Marvin terdiam.
Apakah maksud bayang ini.
Dia sangat jelas siapa itu.
Itu adalah Putera Bayang!
Dia merupakan dewa yang sangat aktif semasa Bencana Besar, avatar dia juga berselerak di seluruh Feinan. Dia pernah menyerang hendap tiga Legenda pada waktu yang sama!
Dia seorang dewa yang kuat cemburu dan juga kuat berkecil hati. Mereka yang memuja dia merupakan sebahagian dari pembunuh hendap dan juga ahli sihir bayang.
Jika terdapat legenda muncul di antara dua kelas tersebut, dia sanggup membunuh pengikutnya itu tanpa keraguan.
Kata-katanya yang terkenal, "Hanya satu pembunuh hendap cukup untuk dunia ini."
Marvin kenal sangat perangai dia; dia seorang yang penakut. Dia suka menyorok di dalam bayang. Tetapi dia sangat kuat.
Jika Marvin mahu meningkat naik ke kelas Pemerintah Malam, Putera Bayang pasti tidak akan membiarkan dia membuat begitu. Sebenarnya, Marvin telah berlawan dengan dia banyak kali ketika di dalam permainan video.
Marvin telah mati tiga kali manakala Putera Bayang hanya mati sekali.
Tetapi disebabkan Marvin seorang pemain, dia mempunyai identiti sebagai "Generasi Emas". Dia boleh sentiasa hidup semula. Manakala Putera Bayang hanya ada satu nyawa. Sebab itu Marvin akhirnya mendapat kemenangan.
Keputusan terakhir ialah kematian Putera Bayang dan Marvin berjaya mencapai tahap Ketuhanan.
Tetapi ini kejadian di hayat yang lalu!
Gambar terakhir yang ditunjukkan dalam bola kristal ialah waktu Marvin membunuh Putera Bayang dan mengambil Buku Nalu di badannya.
Dia tidak tahu mengapa Hathaway boleh melihat kejadian itu.
Kejadian ini sangat pelik.
…
"Kau mahu aku bunuh dia?" Marvin berkata dengan sedikit kesukaran.
Marvin ketika ini seperti semut bagi Putera Bayang. Dia mampu hancurkan Marvin dengan jarinya pada bila-bila masa.
"Adakah kau rasa kau mampu?"
Hathaway terus mengejek, "Semua Legenda di Feinan mencari lelaki ini tetapi masih tidak berjaya menangkapnya. Adakah kau renjer yang masih belum mencapai pangkat ke-2 mampu membunuhnya?"
"Oleh itu, kenapa kau tunjukkan gambar tersebut kepada aku?" Marvin berkata dengan suara dalam.
"Aku mahu kau dapatkan aku benda itu." Hathaway menunjukkan skrol yang dipegang Marvin di dalam bola kristal itu.
"Buku Nalu."
Juga dikenali dengan nama "Buku Penipuan", merupakan sebuah buku magik yang ditulis oleh Dewa Penipuan Nalu saat akhir sebelum dia mati.
Setiap orang dapat memahami beberapa perkara di dalam itu, tidak kira baik atau jahat bergantung kepada nasib seseorang itu.
Ini artifak dewa!
"Aku tidak tahu lokasi sekarang buku ini tetapi aku pasti ia bukan di tangan Putera Bayang ketika ini."
Mata Hathaway bersinar. "Dari apa yang aku lihat, kau seperti ada hubungan istimewa dengan buku itu. Kau sepatutnya boleh dapatkan buku itu."
"Boleh ke?"
Marvin rasa ragu seketika sebelum mengangguk.
"Tetapi hanya satu muka surat. Dalam mimpi aku dapat tahu lokasi Buku Nalu tertanam tidak jauh dari sini."
Marvin terus menggunakan identiti sebagai "Peramal".
Disebabkan Hathaway fikir mereka mempunyai identiti serupa, tidak salah untuk dia terus gunakan. Dia memang tahu di mana lokasi muka surat keenam Buku Nalu.
Ia memberi manfaat jika dia menyerahkan kepada bakal legenda.
"Aku berikan kau masa tiga bulan," Hathaway berkata tegas. "Aku perlu mencapai pangkat legenda sebelum peristiwa itu berlaku."
"Buku Nalu dapat membantu aku melaksanakan rancangan ini walaupun hanya satu muka surat saja."
"Sekarang, beritahu aku apa yang kau mahukan sebagai pertukaran."
Hathaway terus melepaskan bola kristal itu dan terus merenung Marvin.
"Aku harap kau tidak bodoh untuk meminta sesuatu yang melampau."
…
Ketika Marvin beredar dari tingkat atas Menara Ashes, waktu sudah lewat malam.
Mereka berdua telah berbincang dengan agak lama. Disebabkan mereka berdua mempunyai identiti sebagai Peramal, Hathaway menganggap dia orang yang sama tahap. Ini sangat luar biasa.
Malangnya, Marvin bukan seorang peramal. Apa yang dia lihat bukan imej yang samar berkenaan masa depan tetapi masa depan yang sebenar!
Mereka berdua berbual agak lama. Mengikut apa yang Hathaway tahu, nilai Peramal di dalam Benua Feinan tidak lebih dari sepuluh orang.
Setiap peramal mempunyai potensi untuk menjadi Legenda. Dia tidak berapa tahu mengenai asal usul peramal, tetapi ia ada kaitan dengan pemergian Dewa Ahli Sihir.
Marvin berjanji akan mencari Buku Nalu untuk Hathaway. Permintaan dia sangat mudah. Melindungi adiknya Wayne dan membina hubungan kerjasama di antara Menara Ashes dan Lembah White River.
Hathaway terus setuju dan berjanji. Dia tahu berkenaan keluarga Unicorn itu. Kekuatan Menara Ashes sangat hebat, mereka tidak gentar kepada keluarga Unicorn itu.
Melindungi Lembah White River merupakan perkara yang sangat mudah.
Berita mengenai hubungan kerjasama itu diumumkan keesokan paginya dan akan tersebar di semua kawasan Pantai Timur. Oleh itu sesiapa yang berniat jahat ke atas Lembah White River terpaksa fikir dua kali sebelum bertindak.
Dia terus pulang ke katil Wayne dan melihat adiknya itu sedang tidur. Selepas memberi penerangan kepada butler tua itu, Marvin terus beredar dari Akademi Magore.
Pertandingan Grail Suci yang sebenar akan berlangsung dua minggu kemudian. Wayne sepatutnya sudah pulih sepenuhnya ketika itu.
Marvin meneruskan rancangan yang telah dirancang sebelum ini.
Dia tidak lupa berkenaan Bunga Abadi dia ingin cari untuk diberikan kepada Lich Gila, dan sekarang pula dia terpaksa mendapatkan Buku Nalu untuk Hathaway. Kedua-dua benda ini tersembunyi dengan baik tetapi nasib baik memori Marvin sangat bagus dan dia sangat gemar kepada harta karun, jika tidak pasti dia sudah pening kepala.
Memang betul, perkara paling penting sekarang untuk naik pangkat!
Menjadi Perantau Malam merupakan perkara paling penting dalam rancangan Marvin. Agak sukar untuk mereka menang dan dapatkan Grail Suci dijampi sekiranya Marvin tidak naik pangkat lagi!
Untuk naik pangkat kepada Perantau Malam, dia perlu mencari ahli dari organisasi Perantau Malam.
Marvin menyewa kuda dari Akademi Magore dan terus menunggang ke arah utara pada waktu malam!
Di arah barat laut Menara Three Ring ialah kawasan hutan yang terbentang luas sepanjang tiga ribu kilometer dikenali dengan nama Hutan Thousand Leaves. Ia juga wilayah elves pokok!
Marvin tahu lokasi Perantau Malam. Dia tinggal mengasingkan diri di Hutan Thousand Leaves.
Lelaki itu tidak berapa bagus tetapi jika dia boleh memberi cadangan, kenaikan pangkat dia boleh dikatakan sudah dalam genggaman!
...
Pekan Oak.
Merupakan pekan manusia yang berada di penghujung utara Menara Three Ring. Pekan Oak boleh dikatakan syurga bagi pengembara dan juga pedagang.
Terdapat pelbagai jual beli berlaku di sini termasuk penjualan hamba. Memang betul tiada hamba elves yang dijual di sini.
Disebabkan sini kawasan pergunungan yang menghubungkan dengan negara elves pokok, walaupun pedagang yang tamak tidak berani membangkitkan kemarahan Raja Elven. Tambahan lagi sejak seratus tahun ini, Raja Elven baru ini telah tunjukkan abiliti yang hebat dan juga semangat tidak mengalah.
Kecemerlangan elves tinggi telah dilupakan, dan semua elves tinggi berada di Negara Eternal. Hanya elves pokok dan beberapa elves biasa saja yang tidak ikut.
Elves pokok merupakan yang paling bersatu di antara mereka. Mereka berkumpul di Hutan Thousand Leaves dan mendengar arahan dari Raja Elven mereka. Mereka juga mempunyai ilmu dah harta karun dari era ke-2. Walaupun manusia terliur dengan harta di dalam Hutan Thousand Leaves, Raja Elven yang hebat itu dengan bantuan Pengawal Elven Iron telah menghalau dari ahli sihir manusia, hamba dan pedagang keluar.
Dalam masa seratus tahun ini, jarang sekali hamba elven muncul di Selatan.
Ini kerana jika ada elf yang hilang, Raja Elven Legenda yang hebat itu akan keluar dan membunuh terus perkampungan manusia.
Orang ini merupakan bintang pembunuh bagi semua elves! Dia tidak mempunyai perangai seperti elven yang kita tahu.
Walaupun semua Ketua berkumpul mengatakan tidak puas hati kepada Raja Elven baru ini, mereka terpaksa tunduk dengan perintah raja ini. Ini kerana elves pokok telah bangkit semula dan telah mendapat semula sedikit kegemilangan mereka seperti pada masa era ke-2.
Tambahan pula Persekutuan Ahli Sihir Selatan telah melarang penjualan hamba elven dan mengambil inisiatif rapat dengan negara elves pokok.
Oleh itu kewujudan Pekan Oak merupakan simbol persahabatan di antara kedua-dua belah pihak.
Kedua-dua belah pihak berjual beli, mematuhi peraturan umum lama. Kejam tetapi adil.
Tetapi ini tidak menghentikan manusia untuk pergi ke utara.
Raja Elven melarang manusia untuk masuk ke Hutan Thousand Leaves.
Sekiranya ditangkap, orang itu akan dipenjarakan. Elves jarang membunuh tetapi penjara mereka agak lasak.
Walaupun begitu, Hutan Thousand Leaves sangat luas dan hanya ada beberapa saja Pengawal Elven Iron. Masih terdapat ramai pengembara menyelinap masuk Hutan Thousand Leaves untuk mencari benda yang bernilai.
Asalkan mereka bernasib baik, mereka pasti akan dapat sedikit keuntungan.
Jika mereka terserempak dengan pengawal elven iron, asalkan tidak membuat mereka marah, bermulut manis dan menyerahkan semua benda yang dijumpai di Hutan Thousand Leaves, mereka akan dilepaskan tanpa sebarang kecederaan.
Oleh itu, Pekan Oak merupakan kawasan bagus bagi pengembara level rendah untuk mencuba nasib.
Waktu sudah pagi ketika Marvin tiba di Pekan Oak dari Menara Three Ring.
Dia membawa kuda itu ke dalam pekan.
"Jika aku tidak silap, lelaki itu mengasingkan diri di Pekan Oak."
"Lokasi dia di… Baik aku melawat dia pada waktu malam."
"Aku berhempas pulas untuk datang sepanjang malam, memang letih… Nilai 9 tubuh badan memang sangat teruk."
Marvin terus menghampiri pintu rumah penginapan sambil menguap.
Dia membayar dan terus tidur.
Dia tersedar dan rasa mamai pada waktu malam.
Selepas dia makan, dia terus keluar dari rumah penginapan dan terus berjalan di sekitar pekan.