Pekan Oak sangat sibuk pada waktu malam dengan orang yang lalu lalang dan juga penuh dengan aroma dari kedai yang menjual makanan.
Di tepi jalan pula, ramai wanita yang menarik perhatian pengembara yang nampak kaya supaya mereka dipilih.
Mereka mungkin baru balik dari Hutan Thousand Leaves dan selalunya akan bermurah hati. Jika wanita ini melayan mereka dengan bagus, tip yang diterima lebih tinggi dari biasa.
Sesetengah orang berfikir mereka tidak bekerja tetapi sebenarnya pelacur tidak boleh kehilangan pelanggan.
Marvin terus berjalan dan rasa satu perasaan yang sudah lama tidak dirasainya.
Dia telah datang beberapa kali ke Pekan Oak ini, tetapi perasaan ini bukan kerana dia kembali ke pekan ini tetapi lebih kepada perasaan berjalan seorang diri di pekan kecil yang dia tidak pernah pergi.
Marvin seorang yang suka menyendiri pada hayat lalu. Dia hanya ada beberapa orang kawan dan semua ialah pakar.
Marvin kini lebih keseorangan dan hanya boleh bergantung kepada diri sendiri sekarang.
Marvin terus abaikan beberapa pelacur yang memegang tangan dia dan mengalihkan tangan pencuri yang cuba mencuri dompetnya. Dia telah meneroka hampir semua kawasan di Pekan Oak dan tiba di penghujung timur pekan.
Terdapat kedai tukang besi di sini. Penukang besi itu ada seorang anak perempuan cantik yang sangat mahir. Dia telah membuka kedai menjahit di sebelah.
Ayah dan anak perempuan ini sangat disukai oleh penduduk di Pekan Oak. Senjata yang dibuat ayahnya dapat digunakan melawan raksasa manakala anak perempuan itu pula, siapa yang tidak suka gadis cantik?
Marvin berdiri diluar pintu kedai tukang besi dan perasan tiada orang di dalam.
Dia mula rasa resah dan akhirnya membuat keputusan untuk masuk ke kedai jahitan di sebelah.
Di dalam kedai jahitan itu, gadis tersebut sedang mengambil ukuran badan pengembara wanita. Selepas dia perasan Marvin masuk, dia terus menyapa dan memberi isyarat untuk menunggu sebentar.
Marvin terus mencari tempat untuk duduk.
Tidak lama kemudian, gadis tersebut selesai mengambil ukuran dan pengembara memberi bayaran pendahuluan. Mereka membuat temujanji untuk menyerahkan barang dan juga wang selebihnya tiga hari kemudian.
Marvin telah mengalami situasi ini pada hayat yang lepas.
Dalam permainan video, dia juga mendaki dari bawah ke atas dengan satu per satu. Tetapi pada waktu ini dia mempunyai identiti seorang bangsawan. Agak sukar untuk biasakan diri.
Tetapi keadaan ini juga membuatkan dia agak selesa.
"Adakah kau mahu membeli pakaian atau menempah pakaian?" Gadis itu bertanya sambil tersenyum.
Senyuman dia menampakkan lesung pipit. Dia berambut coklat dan memberikan suasana seseorang yang cuba memenuhi kehendak pelanggannya.
"Aku Jane, boleh aku tahu bagaimana aku boleh bantu?"
Marvin terus memberitahu tujuan dia. "Hai, Cik Jane, aku datang untuk mencari ayah kau."
"Ayah aku?" Jane agak terkejut. "Adakah kau kawan dia?"
"Kita masih belum bertemu tetapi aku dengar banyak cerita tentang dia." Marvin tersenyum.
"Rasanya dia berada di tavern? Dia mungkin balik waktu malam. Perniagaan ketika ini agak perlahan dan hanya beberapa orang saja datang untuk menempah senjata. Sebab itu dia selalu melepak di tavern," Jane berkata.
"Dekat tavern? Marvin berfikir sebelum akhirnya berkata, "Jika kau tidak kisah, boleh aku tunggu dia di sini."
"Ah?" Jane terus melihat Marvin dan mengambil langkah berhati-hati.
"Adakah lelaki ini cuba untuk memikat aku?"
Ini bukan kali pertama perkara seperti ini berlaku.
Tetapi jika dia ingin mencuba, orang yang akan rugi nanti adalah Marvin sendiri!
Selepas berfikir seketika, dia terus senyum, "Sudah tentu."
Belum sempat Marvin ingin mengucapkan terima kasih, satu kelibat muncul secara tiba-tiba dari belakang kaunter.
Marvin terkejut dan terus berundur.
Rupanya seperti anjing jahat berwarna hitam legam!
"Tunggu, jangan kata anjing jahat!"
"Celaka… Ini [Anjing Neraka]! Walaupun ia masih kecil, tetapi kekuatan ia berada di puncak pangkat pertama!
"Woosh!"
Marvin terus mengeluarkan kerambit kembar sambil memandang Anjing Neraka itu. Walaupun ia masih ia masih kecil, ia mampu memutuskan kepala harimau!
Dalam hayat yang lalu, Marvin terdengar beberapa informasi berkenaan Perantau Malam. Dia tidak sangka gadis yang nampak baik hati ini membela anjing neraka!
Akhirnya dia faham.
"Gadis ini salah anggap aku lelaki miang…"
Marvin tidak tahu adakah ingin ketawa atau menangis.
"Ah, Encik tidak perlu risau."
Gadis itu berjalan di belakang kaunter dan mengusap kepala anjing neraka sambil tersengih.
"Si Hitam ini sangat manja. Tanpa arahan dari aku, dia tidak akan menyerang sesiapa."
Selepas meihat wajah anjing neraka yang buas itu, Marvin mengangkat bahu.
Maksud sebenar gadis itu, asalkan dia memberi arahan, anjing neraka itu akan menyerang dia sehingga menjadi cebisan.
Nampaknya cuba mengurat gadis dari Pekan Oak ini tidak mudah. Wajah yang cantik menyebabkan dia ditimpa banyak masalah.
"Jangan risau, aku memang datang untuk mencari ayah kau."
"Disebabkan aku rasa tidak seperti diundang, aku akan pergi tunggu di kedai tukang besi di sebelah." Marvin terus menyimpan kerambitnya dan berlalu pergi.
Jane terkejut melihat Marvin terus pergi begitu saja.
"Adakah dia betul mencari ayah aku?"
"Orang yang pelik, apa yang dia cari pada orang tua kaki mabuk itu?"
"Kau juga setuju kan?"
Dia mengusap kepala anjing neraka sambil bercakap seorang diri.
…
Bahagian dalam kedai tukang besi itu bersepah dan penuh dengan habuk.
Betul kata gadis itu, sudah lama tiada orang yang datang. Tiada siapa perlukan senjata, sebab itu penukang tua itu tiada kerja.
Marvin terus duduk di hujung sementara menunggu.
Masa berlalu dengan cepat dan langit mula menjadi gelap. Suasana di dalam kedai tukang besi itu gelap gelita.
Marvin masih menunggu.
Jane datang dan beritahu dia penukang besi tua itu mungkin bermalam di tavern. Dia menyuruh Marvin lebih baik balik dan datang pada hari esok. Tetapi Marvin mengucapkan terima kasih dan terus menunggu.
Perantau Malam hanya akan menonjol kebolehan sebenar pada waktu malam.
Di kegelapan malam, suara bunyi tapak kaki yang perlahan kedengaran.
Marvin menggunakan Hide dengan senyap.
Bunyi tapak kaki orang tua itu dapat didengari datang dari cahaya yang malap. Dia membawa lampu minyak sambil balik ke rumah.
Dia masuk melalui pintu dan menggantungkan lampu minyak tersebut. Dia terus mengunci pintu kedai tukang besi itu.
Marvin terus menahan nafas, jantungnya berdegup dengan semakin kencang.
Kenaikan pangkat ini paling penting dan merupakan perkara paling sukar. Ia akan berlaku pada malam ini.
Badan lelaki itu berbau arak. Dia nampak mabuk sambil menuju ke arah tempat senjata sambil mengambil pedang besi.
Pergerakan dia nampak perlahan.
"Salah!"
Di bawah cahaya malap, Marvin terus perasan bahu lelaki tua itu bergetar dengan kuat!
Ini tanda dia menggunakan tenaga.
Tanpa berfikir, dia terus berguling dari posisi asal!
"Clang!"
Kepantasan lelaki tua itu seperti angin. Pedang itu telah menetak di lokasi asal Marvin sebelum ini!
Dia nampak tidak mabuk langsung.
Walaupun bilik ini hanya terdapat cahaya yang agak malap, dia masih merenung kepada Marvin.
Marvin menelan air liur sambil melihat tempat dia berada sebelum ini.
Terdapat kesan yang dalam di tanah. Ini hanya pedang biasa tetapi mempunyai kuasa yang sangat hebat di tangan lelaki tua itu.
Dia pasti sudah mengawal diri; jika dia menggunakan seluruh tenaga… Marvin tidak dapat bayangkan!
"Bagus. Kau dapat perasan kelemahan yang aku sengaja tonjolkan," lelaki tua itu berkata dengan muka tiada perasaan. "Tetapi ini masih tidak cukup."
"Kenapa kau cari aku?"
"Naik Pangkat." Marvin berterus terang.
"Hanya ada beberapa orang saja tahu identiti sebenar aku. Siapa beritahu kau?" Lelaki tua itu melepaskan senjata dan terus baring di katil kayu di penjuru rumah.
"Khabar angin."
Marvin telah bersiap sedia jawapan sebelum ini tetapi ia agak tidak boleh dipercayai.
"Khabar angin?" Orang tua itu tersengih.
"Jika kau dapat cari aku berdasarkan khabar angin, macam mana orang yang mahu aku mati masih tidak muncul di depan pintu aku setiap hari?"
Marvin mengangkat bahu, "Aku hanya mahu menjadi renjer yang lebih hebat."
"Terlalu banyak kelas lanjutan renjer. Hutan Thousand Leaves agak dekat, mungkin kau boleh cuba beberapa jenis kelas lanjutan elven kuno.
Orang tua itu bersikap acuh tidak acuh.
"Aku tidak berminat dengan kelas yang lain."
Marvin terus mengeluarkan kerambit kembar dan berkata dengan serius, "Kau tahu malam akan tiba."
[Malam akan Tiba]. Ia merupakan kata pepatah Perantau Malam.
Lelaki tua itu mula bangun dari katil dan merenung Marvin dengan serius. "Siapa kau?"
"Aku dapat lihat apa yang bakal berlaku." Marvin terus berkata, "Hathaway juga sama. Ramalan lama itu akan berlaku tidak lama lagi."
"Hathaway, seperti aku jangka…"
Lelaki tua itu sedikit lega.
"Seorang lagi peramal. Nampaknya dunia ini semakin menjadi huru hara.
"Tetapi seorang lagi peramal dari Perantau Malam perkara yang bagus."
"Ikut aku orang muda."
Apabila dia habis berkata, dia membuka pintu belakang kedai tukang besi sambil Marvin mengikut di belakang.