Chereads / Renjer Malam / Chapter 97 - Penjahat Jalan Merah

Chapter 97 - Penjahat Jalan Merah

Marvin terus mendiamkan diri selepas mendengar kata-kata pemuda itu.

Tidak lama kemudian, Marvin menyimpan kerambitnya dan berkata dengan nada lembut, "Kau ingin ikut aku?"

"Bukan semua orang mempunyai kelayakan seperti itu."

"Cuba lihat belakang kau…"

Pemuda elven yang tidak faham itu terus pusing ke belakang. Dia tidak sangka Marvin akan menghentak tengkuknya.

"Plop!"

"Aku tahu pemuda manusia melecehkan."

"Cuma aku tidak sangka pemuda elven juga sama."

"Dunia ini memang luas tetapi juga sangat huru-hara. Kau ada wang untuk keluar mengembara? Pembelanjaan mengembara, senjata untuk mempertahankan diri. Apa, kau tidak ada dan ingin keluar? Cuba untuk keluar seorang diri. Emak dan bapa kau tidak risau nanti?"

Dia mengangkat pemuda elven itu sambil berjalan ke perkampungan elven.

Pemuda itu memang menyelinap keluar secara senyap.

Sebenarnya, elves pokok sangat menjaga kawasan mereka dan mereka sangat manjakan anak mereka. Jika ada seseorang secara rahsia membawa elf keluar sebelum mereka dewasa, mereka akan dianggap sebagai pedagang hamba kanak-kanak!

Marvin tidak ingin jadi salah faham.

Dia membawa semula lelaki ini yang tidak sedar keadaan diri kepada kampungnya semula.

Marvin juga telah menyiasat dan bakat pemuda ini sangat biasa. Ini bermaksud dia tidak akan dipilih untuk menjadi Pengawal Elven Iron. Dia akan tinggal di perkampungan terpencil ini saja nanti.

Ini juga boleh dikatakan bagus juga kerana boleh hidup dengan sihat dan aman sepanjang hayat.

Pemuda itu tersedar selepas dua per tiga dalam perjalanan. Dia cuba meronta tetapi terus ketakutan selepas beberapa kata dari Marvin dan juga kerambit yang Marvin pegang. Dia tidak berani lagi merungut.

Marvin menggunakan tali permintaan untuk mengikat dia dan meneruskan perjalanan.

Pemuda tersebut dengan tidak rela mengikut belakang Marvin balik ke kampung.

Dia cuba meyakinkan Marvin dengan kata-kata, merayu dan akhirnya membuat permintaan.

Malangnya Marvin tidak langsung memberi muka dari awal.

Perkampungan elven itu dapat dilihat tidak lama selepas itu. Tiba-tiba Marvin terhidu bau yang pelik.

Dia berhenti dengan mengejut. Pemuda itu tidak faham kenapa Marvin mengubah fikiran. "Sir?"

"Diam!"

Muka Marvin terus berubah.

Bau seperti ini… campuran bau darah dan mayat yang dibakar!

"Alamak!"

Marvin terus mara dan masuk ke kampung tersebut, mengabaikan pemuda di belakangnya itu.

Tetapi keadaan kampung ini telah berubah dari setengah hari yang lepas ketika Marvin sampai!

Semua elves telah mati dengan keadaan yang menyedihkan.

Darah berlumuran di tanah dan api yang marak juga boleh dilihat. Suasana yang senyap menyelubungi kawasan ini.

Bau darah ini sungguh kuat sehingga hidung Marvin hampir tersumbat!

Mereka semua sudah mati!

Tiada siapa yang dibiarkan hidup!

"Sungguh kejam. Siapa yang sanggup buat perkara seperti ini?"

Marvin sangat terkejut.

Perkampungan elven kecil ini jauh di pedalaman kawasan Hutan Thousand Leave. Kenapa ada orang sasarkan kawasan ini?

Siapa yang sanggup melakukan perkara seperti ini kepada kampung elves pokok?

Marvin terus kaku melihat keadaan itu. Mayat di sebelah kaki kirinya ialah budak perempuan kecil.

Walaupun dia telah dipenggal, tetapi dia masih memegang gula putih yang Marvin bawa dari Bandar River Shore itu.

Budak perempuan kecil itu sangat ceria. Setengah hari sebelum ini dia masih melompat sana sini untuk meminta gula-gula dari Marvin.

Tetapi sekarang, bukan saja dia mati malah matanya juga terbeliak dengan wajah penuh kesakitan!

"Aaah!" Satu jeritan dapat didengar dari belakang.

Itu pemuda elven.

Dia terkejut dan marah melihat keadaan yang berlaku di depan matanya dan tidak percaya bagaimana ia boleh terjadi.

"Diam!" Marvin berkata dengan dingin.

Pemuda itu terkejut.

Dia telah menjadi buntu.

Da tidak faham bagaimana ini boleh terjadi?

Dia hanya mencuri-curi kelar dari kampung buat masa seketika saja. Semua kaum kerabat dan kawannya terlentang di kolam darah.

"Ikut aku, jangan buat silap," Marvin berkata dengan serius. "Pembunuh itu masih ada di kampung lagi."

Dia melihat api yang marak tidak jauh dari situ. Api kemerahan semakin marak sehingga ke langit sambil perlahan-lahan bertukar bentuk menjadi kerambit yang berdarah.

Membunuh satu kampung… Api kemerahan yang marak…

Marvin dapat tersedar apa yang berlaku selepas melihat keadaan ini!

Wajahnya terus menjadi serius sambil berbisik:

"Penjahat Jalan Merah…"

Marvin tidak dapat mengawal pemuda elven ini. Oleh itu dia mengikat pemuda elven itu di antara rumah kecil dan menyumbat kapas dimulutnya supaya dia tidak melarikan diri.

Selepas itu dia terus menghala ke kawasan tengah kampung di mana api itu kuat membakar!

Matanya penuh dengan kemarahan!

Bukit yang hijau telah bertukar menjadi kolam darah merah. Mata Marvin terus menjadi merah selepas melihat mereka yang tidak bersalah ini dibunuh!

Ini satu upacara, upacara kenaikan pangkat!

Penjahat Jalan Merak merupakan kelas pangkat ke-3. Oleh itu ia memerlukan seseorang itu mencapai level 10 untuk naik pangkat!

Biasanya pemilik pangkat ke-2 yang baru naik pangkat mempunyai peluang yang sangat rendah bila berhadapan dengan Penjahat Jalan Merah.

Tetapi Marvin berbeza! Dia mempunyai keyakinan penuh terhadap diri sendiri.

Dia juga ingin melihat siapa lelaki kejam ini.

Di tengah kampung dataran awam, tersusun mayat elves dewasa. Di sebelah longgokan mayat tersebut terdapat tiang kayu yang terbakar tercucuk di tanah.

Api itu membakar mayat dengan kejam. Di sebelah mayat yang terbakar terdapat dua orang lelaki berpakaian gelap berdiri di situ.

Mercun ini telah dilepaskan oleh salah seorang dari mereka.

Ini seperti tanda provokasi dan juga satu bukti.

Bukti dia telah selesaikan salah satu misi untuk naik pangkat Penjahat Jalan Merah iaitu membunuh satu kampung.

Memang betul, misi Penjahat Jalan Merah merupakan paling kejam dan berulang!

Mereka perlu membunuh sekurang-kurangnya tiga kampung oleh bangsa berbeza!

Dan tiada seorang boleh dibiarkan hidup.

Mereka ini sekumpulan orang yang sangat kejam. Mereka telah keluar dari peraturan yang teratur dan dewa jahat juga tidak menerima keimanan mereka!

"Mercun ini telah digunakan dan kampung kedua telah diuruskan." Lelaki yang melancarkan bunga api itu ketawa sambil berkata, "Pengawal Elven Iron tidak akan dapat mengejar aku di dalam hutan."

"Oleh itu misi kenaikan pangkat aku kali ini sangat menggemparkan."

"Bagi Raja Elven Agung pula, dia tidak akan dapat mencari siapa yang melakukan selepas kau menggunakan [Knowledge Compass] untuk mengganggu [Omniscient Awareness] dia."

"Dia pasti akan melepaskan kemarahan dia kepada pengembara manusia. Mungkin beberapa perkampungan manusia di selatan akan dihapuskan. Ahaha, perkara ini akan menjadi lebih menarik!"

Selepas habis berkata dia ketawa dengan rasa resah sedikit.

"Kumpulan Lelabah Bayang yang celaka itu berani mengugut aku dan fikir aku gentar dengan mereka menghantar orang untuk memburu aku!"

"Aku telah naik pangkat ke kelas lanjutan Penjahat Jalan Merah! Apabila aku menjadi Legenda, aku akan membunuh mereka sehingga tiada seorang yang tinggal!" Dia tersenyum dengan penuh kejam.

Lelaki satu lagi yang memegang kompas hitam itu menunjukkan wajah yang berpuas hati.

"Aku suka semangat tidak gentar kau, agak sama dengan perangai aku ketika muda."

"Masa dan item yang bernilai digunakan untuk melatih dan meningkatkan tahap kau untuk mempercepatkan proses kenaikan pangkat dan sertai organisasi kami tidak sia-sia."

"Tetapi peringkat ke-2 misi kau masih belum selesai lagi!" Lelaki itu merenung tajam kepada kelibat pemuda yang berlari di hujung jalan itu.

"Siapa dia?"

"Tak kisah, cepat pergi dan bunuh dia! Disebabkan dia munculkan diri, dia mesti mati!"

"Aku akan selesaikan dengan segera. Aku akan tunggu kau di tempat biasa!"

Dia terus melompat tinggi dari bangunan kampung itu sebelum menghilangkan diri di hutan.

Api itu semakin marak di tengah kampung tersebut.

Marvin menggenggam kerambit kembarnya sambil melihat dengan tenang lelaki di depan dia itu.

Lelaki itu menunjukkan wajah yang pelik. Dia merenung Marvin buat seketika sebelum menunjukkan reaksi.

"Rupanya kau!"

"Aku hampir tidak cam kau tanpa topeng!"

"Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng ialah seorang budak hingusan?!"

Marvin merenung seketika sebelum mengeluarkan dua perkataan.

"Black Jack!"

Jodoh musuh ketat pasti akan bertemu di jalan yang sempit!

Marvin telah bertemu pembunuh Lelabah Bayang ini sebanyak empat kali sejak dia dibangkitkan semula tidak lama dulu.

Di Bukit Deathly Silent, di luar rumah Miller, di ruang bawah tanah Duta Plague.

Dan sekarang di perkampungan elven di Hutan Thousand Leaves.

Bertembung secara berdepan sebanyak empat kali!

Dia menggenggam kerambitnya dengan erat.

"Kali ini aku tidak akan biarkan kau terlepas." Marvin berkata.

Black Jack terkejut melihat Marvin tetapi terus meluru tanpa membiarkan dia habis berkata-kata!

Kali ini dia tidak akan ditipu, dia tidak akan rasa ragu.

Ini kerana kemarahan yang terpendam di dalam hati.

Pergi mampus semua taktik!

Hanya ada satu perkataan, BUNUH!