Chereads / Renjer Malam / Chapter 82 - Pembunuhan Hendap

Chapter 82 - Pembunuhan Hendap

Wanita yang sedang melutut itu sedang memuaskan nafsu Black Bear yang duduk di katil.

Dia tidak sangka bunyi "Bang!" yang kuat bergema dari bawah katil?

Black Bear tidak kisah dan memberi komen, "Katil kau tidak cukup kuat."

Belum sempat mulutnya habis berkata, Marvin telah patahkan salah satu kaki katil!

Kaki katil itu telah diretakkan Marvin sebelum ini. Dia terus memukul perlahan dan katil itu terus roboh!

Black Bear tersentak sehingga terjatuh ke belakang dan mendarat menggunakan punggung.

Pada masa yang sama, Marvin keluar berguling dari bawah katil dan terus menerpa Black Bear.

Di bawah renungan wanita yang terkejut itu, kerambit di tangan Marvin telah berada di leher Black Bear!

Cutthroat!

"Pff! Darah terus terpancut di sekitar!

Belum sempat Black Bear menunjukkan sebarang reaksi, nyawanya sudah melayang di tangan Marvin!

Darah yang banyak terpancut ke muka wanita itu.

"Ah!"

Jeritan wanita itu tersangkut di tekak. Marvin terus menyelongkar barang di badan Black Bear dan mengambil beg duit yang berat. Dia mengeluarkan emas ahli sihir dari beg tersebut dan memberikan kepada wanita itu.

Dia memakai topeng gelap sepanjang masa.

Wanita itu menerimanya dalam keadaan menggigil.

Dia juga dengan tenang mengambil tuala.

"Bersihkan muka kau," kata Marvin dengan lembut. "Maaf buatkan kau terkejut."

Dia terus melompat dari tingkap tingkat dua itu. Wanita yang menggigil itu terus bangun dan bergegas ke tingkap.

Malangnya, Marvin telah hilang di kegelapan malam!

Dia menggenggam emas ahli sihir dan terus buntu.

Tidak lama kemudian, jeritan dia bergema di dalam bilik.

Marvin berlari laju dalam kegelapan.

Black Bear hanya sasaran pertama. Dua yang lain perlu dibunuh malam ini juga.

Di pusat bandar, satu kelibat kecil terus lalu di tengah orang ramai sambil mata memerhatikan keadaan sekeliling.

Nampak seperti orang yang meragukan.

Dia nampak seperti seorang yang jalan bersiar-siar kerana bosan. Tetapi dompetnya terus-menerus bunyi gerincing.

Lelaki ini pasti pencuri yang berpengalaman.

"Monkey."

Marvin merenung kepada orang itu.

Penukang tua memberi beberapa gambar sasaran kepadanya. Selain dari Black Bear dan Monkey terdapat juga satu lagi lelaki dipanggil Stag.

Marvin dapat mengenal pasti mereka bertiga walaupun mereka menyamar.

Jika kelemahan Black Bear ialah wanita, kelemahan Monkey ialah panjang tangan.

Orang ini pencuri yang hebat dengan abiliti stealth yang menakjubkan.

Jika Marvin berlawan dengan dia di kawasan yang sesak dan membiarkan Monkey gunakan Sneak, dia terpaksa menggunakan beberapa muslihat.

"Tetapi ketika ini musuh di luar cahaya manakala aku di dalam kegelapan."

Ini merupakan peluang baik.

Marvin menukar pakaian dan meletakkan beberapa kantung duit berat di tali pinggang.

"Masa untuk berpura-pura menjadi orang kaya. Tunggu sekejap… Aku bangsawan, jika dibandingkan dengan orang yang status lebih rendah, aku dikira orang yang kaya!

Dia tidak perlu menyamar kerana dirinya yang sekarang sesuai untuk tugas ini.

Marvin terus berjalan.

Gerai di pusat bandar sangat sibuk pada waktu malam.

Mereka menjual pelbagai jenis barang menarik dari Hutan Thousand Leaves.

Marvin berdiri di salah satu gerai buat jangka masa yang lama.

Ini kawasan yang sibut dan sesuai untuk Monkey bertindak.

Dari tepi mata, dia dapat melihat wajah yang dikenali datang semakin dekat.

"Menjerat dia sangat mudah," Marvin tersengih.

Monkey datang semakin dekat dan mula melihat aksesori di kedai itu.

Marvin tidak rasa ragu dan terus berjalan dengan laju.

Dia mengambil langkah besar menyebabkan dua kantung di tali pinggang itu bergoncang untuk menarik perhatian.

Monkey terus mengikut.

Dia sangat suka cara mencuri seperti ini. Dia hanya perlu terlanggar sedikit untuk mengambil kantung tersebut.

Dia tidak pernah kesuntukan wang sejak menjadi ahli Pencuri Sosialit, tetapi dia masih sukakan perasaan yang datang ketika mencuri seperti ini.

Perasaan ini tidak dapat difahami oleh orang lain.

Walaupun otaknya memberitahu untuk tidak buat, tetapi dia masih tidak dapat menghentikan nalurinya.

Tangannya terasa gatal, dan mencuri sesuatu akan membuatkan dia rasa lega.

Ketika dia masih berfikir, dia semakin dekat kepada pemuda di depannya itu.

Pada mata Monkey, Marvin bangsawan muda yang biasa. Seorang yang ego, ada sedikit duit dan tiada pengawal di sisi. Dia mungkin telah keluar secara senyap-senyap.

"Budak ini sepatutnya duduk di dalam istana keluarga dia."

"Selepas aku mencuri duit dia, ayahnya akan berterima kasih kepada aku kerana menghantar anaknya pulang awal."

Pada waktu ini, Monkey terus meluru ke depan dan cuba untuk melanggar belakang Marvin.

Macam mana dia boleh jangka Marvin akan tertarik dengan satu suara dari lorong lain? Marvin terus berjalan ke lorong kecil itu.

"Celaka!"

Api kemarahan mula muncul di fikiran Monkey. Nasib budak bajingan itu agak baik, betul tak?

Dia mengikut dengan perasaan tidak puas hati.

Lorong kecil ini hanya mempunyai cahaya yang sama. Monkey mula rasa sesuatu yang tidak kena.

"Bagaimana pula dengan suara tapak kaki?"

Persepsi dia agak hebat. Dia sepatutnya sudah dengar suara tapak kaki pihak satu lagi!

Matanya terbeliak selepas tersedar bukan saja suara tapak kaki terus hilang, malah kelibat pemuda itu hilang juga.

"Apa yang berlaku?" Dia berfikir sambil menggigil.

Satu tangan terus keluar dari kegelapan dan menutup mulutnya.

"Bangsat!" Badan Monkey bengkok ke hadapan. Sebagai seorang pencuri, dia tahu maksud tangan ini!

Tindakan seterusnya pasti adalah cutthroat!

Reaksi dia sangat pantas. Tangan dia terus diletak di leher untuk menghalang pisau belati yang sejuk itu.

Dia terus terasa kesakitan yang amat sangat datang dari tapak tangan. Monkey mula rasa seram sejuk tetapi dia masih bernasib baik.

"Nasib baik aku bertindak pantas!"

"Jika tidak aku sudah pasti mati ketika ini."

"Bangsat! Lelaki ini pembunuh hendap!"

Tetapi nasib baik dia juga mempunyai pengalaman berhadapan dengan pembunuh. Dia terus mengumpulkan kekuatan di kaki kanan untuk menggunakan momentum musuh untuk menyerang balas!

Tapi sayangnya Marvin tidak akan memberikan peluang daripada perkara itu berlaku.

Jika itu kerambit biasa sebelum ini, mungkin serangan hendap ini sudah gagal!

Tetapi ini [Taring] yang sangat tajam!

Item luar biasa sebenar!

Marvin menggunakan sedikit tenaga dan ketajaman Taring terus dapat ditonjolkan. Kerambit tersebut terus memotong telapak tangan Monkey kepada dua dalam sekelip mata.

Sebelum Monkey sempat menunjukkan reaksi, kerambit tersebut telah mengelar lehernya!

Kaki kanan yang memijak Marvin mula menjadi lemah.

Sedikit saja lagi… Sedikit saja lagi dan dia sudah mengalah dari serangan maut Marvin.

Tetapi dalam perlawanan hidup dan mati, kepantasan lebih sedikit, masa atau peluang akan menentukan perbezaan siapa yang hidup dan mati!

Marvin sekali lagi berjaya.

Tetapi ini kemenangan yang sangat bahaya.

Sebenarnya dia sudah berpeluh dingin.

Reaksi Monkey lebih pantas dari Black Bear. Serangan balas dia juga sangat tepat. Jika bukan kerana serang dari Taring sangat membahayakan, mereka terpaksa melalui pertarungan yang sengit!

Marvin akan mengalami masalah untuk membunuh dia ketika itu.

Selepas mengalihkan mayat Monkey, Marvin sudah agak penat.

"Masih ada seorang lagi."

Dia menarik nafas dengan dalam dan ingin meneruskan serangan yang dirancangnya.

Bau darah terus tersebar dengan perlahan di kegelapan Pekan Oak.

Sasaran ketiga adalah Stag.

Kesemua lima ahli Pencuri Sosialit Marcus mempunyai nama samaran haiwan. Bos menggunakan nama Wolf. Tiga lelaki lain adalah Black Bear, Monkey dan Stag. Bagi nama samaran perempuan misteri itu pula adalah Kitten.

Informasi Marvin terima mengenai Black Bear, Monkey dan Stag sangat tepat dan lengkap. Duit emas ahli sihir yang digunakan itu sangat berbaloi.

Tanpa informasi ini, agak sukar untuk membunuh Black Bear dan Monkey. Mereka berdua ini mempunyai kekuatan di puncak pemilik kelas pangkat pertama. Seorang pelawan level 5 manakala seorang lagi pencuri level 5.

Sama juga dengan Stag. Lelaki itu juga pelawan level 5 dan juga kaki mabuk.

Walaupun Marvin pelik kenapa pelawan dwarven menggunakan nama samaran pelik seperti Stag, dia tidak akan melakukan perkara sia-sia dan menghabiskan tugas yang dirancang itu.

Menyamar sebagai pelayan bar merupakan tugas mudah buat Marvin. Dia telah jumpa satu botol racun yang tidak berwarna dan tidak mempunyai bau di dalam harta Perantau Malam.

Cuma barang ini sangat berharga. Dos yang diperlukan untuk membunuh seseorang biasanya berharga dalam 2 emas ahli sihir.

Walaupun Marvin selalunya berfikiran tegas, dia masih keliru untuk masa yang lama sama ada untuk menyerang hendap atau menggunakan racun.

Akhirnya dia memilih untuk meletakkan racun di dalam wain Stag. Nilai tubuh badan pelawan dwarven sangat tinggi. Serangan cutthroat dia mungkin tidak mampu untuk membunuh Stag dalam sekelip mata. Jika ada berlaku kesilapan, kedua-dua belah pihak akan menjadi kelam kabut. Dan kelas Marvin juga tidak mempunyai kelebihan jika berlawan dengan Stag. Kuasa pertahanan Stag sangat hebat dan renjer akan mengalami masalah untuk datang dekat kepada mereka.

Selepas membunuh Stag, Marvin menarik nafas lega.

Dia merancang untuk berehat satu hari sebelum menyelesaikan mereka yang lain.

Dua orang yang lain itu penuh misteri kerana membuatkan Sean tidak mampu mendapatkan gambar mereka. Ini merupakan perkara paling sukar dalam misi ini.

Ketika dia keluar dari tavern dan tiba di lorong yang sunyi, dia terus dapat rasakan aura membunuh yang kuat!

"Woosh! Satu anak panah terbang menghala ke belakangnya!

Marvin terus terkejut. Dia sempat berguling dan berjaya mengelak anak panah tersebut.

Ada seseorang cuba membunuh dia!

Siapa?

Kerambit kembar Marvin terus dihunus keluar, dan dia terus berhadapan dengan musuh secara berdepan-depan.