Chereads / Renjer Malam / Chapter 81 - Menghapuskan Musuh Satu per Satu

Chapter 81 - Menghapuskan Musuh Satu per Satu

Kawasan perniagaan masih sibuk walaupun waktu sudah lewat malam.

Seorang pemuda meninggalkan Black Dragon Tavern dari pintu belakang secara senyap-senyap.

Tidak jauh dari situ, Marvin menunggu dengan sabar.

"Ini semua informasi yang kau mahu." Pemuda itu nampak takut tetapi masih berjalan dan menghulurkan sesuatu kepada Marvin.

Marvin terus menyemak jika terdapat sesuatu yang palsu dan terus melontar emas ahli sihir kepada pemuda itu.

Mata pemuda itu nampak sedikit tamak.

Dia terus mengambil syiling emas itu dan menggigitnya. Selepas itu dia terus menyimpan di dalam kasut.

"Kau tahu apa yang akan terjadi jika terdapat apa-apa isu dalam informasi yang diberi," Marvin berkata dengan tanpa perasaan.

"Aku bersumpah tiada masalah! Mereka ini selalu datang berkumpul di tempat kami, sehingga aku pernah terfikir bos aku bekerja dengan mereka."

Pemuda itu terus berbisik, "Lagipun, aku akan berhenti dalam masa dua hari. Informasi ini pasti sangat tepat."

"Tambahan pula, kau bukan pembeli yang pertama. Pemburu ganjaran yang mahukan mereka bukan sedikit."

"Tetapi mereka ini sangat licik. Aku hanya boleh berikan jaminan informasi ini tepat tetapi tidak boleh memberikan jaminan kau akan berjaya."

Marvin mengangguk. Dia terus bergerak kepada pemuda tiu.

Pelayan bar yang kasihan itu tidak sempat melakukan apa-apa ketika Marvin menghentak tengkuk dia dengan telapak tangan.

Dia terus pengsan.

"Maafkan aku. Bukan aku tidak percayakan kau, tetapi aku perlu pastikan informasi ini tepat. Aku rasa kau perlu tidur dulu," Kata Marvin perlahan.

Di bawah kegelapan malam, Marvin mengheret badan pelayan bar terus ke tempat gelap.

Walaupun apa situasi yang dihadapi, informasi merupakan kunci penting.

Tambahan lagi bagi pembunuhan secara serang hendap.

Markas Pencuri Sosialit Markus berada di Bukit Wild. Marvin mungkin tidak akan jumpa jalan ke markas mereka.

Manusia ada pelbagai jenis keperluan dan ahli Pencuri Sosialit Marcus tidak terkecuali. Mereka selalunya menyamar ketika masuk ke Pekan Oak. Keselamatan di situ tidak berapa ketat, oleh itu terdapat berita atau informasi yang dibocorkan.

Sebagai contoh, Marvin orang luar yang baru tiba. Tetapi dia boleh mendapatkan maklumat daripada pelayan bar itu.

Aku memang kejar masa.

Orang yang dalam bidang perniagaan informasi selalunya sangat berhati-hati.

"Informasi ini mungkin betul. Jika palsu, pasti pemburu ganjaran sebelum ini sudah membunuhnya."

"Tetapi ada juga kemungkinan lain. Pemburu ganjaran itu tidak pulang."

"Mereka semua sudah mati."

Marvin berfikir dengan pantas.

"Pelayan bar itu memberi informasi kepada kedua-dua belah pihak. Dia seperti berpaling tadah dari Pencuri Sosialit Marcus dengan memberikan informasi kepada pemburu ganjaran, tetapi dia mungkin sebenarnya bekerja untuk Pencuri Sosialit.

Oleh itu, Marvin tidak akan beri peluang untuk dia memberitahu mereka.

Selepas masuk ke gudang kecil kepunyaan organisasi Perantau Malam, Marvin mula merancang operasi.

Penukang besi tua itu bernama Sean. Dia bekas ketua Pemerintah Malam. Dia telah cedera parah dan hidup mengasingkan diri di Pekan Oak.

Sean sangat bermurah hati. Marvin boleh menggunakan banyak barang kepunyaan Perantau Malam di Pekan Oak semasa ujian dilakukan.

Sebagai contoh, di dalam rumah orang tua itu, Marvin boleh mengambil apa saja sebatian yang dia mahukan.

Racun, opiate, halusinogen… Terdapat pelbagai jenis barang ini.

Marvin seorang yang tegas dan juga dahagakan kemenangan. Dia juga seorang yang berfikiran rasional. Kenapa perlu menyerang jika dia boleh meracun orang itu?

Sean memberikan dia masa seminggu tetapi Marvin tidak ingin gunakan masa yang terlalu lama.

Ini kerana dia perlu naik pangkat sebagai Perantau Malam dan kembali ke Menara Three Rings dalam masa dua minggu sebelum Pertandingan Grail Suci Bermula!

Dia perlu bertindak pantas.

Pencuri Sosialit Marcus dianggotai oleh lima orang. Empat lelaki dan seorang wanita. Mereka semua sangat kejam dan ganas. Ketua mereka dikenali dengan nama Wolf, dan mereka yang lain juga menggunakan nama samaran.

Mereka hidup dengan merampas barang yang dibawa dari bandar berdekatan ke Negara West Desert's Gold. Pekan Oak merupakan tempat yang bagus untuk mengelak dari askar berkuda padang pasir.

Mengikut informasi yang diterima, terdapat tiga orang dari mereka akan berada di Pekan Oak malam ini.

Dan nasib baik, ketiga-tiga orang ini mempunyai kelemahan!

"Mereka mungkin baru lepas selesaikan kerja lumayan dan ingin berfoya-foya."

"Ini sangat bagus. Aku akan selesaikan mereka satu per satu," Marvin mula menganalisis.

Dia terus menukar pakaian dan memakai topeng sebelum keluar dari gudang itu pada waktu malam.

Jalan Flowing Oriole.

Marvin menyelinap ke halaman dan menjumpai kelibat Black Bear di rumah pelacuran. Dia terus memberi wang dan menyorok di bawah katil.

Marvin tersengih dalam hati. Dia boleh melihat Black Bear dari lubang kecil tengah termengah-mengah dan berehat sambil perempuan itu melutut cuba memuaskan nafsu dia.

Ini kesempatan yang tidak boleh dilepaskan!

Marvin terus mengeluarkan kerambit kembar dari konc kosong dan bertindak!