Chereads / Renjer Malam / Chapter 96 - Shadow Doppelganger

Chapter 96 - Shadow Doppelganger

Ini Buku Nalu seperti yang dijangka.

Walaupun ia bukan satu kejutan, tetapi Marvin tetap rasa gembira kerana menjumpai item ini tanpa sebarang masalah.

Lembaran ini halaman muka surat ke-6 Buku Nalu itu.

Sesiapa saja dapat membangkitkan bakat terpendam selepas membaca muka surat ini.

Walaupun nampak menarik tetapi Buku Nalu ini bukan saja mendatangkan kelebihan.

Ia merupakan buku ramalan yang ditulis oleh Dewa Deceptian menggunakan kuasa devine sebelum tumbang.

Ini disebabkan kedudukan Dewa Fate dan Dewa Fortune tidak boleh dikawal, oleh itu abiliti untuk melihat masa depan terhad kepada dewa yang ramai itu. Dan Dewa Deception merupakan salah satu dewa yang paling berkait rapat dengan sungai Takdir.

Ada yang mengatakan membaca Buku Nalu boleh menyebabkan dewa pun menjadi gila!

Ini bukan kisah dongeng. Di kalangan dewa yang lahir ketika era ketiga adalah [Lord Menggila] Angola yang merupakan seorang pelawan hebat. Pernah sekali dia membaca secara rahsia Buku Nalu yang lengkap!

Selepas itu divinity dirinya terus tumbang dan Negara Divine dia juga turut musnah!

Keadaan ini sangat menakutkan. Dewa yang berdekatan menjadi saksi bagaimana kemusnahan yang menakutkan ini berlaku. Kuasa divine Lord Menggila menjadi meteor dan menghentam ke seluruh alam berlainan!

Setiap satu meteor tersebut mempunyai kuasa bersamaan dengan Lingkaran Sihir ke-6!

Beberapa dewa yang berdekatan dengan Negara Divine Raja Menggila juga terkena tempias. Mereka tidak mempunyai pilihan untuk mempertahankan diri dari kuasa divine yang menghala ke mereka!

Ini satu bencana yang di luar jangkaan!

Hanya membaca buku saja menyebabkan usaha penat lelah dapatkan hidup kekal abadi terus musnah.

Sejak dari masa itu, Buku Nalu telah menjadi pantang larang oleh semua dewa.

Tidak kira sama ada mereka dari generasi pertama, kedua dan ketiga yang lahir secara semulajadi dari dewa kuno atau dewa baru dari era ke-3, mereka semua menjauhkan diri dari Buku Nalu.

Buku Nalu juga terkena impak dari kuasa divine Raja Menggila dan berpecah menjadi beberapa halaman muka surat dan berselerak di serata Feinan.

Ada juga yang jatuh ke Alam Ghaib.

Masa terus berlalu dan ramai sudah mula lupa berkenaan perkara tersebut.

Tetapi Marvin tahu terdapat beberapa organisasi rahsia yang bekerja secara sembunyi untuk mengumpul halaman muka surat Buku Nalu tersebut.

Sebagai contoh [Monastery Kesatria Gelap] yang ditubuhkan oleh kesatria gelap Cangore. Mereka ini sekumpulan orang tidak mati yang bekerja keras untuk mengumpulkan halaman muka surat Buku Nalu.

Ada khabar yang mengatakan hanya Sage saja mampu melihat isi sebenar kandungan buku tersebut. Rahsia terbesar kegemilangan dan kejatuhan Feinan terdapat di dalam.

Sesiapa yang membaca dan faham maksud Buku Nalu tersebut akan mendapat kuasa sebenar.

Buku tersebut terdapat beberapa muslihat licik yang Marvin tidak tahu.

Tetapi dia tahu berkenaan halaman muka surat ke-6 merupakan item yang sangat berguna.

Semua orang boleh membaca dan membangkitkan potensi diri mereka. Tetapi jika keazaman tidak cukup kental, mereka mungkin akan membangkitkan kejahatan dalam diri sekali.

Marvin sangat bangga dengan keazaman dirinya yang kental. Ditambah lagi dengan Hadiah Vanessa, dia tidak risau jika ada semakan keazaman.

Sebab itu dia membuat keputusan untuk membaca buku tersebut sebelum memberikan kepada Hathaway.

Api mula menghangatkan tubuh badan Marvin. Dia memakai pakaian semula dan menarik nafas dengan dalam sambil membuka halaman muka surat tersebut.

Terdapat beberapa perkataan muncul di depan mata Marvin.

Dia tidak mengenal huruf tersebut.

Dewa Deception merupakan dewa generasi ketiga seperti Dewa Plague yang menggunakan bahasa Dewa Kuno.

Tetapi Buku Nalu ini ditulis supaya orang lain boleh membaca. Walaupun pembaca tidak faham perkataan dan huruf tersebut tetapi mereka tetap boleh menerima pelbagai jenis pemahaman dari buku ini.

Tetapi setiap orang akan menerima informasi yang berbeza.

Pada ketika itu, Marvin dapat rasakan imej di depan mula berlingkar seperti cacing tanah.

Satu aura seram sejuk datang dari skrol di tangan!

Bisikan halus seperti suara syaitan tua mula bergema di telinganya.

Kelibat besar mula muncul di depannya.

Kelibat itu bertukar-tukar bentuk sebelum akhirnya bertukar menjadi lukisan. Orang di dalam lukisan tersebut memakai kelengkapan dengan kualiti tinggi sambil mengikut arahan seseorang.

Terdapat curam di depan.

Pandangan pelik itu berhenti di situ!

Ini kerana Marvin menggunakan keazaman sendiri untuk keluar dari dengan bersusah payah dari alma ilusi yang dicipta oleh muka surat ke-6 Buku Nalu!

[Anda telah membaca Buku Nalu (Muka Surat 6)]

[Anda telah memasuki Ruangan Deception…]

[Semakan keazaman…]

[Semakan keazaman berjaya]

[Potensi diri anda telah meningkat. Terdapat satu tenaga pelik terpendam di dalam darah anda.]

[Anda telah menerima sihir semula jadi – Shadow Doppelganger]

Marvin hilang akal melihat sihir baru itu di senarai sihir. Dia terus rasa sungguh teruja tidak lama selepas itu!

"Tubuh ini mempunyai potensi seperti itu?"

Selama ini dia mengejek tubuh ini sebagai tidak bagus walaupun dalam log tingkap terdapat "?" dalam bangsanya. Selama ini dia berfikir pasti sukar untuk membangkitkan potensi itu.

Sejak dari saat Dewa Elven Kuno memberitahu dia ialah keturunan Numan, dia telah menjangka pasti ada sesuatu yang menarik pada "?" ini.

Tetapi bukan semua keturunan darah Numan boleh membangkitkan potensi mereka. Marvin tahu beberapa cara untuk mengaktifkan tetapi semua cara tersebut sangat bahaya. Dia tidak berhajat untuk mencuba nasib dengan cara begitu.

Tetapi dia tidak sangkat muka surat ke-6 Buku Nalu tersebut membangkitkan potensi dirinya dan membuka sesuatu di dalam darah keturunannya!

[Shadow Doppelganger]: Ketika matahari bersinar, pasti terdapat banyak bayang. Setiap satu hari anda boleh mencipta satu shadow doppelganger.

Jangka masa: 3 minit.

Kekuatan yang ada pada Shadow Doppelganger ialah separuh dari Marvin tetapi ia ada semua kemahiran selain dari abiliti yang datang dari darahnya itu.

Kemunculan abiliti baru ini menyebabkan kekuatan bertarung Marvin meningkat naik!

Kuasa letusan oleh renjer yang menggunakan senjata kembar sangat dasyat dan sekarang ini ditambah pula oleh shadow doppelganger!

Walaupun pada waktu siang, jurang perbezaan kemahiran Marvin tidak banyak dengan kelas lanjutan yang lain!

Dan pada waktu malam… walaupun tidak sampai tahap kebal tetapi dia mempunyai kelebihan yang sangat besar!

Memang betul ini berita bagus yang jelas.

Paling penting sekali Marvin sudah dapat meneka keturunan darahnya itu!

'Shadow Doppelganger… Shadow Doppelganger…"

"Nampaknya kemahiran ini. Jika begitu, keturunan darah aku mungkin ialah cabang istimewa dalam bangsa Numan…"

Marvin cuba ingat beberapa informasi berkaitan dan menyimpan Buku Nalu sambil duduk di tanah.

Cabang istimewa ini sangat luar biasa walaupun bagi Numan sendiri. Agak sukar untuk mengaktifkan darah keturunan yang jarang ditemui ini.

Walaupun dengan pengalaman Marvin yang luas, dia juga buntu macam mana dia berjaya lakukan. Numan memang bangsa yang penuh misteri.

"…Lebih baik aku letak ke tepi dari berfikir perkara ini dulu. Lagipun kekuatan aku ketika ini sudah cukup untuk menghadapi cabaran Pertandingan Grail Suci dan perkara lain yang berkaitan."

"Masih ada 4 bulan lagi sebelum Bencana Besar tiba. Aku masih ada masa.

Matanya terus tertumpu ke satu lagi barang di dalam peti.

Itu kulit muka manusia.

Topeng Penyamaran.

Walaupun ia sejenis item magik juga tetapi ia telah mengalami kerosakan kerana terendam di dalam air bertahun-tahun lamanya. Mungkin ia boleh digunakan sebanyak dua atau tiga kali saja.

Topeng kulit muka manusia ini dapat mengubah rupa seseorang. Selepas memakai, anda boleh bertukar kepada siapa saja anda mahu.

Ini kerana ia terkandung kuasa divine kuno dari Dewa Deception di dalamnya.

Selepas menyimpan topeng muka itu, Marvin terus memadam api dan bersedia untuk beredar dari gua tersebut.

Tetapi pada masa itu, dia dapat mendengar tapak kaki dengan persepsinya.

Ada seseorang berdekatan?

Marvin bergetar dan terus mengambil pisau belati kembar. Dia terus menuju ke pintu masuk gua tersebut!

Dia dapat dengan seseorang bernafas dengan penat lelah dari semak berdekatan gua.

"Cuai…" Marvin tersengih.

Dia terus melompat keluar dan menghunus pisau belatinya tetapi seseorang muncul dari semak tinggi itu.

"Ah!"

Seorang pemuda elven yang pucat terus terjatuh ke tanah!

"Rupanya kau?" Marvin sedikit terkejut.

Pemuda itu salah seorang dari penduduk di kampung yang dia temui tadi. Dia telah bertanyakan pengalaman pengembara. Marvin menyampaikan beberapa cerita dan berfikir dia mungkin rasa sudah puas hati.

Tetapi dia tidak sangka pemuda itu menjadi lebih ingin tahu selepas mendengar cerita tersebut.

"Apa yang kau buat disini?" Marvin bertanya.

Pemuda elven itu memandang Marvin dan berkata, "Boleh aku ikut kau?"

"Aku tidak mahu duduk di kampung sepanjang hayat. Aku dengan dunia ini sangat luas."

"Aku ingin keluar meneroka dan melihat sendiri."