Serangan kritikal!
Semua kombo sulit sebelum ini merupakan persiapan untuk serangan kali ini!
Kuasa serangan dia kali ini sangat terhad sebab itu strategi dia kali ini ialah menyerang titik kelemahan musuh untuk memaksimumkan jumlah kerosakan yang dihadapi musuh!
Tirai malam semakin hilang dan sinaran matahari menyinari muka Jack yang ketika ini penuh dengan kesakitan yang sangat perit.
Lututnya mula lemah dan dia terus jatuh melutut!
Tetapi apa yang membuatkan Marvin terkejut, lelaki ini masih hidup lagi!
"Badan aku tidak akan mati!" Black Jack menjerit kepada Marvin!
Tetapi seluruh badannya menggigil dan dia tidak dapat bergerak!
Marvin merenung tajam. Dia tidak akan meluru menghampirinya.
Nilai HP Black Jack sudah merosot teruk tetapi ia tidak berakhir sebagai satu Serangan Maut!
"Lelaki ini memang sudah sampai ke puncak pangkat ke-3." Marvin rasa agak lega.
Nasib baik dia memilih untuk menyerang seperti ini.
Banyak pemilik kelas pangkat ke-3 memiliki ketahanan tinggi yang menyebabkan mereka imun dari Serangan Maut!
Badan mereka telah mencapai ketahanan pada tahap tertentu. Jantung dan otak mereka juga mempunyai abiliti pemulihan yang luar biasa. Mereka tidak akan mati dengan mudah selagi kepala mereka tidak dipancung.
Malah, mereka akan mati secara perlahan-lahan!
Pada waktu itu, jika mereka diubati dengan betul, mereka masih ada peluang untuk pulih semula!
"Nasib baik aku tidak membuat keputusan untuk menggunakan Cutthroat atau mensasar jantungnya, jika tidak tidak terbayang akibatnya."
Tangan Marvin mula berpeluh.
Ini disebabkan rasa takutnya.
Dalam perlawanan tadi, semua yang berlaku nampak seperti di dalam kawalannya, tetapi Marvin tahu betapa tinggi tekanan Black Jack yang hampir mencapai pangkat ke-3 itu berikan kepadanya!
Jika bukan disebabkan kemarahan tahap menggila nya akan melihat orang tidak bersalah dibunuh sehingga terbentuknya kolam darah, Marvin tidak akan seberani ini untuk berhadapan dengan Black Jack!
Tiga kombo ini hampir menewaskan segala kemahiran dan teknik ulung Marvin tetapi ianya hanya cukup untuk menumpaskan Black Jack sahaja.
Jika ada kesilapan yang berlaku pada salah satu daripada tiga kombo ini, Marvin yang akan terima padahnya.
Ini seperti berjalan di atas ali gantung.
Nasib baik Marvin berjaya. Memang betul Black Jack imun dari Serangan Maut tetapi pisau belati Jed Kingfisher tertusuk di tengkuk sehingga menembusi ke tulang belakangnya itu!
Urat sarafnya sudah rosak. Ini dapat dilihat dari pergerakannya. Dia mahu berdiri tetapi tidak mampu.
HPnya yang tinggi itu semakin merosot.
Pada saat kematiani, seseorang itu tidak akan mengelak daripada kesakitan dan terutamanya perasaan takut akan kematian yang semakin menghampiri.
Marvin menghampiri dengan berhati-hati dan berdiri di depan tubuh badan Black Jack tetapi masih mengekalkan jarak.
Dia tidak mahu membuat sebarang kesilapan. Siapa tahu lelaki gila ini akan buat sesuatu yang akan menarik dia sekali untuk mati. Sebelum dia betul-betul mati, Marvin akan mengekalkan jarak tertentu.
…
"Pengecut!"
Black Jack memuntahkan darah sambil matanya terbeliak memandang Marvin. "Penipu, aku akan bunuh kau…"
Belum sempat dia habis berkata, satu bunyi "Woosh!" dapat didengar. Satu damak dilontar dengan kejam ke arahnya dan menusuk bahunya!
Badannya terus jatuh ke tanah sambil dia meraung kesakitan.
Marvin memegang beberapa damak sambil bermain dengan damak tersebut tanpa sebarang emosi.
Dia tidak mahu bertanya soalan bodoh seperti kenapa Black Jack membunuh elves yang tidak bersalah itu. Dia sudah dapat meneka jawapan Black Jack. Tujuannya untuk naik pangkat.
Orang ini memang tidak bertamadun. Selepas dia ditendang oleh Lelabah Bayang dan kehilangan rahmat mereka, dia terpaksa mencari kumpulan lain yang lebih kejam.
Penjahat Jalan Merah memang merupakan punca kepada huru-hara. Dalam Benua Feinan, setiap kali ada kejadian huru-hara, pasti bayangan Penjahat Jalan Merah dapat dilihat.
Dia berdiri di situ sambil melontarkan damak satu demi satu ke arah Black Jack!
Luka dari damak tidak dalam tetapi ia menyakitkan.
Marvin saja memilih kawasan tubuh badan yang tidak penting untuk disasarkan damak itu.
Tidak lama kemudian, tubuh badan Black Jack penuh dengan damak.
Selepas melihat dengan lebih dekat, keadaannya sangat menyeksakan. Darah keluar dari merata luka. Malah terdapat dua damak di dalam pipinya.
Marvin seperti pemukul kejam, menarik nyawa Black Jack sedikit demi sedikit.
Orang seperti ini… dosanya terlalu besar! Memberikan kematian yang cepat merupakan perkara yang terlalu mulia!
Daya hidup Black Jack setanding dengan pemilik pangkat kelas ke-3. Oleh itu walaupun dia telah kehilangan abiliti untuk bergerak, dia masih boleh menahan penyeksaan ini!
"Biasa dengan situasi ini kan?" Marvin menganggarkan HP Black Jack hampir habis.
Dia meneruskan kata-katanya, "Kau seperti sangat seronok ketika menyeksa beruang perang itu sehingga mati."
"Orang gila!" Black Jack berkata dengan suara perlahan, "Itu binatang!"
"Bagaimana pula elves yang hidup di kampung? Elves pokok yang cintakan keamanan?" Raut wajah Marvin penuh kedinginan.
Walaupun dia membalas dendam untuk mereka tetapi elves yang baik hati itu tidak akan bangkit semula. Dendam merupakan satu sumber kekuatan tetapi ia selalunya kurang bermakna.
Tetapi sesuatu harus dibuat.
Black Jack tersenyum jahat. "Kau ada darah elven? Emak kau berasmara dengan elf! Patutlah kau bengang sehingga tahap ini… Nampaknya kau anak bajingan rupanya!"
"Aaah!" Dia telah semakin dekat dengan kematian sebelum dia dapat menghabiskan ayatnya. Ejekannya itu terus menjadi teriakan perit ketika dia hampir mati.
Tali permintaan itu mengikat badan, menjerut leher dan menggantung dia di tiang yang ada di tepi dari tadi.
"Cough couch…" Dia mengangkat kepala dan terbatuk dengan kuat sambil matanya menjadi merah darah.
Dia melihat Marvin dengan perasaan penuh dendam. "Aku.. Aku… Aku akan masuk ke Alam Ghaib… Selepas kematian seperti ini…"
"Aku pasti akan balas dendam."
Tali permintaan itu terus menjerut dengan kuat. Dia tidak dapat mengeluarkan sebarang suara dan mukanya yang menakutkan itu bertukar menjadi warna ungu!
Marvin berjalan perlahan ke tepi badan dia dan berbisik, "Maaf, kau tak boleh."
"Dari apa yang aku tahu, jika badan kau dibakar selepas mati, kau tidak akan ada peluang masuk ke Alam Ghaib."
"Sebab itu kita tidak akan berjumpa lagi, Black Jack."
Wajah Black Jack penuh dengan ketakutan yang tidak dapat diungkapkan!
Dia meronta-ronta dengan kuat dan cuba untuk berkata sesuatu tetapi Marvin tidak langsung ambil peduli.
Dia terus membakar tiang itu.
Tiang yang terbakar marak itu menjilat Black Jack. Tali permintaan tersebut secara automatik melepaskan mayat tersebut dan kembali kepada Marvin.
Api itu terus marak tanpa henti.
Asap pekat itu menggangu hidung Marvin. Marvin melihat mayat Black Jack dimamah api sambil berfikir mengenai dirinya sendiri.
"Aku harus menjadi lebih kuat!"
Dunia ini penuh dengan huru-hara! Dunia yang penuh dengan krisis. Walaupun Raja Elven Agung melindungi Hutan Thousand Leaves, tetapi orang gila dari Penjahat Jalan Merah tetap membunuh orang kampung seperti ini.
Oleh itu bagaimana pula dengan Lembah White River yang kecil?
Renjer yang sederhana tidak mampu mempertahankan rakyatnya dari bencana yang bakal melanda.
"Selepas Pertandingan Grail Suci, aku terpaksa memajukan Lembah White River dengan cepat."
"Selepas memutuskan hubungan diplomatik, kawasan yang boleh melakukan perdagangan makanan dengan kami adalah Teluk Jewel."
"Sudah sampai masa untuk melepaskan perintang halangan!"
Marvin merancang dalam diam.
Tetapi pada masa ini, banyak kelibat yang muncul di perkampungan itu.
"Manusia jahat! Berani kau bunuh elves di Hutan Thousand Leves?"
Pengawal Elven Iron.
Satu pasukan Pengawal Elven Iron dianggotai oleh 20 orang yang memakai kelengkapan berkualiti baik. Setiap seorang dari mereka sekurang-kurangnya pakar pangkat ke-2.
Ketua mereka ialah pangkat ke-3 Penembak Magik!
Marvin merenung mereka dan dapat mengagak kekuatan pasukan tersebut.
Setiap pengawal tersebut sangat bengang. Ini dapat dilihat dari pergerakan busur tanpa henti di tangan mereka. Biasanya elves mempunyai tangan yang sangat stabil. Keadaan seperti ini sangat jarang berlaku.
Ini membuktikan betapa mereka memendam kemarahan mereka.
Pengawal Elven Iron sudah dilatih oleh Raja Elven Agung untuk mendengar arahan ketua mereka. Jika ketua mereka tidak memberi arahan, mereka tidak akan menyerang.
"Manusia yang berdosa, percayalah, kau akan sengsara seribu kali ganda dari apa yang kau lakukan kepada penduduk kampung itu!"
Ketua itu menanggalkan topengnya dan kelihatan wajah yang muda.
Itu seorang elf wanita yang matanya penuh dengan kemarahan. Tetapi mengikut peraturan, orang jahat seperti Marvin perlu diserahkan kepada Raja Elven Agung untuk diuruskan.
Sebab itu dia hanya terpaksa memendam kemarahan dan menangkap Marvin untuk diserahkan kepada Raja Elven Agung.
Tetapi pada masa itu, suara yang malas kedengaran tidak jauh dari situ.
"Ollie, kau masih seorang perempuan dengan buah dada besar tanpa otak…"
"Macam mana dia boleh menjadi dalang pembunuhan ini? Aku tidak faham macam mana Nicholas boleh tenang selepas jadikan kau sebagai Ketua Pengawal Elven Iron."