapat mengesan kehadiran dia langsung.

Di dalam mitos, Ivan seorang lelaki yang unik. Tetapi di dalam permainan video, Marvin hanya pernah melihat dari tangkapan skrin saja. Ini kerana Ivan muncul secara rawak. Hanya beberapa orang saja yang dapat berkawan dengan Putera Elven Buangan ini.

Terdapat banyak teori punca dia dibuang. Tetapi semua orang sangat jelas Raja Elven Agung Nicholas tidak akan melanggar janjinya. Jika punca Putera Ivan dibuang negara ditulis, pasti ia mencapai beribu-ribu patah perkataan.

"Orang cakap Pengawal Elven Iron juga tidak sanggup terserempak dengan kau di dalam Hutan Thousand Leaves."

"Ini kerana elves sayangkan ayah kau, tetapi mereka tidak ada pilihan lain terpaksa mengiring kau kembali ke wilayah Gergasi Batu."

"Tetapi… Sebagai bekas tuning kau, aku yang paling rasa malu," kata Ollie dengan tenang sambil menggigit bibir.

"Bila kau akan matang? Tuanku Ivan?"

"Kenapa kau selalu bertindak seperti budak yang nakal? Datang untuk menimbulkan masalah ketika aku melakukan misi?"

Pengawal Elven Iron yang lain terus mendiamkan diri. Walaupun Hutan Thousand Leaves sangat luas tetapi jumlah bangsa elven tidak ramai. Semua orang tahu pelbagai jenis khabar angin.

Ivan dan Ollie pernah bertunang dan Raja Elven Agung sendiri menjadi saksi untuk upacara pertunangan mereka. Tetapi selepas itu, pertunangan mereka putus dan puncanya menjadi misteri. Tidak lama kemudian berita Ivan dibuang negara tersebar pula.

Ketika mereka berdua berbicara, elves yang lain tidak berani mencelah.

Selepas mendengar, Ivan terus menjadi serius sedikit. "Mungkin kita perlu lihat masalah ini dari sudut lain."

"Aku tidak berminat untuk berlari datang ke sini untuk menganggu misi kau. Jika tidak kerana Penjahat Jalan Merah menggunakan Knowledge Compass untuk masuk ke kawasan aku, aku sudah lama berjemur di wilayah Gergasi Batu!"

"Perkampungan ini dipilih oleh Penjahat Jalan Merah untuk dijadikan kawasan kenaikan pangkat, adakah kau masih tidak sedar lagi?"

Penjahat Jalan Merah?

Selepas mendengar nama tersebut, muka Ollie terus berubah!

Reaksi pertama dia ialah melihat kepada Marvin.

"Bengap!" Ivan tidak lagi dapat bersabar dan menengking, "Budak ini baru level 6, Penjahat Jalan Merah tiada kaitan dengan dia."

Budak ini…

Mulut Marvin tidak dapat menahan dari mencebik. Bukankah kau dipanggil sebagai budak?

Walaupun dia masih lagi muda, tapi rasa jengkel selepas mendengar ia.

"Tetapi berada di level 6 dan membunuh Penjahat Jalan Merah dalam proses kenaikan pangkat, kau memang sangat hebat." Ivan melihat ke arah Marvin dengan perasaan kagum.

"Renjer? Oh? Kelas pangkat ke-2 yang pelik… Aku tidak dapat kenal pasti ia…"

Marvin tidak melayan untuk terus bermain teka teki dan terus mengeluarkan pas serta lencana burung gelap.

"Aku Perantau Malam."

Ivan terus tersedar. Ollie juga terus menunjukkan reaksi dengan rasa bersalah. "Maaf! Kami hampir tersilap menangkap dalang tersebut…"

Pengawal Elven Iron yang lain terus menunduk selepas dia memberi arahan.

Perantau Malam merupakan kawan rapat dengan elves dan ini merupakan satu kenyataan. Lagipun Marvin yang berada di level 6 ketika ini tidak mampu membunuh mereka semua.

"Kau sudah membunuh penjenayah tersebut?" Ollie akhirnya perasan mayat Black Jack yang masih terbakar di belakang Marvin itu.

Marvin mengangguk.

Dia dengan segera berjalan ke tiang kayu dan terus menarik keluar pisau belati Jed Kingfisher dari mayat Black Jack.

[Sarung Tangan Ghastly] mampu mengasingkan api. Oleh itu dia tidak risau tangan dia akan terbakar.

Ollie menarik nafas dengan dalam dan melihat elves yang tidak bersalah yang telah mati dibunuh dengan rasa belas kasihan.

"Kalau begitu, kita akan tanam mereka yang sudah mati dulu…"

Tetapi dia sekali lagi dicantas kata-kata oleh Ivan. "Adakah kau tidak ada akal?"

"Penjahat Jalan Merah tidak pernah bertindak seorang diri! Lelaki ini hampir naik pangkat, oleh itu pasti ada orang yang melatih dia! Mentor dia yang membawa dia ke Hutan Thousand Leaves ini!"

Situasi ketika ini sangat bahaya… Lupakan saja, walaupun aku beritahu kau segalanya, kau pasti tidak faham. Apa yang kau patut tahu Penjahat Jalan Merah yang sebenar mempunyai kekuatan Separuh-Legenda. Dia dapat sembunyikan diri dari persepsi ayah aku menggunakan item dan menyelinap masuk ke Hutan Thousand Leaves ini."

"Jangan kata orang biasa, Pengawal Elven Iron juga akan berada dalam bahaya jika bertembung dengan orang ini."

"Adakah kau faham selepas aku habis berkata?"

Ivan berjalan dengan serius dan bertanya Marvin, "Ketika kau sampai, adakah kau melihat ada orang lain?"

Marvin cuba ingat dan akhirnya menggelengkan kepala.

Ketika Marvin datang ke sini, dia hanya perasan Black Jack seorang saja. Dia tidak berapa tahu tentang Penjahat Jalan Merah dan juga tentang mentor itu.

"Aku faham!" Walaupun Ollie menerima tamparan dari Ivan berkali-kali, dia tetap mempunyai perangai yang baik dan menahan semua perasaan ketika ini.

"Kes ini perlu dilaporkan kepada Raja Elven Agung."

Ollie dengan tegas menghantar empat elves untuk bergegas kembali ke pusat bandar untuk melaporkan kepada Nicholas tentang Penjahat Jalan Merah telah menyelinap masuk.

Selepas itu, dua elves mengiring Putera Elven itu kembali ke wilayah Gergasi Batu. Lelaki ini masih dalam buangan lagi.

Mereka yang lain pula mengikut Ollie untuk lakukan rondaan di kawasan sekitar.

Selepas mendengar rancangan Ollie, Ivan menunjukkan raut wajah "Aku tahu kau akan buat begitu" sambil duduk di lantai.

Tetapi Marvin berkata, "Tunggu sebentar!"

Dia terus membawa keluar pemuda elven yang disorokkan sebelum ini keluar.

"Budak ini seorang saja yang terselamat. Macam mana kau ingin uruskan dia?" Marvin bertanya.

Pemuda elven itu seperti sudah kaku. Dia melihat semua dengan perasaan takut.

Beberapa jam sebelum ini dia melihat Marvin dengan perasaan penuh ingin tahu dan ingin melihat dunia luar.

Beberapa jam kemudian pula, pandangan matanya terus berubah menjadi kosong dengan penuh rasa seksaan.

Dia tidak sempat lagi menambah ilmu pengetahuan yang menarik tentang dunia luar, tetapi sisi dunia yang jahat telah mengambil inisiatif menunjukkan taring kepadanya pula.

Marvin rasa belas kasihan atas pengalaman perit yang berlaku kepada pemuda itu.

Tetapi dia tiada hak untuk menentukan takdir pemuda tersebut. Pemuda tersebut ialah elf.

Ollie melihat pemuda yang kasihan itu sambil berkata, "Biarkan dia pergi di pusat bandar elven. Kami akan cari tempat untuk dia tinggal."

Pusat bandar Elven?

Marvin menggelengkan kepala.

Pemuda yang biasa ini telah berhadapan dengan kejadian pertumpahan darah ini. Adakah dia boleh mencari tempat yang sesuai di pusat bandar elven? Marvin rasa sangsi.

Tetapi Ollie telah membuat keputusan dan Marvin tiada hak untuk berkata apa-apa.

Oleh itu Marvin pergi ke tepi pemuda tersebut dan menyerahkan pisau belati Jed Kingfisher kepadanya.

Dalam masa yang sama, dia menggunakan kain untuk membalut pisau belati tersebut.

"Aku gunakan pisau belati ini untuk membalas dendam apa yang terjadi kepada kampung kau."

"Pisau belati ini terdapat darah musuh kau. Aku hadiahkan ini kepada kau."

Dia mengelipkan mata kepada pemuda yang buntu itu.

Pemuda itu menerima dengan endah tak endah, tetapi masih menyorokkan ia. Dia sampai terlupa untuk mengucapkan terima kasih kepada Marvin.

Marvin melihat belakang pemuda yang dibawa pergi oleh Pengawal Elven Iron sambil mengeluh.

Dia tidak rasa teruk kerana menyerahkan pisau belati Jed Kingfisher itu. Lagipun dia mempunyai banyak senjata ketika ini. Dia mengeluh kerana takdir pemuda itu.

"Aku harap dia akan nampak sinar harapan dari tenggelam dalam perasaan duka sehingga hilang akal."

Pisau belati itu bukan yang paling penting. Sebaliknya benda yang penting ialah kain yang membalut pisau belati itu.

Ini kerana itu peta di persekitaran Hutan Thousand Leaves.

Hanya ada beberapa elves yang boleh keluar dari Hutan Thousand Leaves. Ini disebabkan Raja Elven Agung tidak membenarkan sesiapa untuk keluar.

Tetapi Marvin dapat rasakan pemuda itu akan menjadi orang yang lebih hebat dari orang ramai.