Perlawanan ini masih belum berakhir.
White masih hidup dan Grail Suci berada di dalam perut ular boa hutan itu. Marvin tidak boleh beredar.
Dia telah merancang untuk membunuh White dan pelindung sebelum ini.
Tetapi abiliti yang ditonjolkan oleh White diluar jangkaan Marvin.
Bukan semua ahli sihir tidak berguna dan hanya tahu belajar magik saja. Nyata sekali White dapat sampai ke level ini dengan kebolehan sebenar.
Dia menonjolkan abitliti yang menakjubkan ketika berhadapan dengan ular boa hutan itu. Jika tidak kerana sihir Ray of Frost, dia sudah lama terbunuh.
Sebenarnya Marvin ingin membunuh ahli sihir itu ketika mereka berhadapan dengan ular boa dan memudahkan ia membunuh pelindung dengan senang.
Tetapi ular boa itu telah kehilangan deria persekitaran selepas diserang menyebabkan Marvin terpaksa mengubar strategi.
Oleh itu dia bunuh seorang dulu dan akan uruskan ahli sihir itu kemudian.
Sekarang ini satu lawan satu.
Marvin menyorok di belakang pokok pain, merenung tajam White dari lubang di antara daun-daun.
Pihak satu lagi berundur tetapi tidak pergi dari situ.
Dia masih berfikir cara untuk mendapatkan Grail Suci dari perut ular boa hutan itu. Asalkan dia dapat Grail Suci, Marvin tidak berpeluang untuk menang.
"Dia cuba menjerat aku dan bermain permainan minda?" Marvin berfikir.
White juga sangat licik. Dia tidak hilang semangat atau marah selepas pelindung itu mati sebaliknya menenangkan diri sendiri.
Dia memerhatikan ular boa yang tengan menggila itu dan bersedia untuk membuat serangan maut pada bila-bila masa.
Walaupun ular boa hutan itu sangat ganas, tetapi ia masih raksasa. White mempunyai banyak cara untuk menguruskan ia.
Sebab dia masih tidak bertindak lagi kerana dia risau Marvin akan menyerang hendap pada bila-bila masa.
Ini perang psikologi.
Jampi pengesanan White hampir habis dan dia tidak ingin mengambil risiko. Apa akan jadi jika Marvin masih sembunyikan diri di atas pokok lagi?
Ini hanya akan membazirkan kuasa magiknya saja.
"Zon hutan yang celaka!" White merungut dalam hati.
Kelebihan renjer di dalam hutan sangat menakjubkan terutama sekali seseorang yang berpengalaman seperti Marvin.
Dia datang dan pergi seperti angin manakala ahli sihir dan pelindung tidak mampu untuk membuat apa-apa.
…
Sepuluh minit kemudian, ular boa hutan itu berhenti mengamuk. Lidahnya sudah bebas dari menjadi beku.
Ia terus baring di tanah dengan letih dan bergelut untuk menyelamatkan diri..
Marvin menjeling. "Bersedia untuk menyerang?"
Memang betul, White tidak lagi ragu-ragu.
Dia terus meluru dan berhenti di zon yang lapang!
Di zon ini, walaupun Marvin cuba untuk menyerang hendap, White akan dapat mengenal pasti dengan cepat.
Tongkat magiknya dihala kepada ular boa hutan itu. Dia mula menjampi dengan suara kuat!
Tongkat magiknya berlainan; muncungnya berlilit dan dihujung terdapat lambang keluarga Unicorn.
"Bukan lingkaran sihir pertama!" Marvin menggigil.
Lingkaran sihir pertama tidak mempunyai masa jampian yang sangat lama!
Ini datang dari tongkat magik!
Ini mesti jampi yang terkandung dalam tongkat magik itu.
"Memang layak dikatakan keluarga hebat. Kaya dan luar biasa." Marvin berfikir. Jampi White bukan boleh dilancarkan oleh diri sendiri. Ia diaktifkan melalui tongkat magiknya.
Cara membaca jampi ini seperti Paladin (Kesatria Pelindung) ketika mereka mengaktifkan sihir Divine menggunakan pedang.
White tidak perlu kekuatan pangkat ke-2 untuk melancarkan Lingkaran Sihir ke-2 itu.
Tidak lama kemudian, pancaran merah seperti darah terpancar dari hujung tongkat magik White itu. Ia terus mengelilingi ular boa hutan itu sepenuhnya!
Ini Lingkaran sihir ke-2 [Flesh Removal]!
Sihir ini sangat kejam. Ia akan memaksa daging tertanggal dari tubuh badan binatang. Raksasa yang sangat kuat juga akan terseksa sehingga mati jika terkena.
Ular boa hutan itu hanya raksasa pangkat pertama saja. Ia tidak mempunyai daya untuk menghalang jampi menakutkan seperti ini.
Tidak lama kemudian di bawah sinaran merah itu, badan boa itu mula mereput dan tertanggal sedikit demi sedikit.
Ia seperti ia telah mereput habis dan hanya tinggal tulang saja.
Ular boa hutan itu meronta seketika sebelum akhirnya mati.
White melihat dengan dingin situasi ini. Pada masa itu, satu cahaya berwarna emas terpancar di mayat tersebut.
Ia seperti seakan-akan loceng kecil yang tergantung di dalam mayat ular boa hutan itu.
Grail Suci!
Mata White bersinar.
Dia tidak bergerak sebaliknya dia tahu Marvin bersembunyi di sekitar. Selepas melihat Grail Suci, pihak satu lagi pasti tidak dapat bersabar.
Asalkan Marvin munculkan diri, Jampi White pasti akan terkena padanya!
Apabila jampi itu terkena, semuanya pasti akan berakhir.
"Ahli sihir kelas paling hebat. Renjer kelas sampah."
White memerhatikan keadaan sekeliling jika ada berlaku perubahan.
Dia tidak risau langsung. Ini kerana Grail Suci sudah berada di depan mata dan dia boleh lagi bersabar untuk menunggu.
Tambahan lagi, dia tahu jampi Flesh Removal ini sangat kuat. Kuasa ini tidak akan hilang selepas ular boa hutan itu mati.
Lima minit merupakan masa yang diperlukan untuk kuasa itu hilang dan dia boleh datang dekat kepada mayat itu. Jika tidak kuasa itu akan terkena kepadanya dan menanggalkan daging dirinya nanti.
White suka jika dapat melihat Marvin cuba mencuri Grail Suci dalam masa lima minit ini.
Jika ini berlaku, dia akan sengsara sehingga mati.
"Fokus! Kawasan hutan merupakan tempat kegemaran renjer."
"Aku mesti menang!"
White menarik nafas dengan dalam sambil matanya memandang sekeliling.
Tetapi tiba-tiba, satu kelibat muncul di hadapan dia!
Marvin sudah muncul!
…
Marvin telah bertindak.
Tali permintaan itu terikat di pinggangnya dan menarik dia dengan kepantasan luar biasa seperti nampak Marvin terbang di udara dari arah timur menghala ke arah barat!
Di tengah kawasan lapang itu terdapat mayat ular boa.
White tersengih dan menghalakan tongkat magik ke arah Marvin.
Tetapi kemudian dia terus tersentak.
"Tunggu sebentar… Ini sangat pelik!"
Dia terlalu jauh!
Marvin tinggi sedikit dan jarak serangan jampi White tidak sampai!
"Apa yang sedang berlaku? Adakah dia hanya mahu tunjuk muka? Dan tidak merancang untuk mengambil Grail Suci itu? White agak keliru
Berdasarkan ketinggian Marvin terbang ketika ini, dia tidak sampai untuk mengambil Grail Suci itu.
Dia hanya mampu untuk terbang melepasi mayat ular boa hutan itu saja
Dia hanya boleh sampai jika tangannya sepanjang 2 – 3 meter.
"Apa yang dia fikirkan?"
White terus buntu.
Akhirnya Marvin pula terus terbang di posisi paling rendah!
Ini lokasi paling tepat mayat ular boa hutan itu. Masih terdapat cahaya merah yang berbahaya di situ.
Ini baki dari kuasa magik yang dilancarkan.
Marvin ketawa dan terus menghulurkan tangan kanan dan membaca mantera pelik.
[Vine Metamorphosis]!
Ini jampi yang dia dapat dari Lich Gila Fidel. Akhirnya ia berguna ketika ini!
Tangan Marvin terus menjadi tumbuhan menjalar yang sangat panjang. Dalam sekelip mata ia tumbuh lebih dari 4 meter!
Tumbuhan menjalar itu melepasi kuasa magik merah dan terus mencapai Grail Suci.
Tumbuhan menjalar itu terus tumbuh dan melilit Grail Suci sebelum dia berundur!
"Woosh! Woosh!" Kelibat Marvin terus ditarik di bahagian satu lagi tali permintaan itu.
Tambahan lagi ia menuju ke arah lokasi yang ditetapkan itu.
"Plop."
Marvin mendarat di atas dahan yang teguh dan tebal itu.
Tangannya kembali kepada keadaan asal dan Grail Suci kembali ke sisinya semula. Marvin mengangkat Grail Suci dan memusingkan badan ke arah White sambil tersengih.
"Maaf, aku minta diri dulu."
Pada saat itu, dia terus hilang di dalam hutan!
…
"Bangsat!"
White terus melenting!
Dia tidak sangka Marvin mempunyai jampi yang sukar ditemui iaitu Vine Metamorphosis! Bukankah itu jampi oleh druid di utara?
Vines merupakan tumbuhan dan tidak terkesan dengan jampi Flesh Removal.
Sebab itu Marvin dengan mudah mengambil Grail Suci itu.
Wajah White mula bertukar pucat. Tetapi reaksi dia juga agak pantas. Dia terus menggunakan Haste kepada diri sendiri dan terus mengejar Marvin dengan perasaan marah.
Walaupun dia tidak sempat mengejar tetapi dia masih ingin mencuba!
"Mana boleh aku biarkan si bangsat itu kalahkan aku!?" Dia menjerit di dalam hati sehingga wajahnya terus berkerut!
Dia terus menerjah ke dalam hutan dan kelibat Marvin dapat dilihat sudah jauh di depan!
Dia mengetap gigi dan terus memecut dengan laju. Tiba-tiba dia perasan satu sinaran di hujung matanya!
"Tunggu sebentar…"
Dia tidak sempat bertindak dan lehernya terus melanggar sesuatu!
Terdapat benang perak yang terikat di antara dua batang pokok!
Disebabkan kelajuan White, dia tidak sempat untuk berhenti dan lehernya terkena benang perak tersebut!
Menyebabkan kuasa potongan yang sangat menakutkan.
Nasib baik dia mengekalkan jampi perintang sentiasa, jika tidak dia pasti sudah putus kepala!
Disebabkan perintang tersebut, hanya satu garisan darah tertinggal di lehernya!
Muka White terus menjadi pucat, dia dapat rasakan hampir mati buat pertama kali!
Tiba-tiba, satu kelibat turun tanpa suara dan mendarat di belakangnya!
"Adakah kau fikir aku akan lepaskan seseorang dengan mudah selepas mencederakan adik aku?" Marvin berbisik.
Kerambitnya terus bermandi darah.