Mereka berdua bergerak dengan berhati-hati ke lokasi Grail Suci itu.
Mereka sangat fokus dan bergerak tidak terlalu perlahan dan terlalu laju.
Mereka tidak bodoh; ini mungkin perangkap yang dibuat oleh Marvin.
Mereka akhirnya tiba di depan belukar tanpa berhadapan dengan sebarang bahaya semasa dalam perjalanan.
Mereka dapat rasakan sesuatu yang tidak kena dalam situasi ini.
"Mengikut peta ini, Grail Suci sepatutnya bersembunyi di depan kita."
Pelindung itu terus melihat peta sebelum menyimpan ia dan mengeluarkan perisainya.
"Menyorok di sebalik belukar?" White tersengih.
Dia memang tahu kemahiran kegemaran renjer, Hide.
Tetapi dia masih perlu untuk gunakan item pengesanan untuk berasa lebih pasti!
Dia tidak bergerak sebaliknya menggunakan cincin magik!
[Detect Life]!
Tidak lama kemudian, satu titik merah kecil muncul di hadapan matanya.
Ini bermaksud terdapat satu makhluk hidup berada di semak yang boleh membahayakan mereka!
"Rasanya itu renjer level 5."
"Dia pasti tidak sangka kita berada di kawasan sekitar. Dia pasti perlukan rehat selepas penat berlari."
"Ini peluang yang sangat bagus untuk membunuhnya, dan selepas itu kita terus bunuh adiknya pula!" White tersenyum dengan penuh sifat jahat.
Dia kemudian mengeluarkan tongkat magik dan mula membaca jampi!
Lingkaran sihir pertama, Hand of the Fire God!
Asap tebal mula merebak selepas api yang marak membakar belukar itu merebak. Memang jampi api.
White melihat dengan perasaan dingin. "Kebakaran seperti ini pasti boleh memaksa dia untuk keluar, betuk tak?"
Selepas itu akan disusuli dengan pembunuhan.
Dia tahu terdapat ramai orang menonton dari skrin magik istimewa.
Cara dia agak kejam tetapi dia tidak peduli.
Dia telah lama menahan kemarahan di dalam diri beberapa hari ini. Dia perlu membunuh dua beradik ini untuk melepaskan kemarahan terpendam ini!
Tetapi dia mula rasa ada sesuatu yang tidak kena.
Kenapa masih tiada pergerakan selepas belukar itu terbakar?
"Adakah ada isu?" White terus bertindak balas dengan melangkah ke belakang.
Pengaturan masa oleh pelindung itu sangat tepat. Dia terus menerjah ke depan.
Pada masa ini, bumi mula bergegar dan bunyi teriakan boleh didengar dari dalam belukar!
""Celaka!" White mencarut.
Satu kepala besar terus keluar dari api dan lidahnya yang panjang mula terjelir keluar!
…
Para penonton semua terus terkedu.
Sebenarnya mereka telah lama mencarut di dalam hati selepas melihat Marvin mulakan rancangannya itu!
Baron Marvin ini sangat kejam, betul tak?
Dia telah mengikat Grail Suci di badan arnab dan melontar kepada raksasa besar!
Lebih tepat lagi kepada ular boa besar yang berehat belakang belukar di tepi sungai!
Menantikan peluang? Mustahil.
White telah terlepas pandang; atau mungkin dia tiada pilihan lain. Lagipun mereka lebih perlahan! Asalkan Grail Suci ada di tangan Marvin, Marvin mempunyai pelbagai cara untuk menarik perhatian.
Marvin menggunakan kesempatan ini sepenuhnya sama seperti menunggu peluang tiba!
Selepas ular boa itu terjaga dan memakan arnab tersebut, dia terus baring dengan malas di dalam belukar.
Raksasa itu agak mengantuk.
Dan ketika White dan rakan dia tiba, Marvin telah menyembunyikan diri.
"Walaupun dia menggunakan jampi pengesan seperti detect life atau jampi pengesan lain, jampi tersebut hanya dapat ketinggian maksimum dari tinggi orang yang menggunakan itu!"
Marvin perhatikan mereka dari atas.
Dia kini bersembunyi di dahan paling tinggi di pokok yang besar dengan bantuan kemahiran Hide itu.
White tidak perasan Marvin bersembunyi di atas kepalanya.
Ini kesilapan yang kedua. Kesilapan ini akan menyebabkan dia kehilangan nyawa.
Dia mungkin tiada masa untuk melihat tempat lain kerana perhatian dia tertumpu kepada ular boa yang datang menerpa ke arahnya itu.
Ular boa hutan itu sangat pantas!
Beratnya juga sekurang-kurangnya 5 tan!
Walaupun ini raksasa pangkat pertama, tetapi dengan tubuh badan dan kepantasan ia, impak yang diberikan bukan boleh dihadapi oleh pemilik kelas pangkat pertama yang biasa.
Tetapi pelindung mampu!
…
"Kita bunuh ia!" White menjerit.
Dia tahu mereka telah masuk ke perangkap tetapi tiada apa yang mampu mereka lakukan.
Mereka telah membuatkan ular boa hutan yang besar ini mengamuk dengan membakar tempat dia berehat. Ini membuatkan dia mengamuk sehingga hilang akal.
Dia juga tidak pasti bagaimana Marvin menyimpan Grail Suci di dalam perut ular boa hutan itu.
Dia pasti Marvin ada berdekatan menunggu masa untuk bertindak!
Tetapi mereka tiada pilihan lain. Mereka perlu menguruskan ular boa hutan ini dulu!
"Biar aku menghalangnya!" Pelindung itu berkata dengan tegas.
Dia mengangkat perisau sambil menjerit.
[Iron Bastion]!
Kemahiran paling hebat bagi pelindung pangkat pertama!
Seluruh badan dia mula bertukar menjadi kubu, dan cahaya pelik mula terpancar dari perisainya!
"Bang!"
Kepala ular boa hutan yang besar terhantuk dengan kuat kepada perisai pelindung itu.
"Ahah!"
Perisai itu mula kemik sedikit.
"Perisai bagus," Marvin terkejut melihat.
Memang layak datang dari keluarga Unicorn, memang kaya. Kualiti perisai ini sangat bagus. Jika ini pegembara, ia mungkin telah hancur dirempuh ular boa itu!
Walaupun begitu, ia masih sukar bagi pelindung itu. Dia berundur dua tapak ke belakang dan tangan yang memegang perisai terus lembik.
"Patah." Marvin perasan kelemahan.
"Masa yang ditunggu sudah tiba."
…
Ssss!
Selepas dihalang oleh kemahiran Iron Bastian pelindung, ular boa hutan itu agak terkejut.
Ia mula menjelir dan bersedia untuk melancarkan serangan kedua.
Tetapi pada masa ini, satu jampi Ray of Frost tepat menembus lidah ular boa itu!
Terdapat banyak lubang kecil di lidah ular boa itu. Bukan itu saja, lidah boa itu mula menjadi beku sehingga diliputi dengan beberapa lapisan ais!
Ia mula bergerak dalam bulatan, dan mula hilang deria arah!
Pelindung itu mula menarik nafas lega ketika White memandang dengan tajam kepada ular boa hutan itu.
Dia pewaris ke-13 keluarga Unicorn. Dia bukan bodoh!
Asalkan ia masih di pangkat pertama, lidah ular merupakan organ paling penting yang menentukan keadaan persekitaran.
Ia menggunakan lidah untuk mengesan musuh dan juga mengesan perubahan suhu dan bau.
Apabila sampai pangkat ke-2 baru ia mempunyai penglihatan inframerah atau kemahiran spiritual awareness. Ular boa yang kuat pada pangkat pertama akan hilang deria arah apabila lidahnya menjadi beku!
…
Para penonton tidak dapat menahan diri untuk memandang tinggi kekuatan yang ditunjukkan oleh White dalam pertandingan itu.
Budak itu sangat cerdik. Dengan abiliti yang dia ada, memang layak untuk dia dipuji.
Tetapi kemudian mereka mula risau apa yang akan terjadi kepada pewaris keluarga Unicorn ini!
Ini kerana Marvin yang kejam sudah mula untuk bertindak!
…
Serangan kritikal oleh White menyebabkan ular boa hutan itu hilang arah. Pada masa itu, pelindung mula menarik nafas lega.
Tetapi dalam sekelip mata, Marvin mula bertindak.
Dia melompat dari atas pokok!
Para penonton terus terkejut. Melompat dari ketinggian itu, jika dia tidak pasti, pasti kakinya akan patah!
Hanya beberapa orang yang mempunyai penglihatan tajam perasan tali yang terikat di badan Marvin!
Tali Permintaan!
Badan Marvin jatuh dengan kelajuan yang tinggi tanpa mengeluarkan bunyi. Dia terus jatuh dan berada di belakang pelindung itu!
Lompatan dia sangat tepat. Mata White mula terbeliak kerana serangan mengejut itu!
Dia tidak sangka Marvin akan muncul seperti ini.
Ketika dia sedar Marvin datang, semuanya sudah terlambat.
Pelindung itu hanya ada satu kelemahan iaitu kawasan tengkuk.
Dia secara tidak sengaja mendedahkan tengkuk selepas menahan serangan dari ular boa hutan yang besar itu.
Selepas efek dari Iron Bastion tamat, dia terus menjadi lemah.
Ini kelemahan yang besar. Marvin terus membuat keputusan dan bertindak ketika itu.
Ini memerlukan abiliti untuk melihat kesempatan dan juga bertindak dengan berani!
Taring dihunus! Cahaya yang menyilaukan terpancar!
"Slash!"
Hunusan itu terus mengelar tengkuk pelindung itu!
"Mati kau!" White menjerit.
Dia menghalakan tongkat magik ke arah Marvin.
Sayangnya, belum sempat Marvin mendarat, tali permintaan itu mula menarik ke atas. Sambil dia membaca mantera, dia terus ditarik ke atas pokok dalam sekelip mata.
Atas pokok merupakan di luar kawasan serangan magik.
White menghentak kaki dan matanya penuh dengan kemarahan.
Pelindung itu telah tumbang. Wajahnya terkejut di sebalik topi yang dipakai itu.
Dia tidak tahu bagaimana dia mati!
Sehingga kini, Marvin baru sekali menggunakan kerambitnya.
…
Para penonton terkedu. Gerakan ini sangat hebat. Ia bukan seperti gerakan yang dibuat oleh orang berumur 14 tahun.
Jauh sekali jika dikatakan serangan ini hanya nasib baik.
Pelindung itu sudah mati dan hanya White saja yang tinggal.
Selepas Marvin kembali ke atas pokok, dia membuka ikatan tali dan terus melompat di antara pokok untuk menyorok dari pandangan mata White.
Ular boa hutan itu masih bergerak dalam bulatan.
Perlawanan ini masih belum tamat.
White menenangkan diri.