Chereads / Renjer Malam / Chapter 67 - Membunuh

Chapter 67 - Membunuh

Perantis ahli sihir itu tidak berganjak; dia lihat seperti sangat yakin dengan pengikutnya!

Marvin tidak menunjukkan sebarang reaksi tetapi dari matanya, dia telah anggap kedua-dua pelawan itu sudah mati.

Bagi Marvin membunuh perkara sangat mudah.

Kedua-dua pelawan ini tidak dapat lagi meningkat naik kerana bakat yang rendah, sebab itu mereka memilih untuk menjadi pengikut perantis ahli sihir ini. Ini wajar untuk katakan. Sebenarnya, mereka telah menjual diri mereka kepada keluarga perantis ahli sihir ini. Mereka terpaksa melakukan semua arahan perantis ahli sihir itu jika mahu perlindungan keluarga perantis ahli sihir yang kuat itu.

Mereka tiada pilihan. Lagipun ini perkara biasa yang dilakukan di banyak tempat. Ahli sihir mempunyai kedudukan yang tinggi, walaupun seorang perantis saja.

Kedua-dua pelawan itu mempunyai kelengkapan yang bagus; ini kelebihan berpaut kepada mereka yang mempunyai kelebihan. Tetapi Marvin langsung tidak risau.

Taring di tangannya mula berputar. Dia melangkah ke depan dan menerpa ke salah seorang pelawan itu!

Gerakan ini seperti kemahiran Charge pelawan.

Tetapi Charge pelawan akan membuatkan musuh [Dizzy] atay [Stunned] semasa bertembung. Gerakan yang ditiru Marvin jelas tidak mempunyai efek tersebut. Tambahan lagi gerakan yang ditiru itu tidak cukup bagus untuk diberi peluang membeli menggunakan pengalaman di dalam log pertempuran dan menukarkan kepada kemahiran individu.

Jadi seperti ini lebih bagus. Marvin meluru ke arah kanan mereka menyebabkan pelawan tersebut terkejut beruk.

Mereka berdua mula ketawa jahat, dan kedua tangan mereka mula bersedia untuk menangkap Marvin.

Tetapi Marvin sungguh licik! Dia menundukkan badan dan menyelinap di sebelah kaki kanan pelawan betul-betul di bawah ketiak pelawan itu!

Selepas itu, dia menendang tanah dengan kaki kiri dan melompat di udara membuat balik kuang 180 darjah melawan graviti dan menikam belakang badan pelawan itu!

Ini kemahiran pertempuran pencuri.

Marvin sebenarnya sangat mahir menggunakan teknik pertempuran seperti ini!

Kakinya melilit pinggang pelawan itu dan kerambitnya di angkat dengan tinggi!

Kerambit kembar itu menikam di kedua bahu melawan itu.

Efek armor break dilepaskan!

Titik kelemahan baju perisai rantai itu ditikam oleh [Taring] Marvin dan terus tembus kepada pertahanan pelawan itu.

Ini merupakan perlawanan yang berdarah. Pelawan itu menjerit kesakitan. Bahunya terus terjuntai dan tangan telah terputus ditetak Marvin.

Dua tangan yang berdarah itu jatuh ke tanah. Satu lagi pelawan yang mengepung Marvin itu terus ketakutan!

Nampak ketakutan dari raut wajah perantis ahli sihir itu dan penonton yang melihat juga rasa kecut perut. Mereka tidak sangka pemuda yang nampak lemah itu membuat hal seperti ini di kawasan Menara Three Ring!

Tambah lagi mencederakan seseorang! Dan menggunakan kemahiran yang kejam!

Tetapi masih belum berakhir lagi.

Teknik ini masih ada gerakan akhir lagi!

Marvin melembutkan kaki dengan gerakan dari pinggangnya, dia memaksa diri untuk berpusing di udara!

Dengan menggunakan daya pusingan ini, tangan kanan yang memegang kerambit terus bertindak, meninggalkan cahaya yang terang!

"Thud!"

Kerambit yang dihayun it uterus memotong kepala pelawan tersebut.

Kepala pelawan itu jatuh ke tanah!

Darah memancut, terkena muka Marvin.

Marvin sudah biasa dengan keadaan seperti ini.

Sebab itu dia tenang dan raut wajah tidak berubah.

Tetapi mereka yang lain terus menjadi panik!

"Alamak! Budak ini berani membunuh di depan pintu Akademi Magore!"

"Budak apa? Ini mesti pembunuh hendap yang kejam."

"Martin! Pergi lindungi Tuan Muda."

Bangsawan semua terus menunjukkan langkah berjaga-jaga seorang demi seorang, dan menjarakkan diri dari medan pertempuran.

Mereka datang ke sini untuk mendaftar masuk anak mereka bukan untuk berlawan. Paling kuat, mereka hanya membawa beberapa pengikut yang boleh berlawan saja.

Kebanyakan pelawan dan pengikut mereka telah ditinggalkan di sekitar kawasan Menara Three Ring.

Tiada siapa dapat menjangka seseorang akan membunuh di depan pintu masuk Akademi Magore.

Kali terakhir perkara ganas seperti ini berlaku di Menara Three Ring ketika naga racun tersilap masuk ke kawasan ini!

Kesudahan naga tersebut sangat menyedihkan. Kesemua tiga Mahaguru Menara keluar berganding bahu. Bukan saja mereka membunuh dengan kejam, bahkan menggunakan mayat naga tersebut untuk dijadikan sebagai pelbagai jenis ubat, item yang dijampi dan lain-lain lagi.

Walau apa sebab pemuda itu, dia pasti akan ditimpa malapetaka!

Ini apa yang bermain dibenak fikiran mereka!

Muka ahli sihir itu terus pucat, merenung ke arah mayat pengikutnya yang telah mati dalam keadaan kejam itu.

Nampak sangat ini satu jenis provokasi.

"Kenapa kau masih mengelamun? Bunuh dia!" Dia menjerit.

"Berani dia memandang rendah pada martabat Akademi Magore? Aku akan pastikan kau mati dengan keadaan paling hina!"

Dia pun mengeluarkan tongkat magik dan menghalakan ke arah Marvin.

Marvin terus berguling untuk mengelak serangan pancaran api yang marak itu!

"Jampi lelaki ini sangat nyata…"

Marvin tersengih dalam hati dan sekali lagi menghunus kerambit ke arah pelawan satu lagi!

Pelawan itu ternyata sudah panik.

Dia menjadi pengikut perintis ahli sihir itu dan sudah biasa dengan hidup mudah. Setiap kali dia keluar dan memberitahu identiti perintis ahli sihir itu, tidak banyak orang yang berani mencari masalah.

Dia nyata sudah lama berhenti berlatih kemahiran berlawan dirinya!

Berhadapan serangan maut Marvin, dia tidak tahu bagaimana untuk bertahan. Dia cuba berpatah balik untuk melarikan diri!

Tetapi ini yang Marvin mahukan!

Dia pun mengikut di belakang pelawan itu, tidak laju dan tidak perlahan. Pelawan itu menghalang penglihatan perintis ahli sihir tersebut.

"Berambus! Bodoh! Kau menghalang jampi aku!" Perintis ahli sihir itu cukup bengang.

Dia menghentak kaki dengan penuh kemarahan!

"Mereka ini terlalu lama berada di dalam Akademi. Seperti yang dijangka, mereka tiada abiliti untuk berlawan.

"Dia hanya sampah yang belajar jampi hebat tetapi tidak tahu cara menggunakan ia. Patutlah dia di hantar jadi pengawal di sini!"

"Disebabkan ada seseorang cuba fitnah aku, tidak salah aku saja uruskan hal ini!"

Marvin mengelak dengan tenang beberapa jampi level rendah sambil berfikir beberapa perkara.

Jampi ini dilontar tanpa kemahiran yang nyata. Tidak ada langsung naluri untuk bertarung.

Jika dia seorang ahli sihir dan pihak satu lagi seorang penyangak, dia ada beribu cara untuk mempermainkan dia sehingga mati!

Ahli sihir sangat berkuasa, sekurang-kurangnya pada saat ini. Tetapi bergantung juga kepada siapa ahli sihir itu. Jika seperti lelaki ini yang langsung tidak berguna!

Tiba-tiba!

Ketika pelawan itu tersentak oleh kemarahan perantis, Marvin menggunakan Blade Technique – Rapids!

Kelajuan serangan kerambitnya meningkat sedikit.

Walaupun peningkatan yang sedikit, tetapi ia tetap meningkatkan kuasa pertempuran Marvin.

Pelawan itu dapat merasakan bahaya di belakangnya dan cuba memusingkan badan untuk menghalang serangan itu.

Sayangnya…

Sudah terlewat!

"Clang! Clang!"

Walaupun kerambit Marvin tidak seganas Black Jack, tetapi ia lebih tepat!

Serangan keenam dengan mudah memotong tangan pelawan sehingga ke tendon menyebabkan dia terlepas pedang besar itu.

Serangan ketujuh memotong baju perisai rantai pelawan itu.

Serangan kelapan dan kesembilan terus mencabut nyawa pelawan tersebut.

Penonton yang melihat terus menggigil.

Teknik membunuh seperti ini hanya dapat ditunjukkan oleh pembunuh hendap elit yang sangat hebat saja.

Marvin tidak ragu langsung ketika menyerang dan fokus untuk menghapuskan lelaki itu.

"Memang orang yang tidak bertamadun…"

"Adakah dia tidak takut membangkitkan kemarahan ahli sihir?"

Tiada siapa yang tahu apa yang dia fikirkan.

Membunuh dua pengikut itu masih tidak cukup bagi Marvin!

Dia mahu membuatkan perkara ini jadi lebih besar!

Ada orang yang berani untuk fitnah dia.

Ahaha… Adakah mereka fikir Baron Marvin dari Lembah White River seorang yang senang dibuli seperti sebelum ini?

Sebab itu dia tidak berhenti walaupun selepas membunuh pelawan tersebut!

Sebaliknya dia tunduk dan menggunakan mayat tersebut sebelum jatuh ke tanah untuk berpusing dan terus berada di titik buta perintis tersebut.

Pihak satu lagi masih tidak jelas apa yang berlaku kepada pengikutnya. Dia sangat marah tetapi masih ragu sama ada untuk melancarkan jampi atau tidak kerana bimbang pelawan itu terkena nanti!

Tetapi ketika dia masih ragu, Marvin terus menyerbu dengan pantas!

Shadow Step!

Satu kemahiran yang sangat berguna. Ia membuatkan Marvin nampak seperti hantu dan muncul tiba-tiba di hadapan perintis ahli sihir itu.

"Ah!"

Perintis ahli sihir itu menjerit dan menghalakan tongkat magik ke Marvin. "Bang!" Marvin menendang tongkat tersebut.

Tanpa tongkat magik, masa menjampi telah menjadi dua kali ganda lebih panjang!

"Apa yang kau cuba buat?" Perintis ahli sihir itu masih tidak sedar yang dia akan mati. Dia masih menjerit dengan nada yang keras. "Ini Menara Three Ring! Apa yang kau cuba buat?"

"Membunuh."

Marvin menjawab dengan jujur.

Taring yang garang itu dengan pantas mengelar leher perintis tersebut. Pihak satu lagi menutup lehernya dengan tangan dan seterusnya mati jatuh ke tanah!

Para penontot terkejut melihat keadaan itu!